omniture

Pemimpin Industri Bersatu Wujudkan Platform Mega Baharu untuk Teknologi HR

HRM Asia
2018-08-01 04:38 780

HR Festival Asia bakal tampilkan pertemuan antara HR dan teknologi di seluruh rantau Asia Pasifik

SINGAPURA, 1 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- HR Festival Asia, dibawakan kepada anda oleh pihak-pihak penganjur acara Teknologi HR yang terbesar di dunia, dan persidangan pengurusan tenaga kerja yang terkenal di Asia - Sidang Kemuncak HR dan Ekspo Asia - bakal membuat kemunculan sulung yang amat dinanti-nantikan pada Mei 2019. Persidangan dan ekspo selama dua hari ini, menumpu pada pertemuan antara HR dan teknologi, dikhususkan kepada peranan penting yang dimainkan oleh pasukan HR dalam seluruh organisasi Asia Pasifik masa kini.

Diadakan di Singapura pada 8 dan 9 Mei tahun depan, HR Festival Asia diwujudkan untuk golongan pengurusan atasan, individu berpengaruh dalam teknologi sumber manusia dan pembuat keputusan. Ia akan menampilkan:

  • Kandungan Berharga: Sesi-sesi persidangan akan meliputi seluruh spektrum amalan HR dan bagaimana teknologi HR menyokong dunia kerja baharu
  • Pembentangan eksklusif: Termasuk penampilan oleh beberapa pemimpin pemikiran HR yang paling terkenal di dunia
  • Ekspo bertumpu HR terbesar di rantau ini: Menampilkan produk, perkhidmatan dan jenama yang terkenal di dunia
  • Kelas master: Sesi-sesi bertumpu pembelajaran yang mendalam, dibantu oleh nama-nama terbesar dalam HR
  • Demonstrasi teknologi: Pengalaman amali dengan penyelesaian perusahaan dan aplikasi mudah alih terkini

"Perbelanjaan global terhadap teknologi HR dijangka mencecah US$389 bilion tahun ini," kata Joanna Bush, Pengurus Besar Eksekutif HR Festival Asia. "Persidangan HR Festival Asia akan mempunyai tiga arus berbeza yang menumpu pada teknologi --- memberi audiens di sini dengan gambaran pertama terhadap banyak pilihan termaju yang membantu HR menuju ke hadapan."

Emma Dean, Pengarah Acara, berkata Festival ini akan membugarkan profesion dan industri di Asia Pasifik: "Inilah peluang untuk pemimpin-pemimpin HR berhimpun, berhubung dan mempelajari tentang beberapa amalan terbaik daripada rakan sejawat mereka, di samping turut melihat demonstrasi langsung mengenai produk dan perkhidmatan terkini."

Kenneth Kahn, Presiden LRP Publications, penerbit Persidangan & Eksposisi Teknologi HR, berkata bahawa pasukan beliau berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan HRM Asia untuk pelancaran acara baharu ini. Kahn mengulas, "Persidangan & Ekspo Teknologi HR ialah acara Teknologi HR multinasional yang terbesar di dunia. Menggabungkan yang terbaik daripada acara AS kami dengan pemimpin pemikiran global dan khusus di Asia akan dapat mencipta proposisi yang berjaya untuk pempamer dan hadirin di HR Festival Asia."

Vendor-vendor yang ingin mengadakan pameran dan menaja HR Festival Asia dialu-alukan untuk menghubungi:
Luke Kasprzak, luke@hrmasia.com.sg

Nota: Tanda dagangan yang dirujuk dalam siaran media ini kekal menjadi hak milik pemilik masing-masing.

 

Source: HRM Asia
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Trade show news Financial Technology Future Events