omniture

Quantifeed berkembang ke Asia Tenggara dengan pelancaran pejabat baharu dan pelantikan eksekutif utama di Singapura

Quantifeed HK Limited
2018-08-01 14:49 597

SINGAPURA, 1 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Quantifeed, penyedia nasihat-robo B2B yang terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan pelancaran pejabat Singapura dan pelantikan tiga eksekutif utama. Inisiatif-inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan syarikat di Asia Tenggara.

(Dari kiri) Shadab Taiyabi, Eric Lee, Keith Tan
(Dari kiri) Shadab Taiyabi, Eric Lee, Keith Tan

 

Eric Lee menyertai Quantifeed sebagai Ketua Pengurusan Program dan Ketua Negara Singapura, melapor diri terus kepada Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama Quantifeed, Ross Milward. Eric mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam industri perbankan pelaburan, dengan latar belakang meluas dalam membangunkan strategi dan operasi teknologi dalam pasaran global untuk ekuiti dan pendapatan tetap. Sebelum menyandang jawatan beliau di Quantifeed ini, Eric memegang beberapa jawatan kepimpinan kejuruteraan di Bank of America Merrill Lynch, berpangkalan di Singapura dan Hong Kong.

"Kami berasa teruja untuk mengalu-alukan Eric ke dalam pasukan Quantifeed," ulas Ross Milward. "Beliau membawakan gabungan unik pengalaman strategik, teknikal dan perniagaan untuk pasukan eksekutif Quantifeed. Bimbingan daripada beliau akan memainkan peranan penting tatkala kami memanfaatkan keupayaan kuantitatif dan teknologi kami bagi meningkatkan platform pengurusan kekayaan institusi-institusi kewangan di rantau ini."

"Saya berbesar hati menyertai Quantifeed tatkala ia terus membangunkan tawaran teknologinya dan mengukuhkan hubungannya dengan rakan-rakan kongsi strategik," kata Eric."Susulan tiga puluh tahun pengalaman di Asia Pasifik, saya berasa teruja khususnya berhubung peluang untuk membantu pelanggan kami mengembangkan perniagaan pengurusan kekayaan mereka."

Eric turut disertai oleh Shadab Taiyabi, Eksekutif Kanan untuk Perkongsian Strategik dan Keith Tan, Jurutera Kanan Sistem.

Shadab mempunyai pengalaman selama lebih 13 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan berhubung pembangunan jualan dan perniagaan di seluruh Asia, termasuk Singapura, Malaysia dan Thailand. Sebelum menyertai Quantifeed, Shadab merupakan Ketua Pembangunan Perniagaan untuk eWise, penyedia teknologi pengagregatan akaun global. Terdahulu, beliau bekerja untuk Thomson Reuters, SIX Financial Information dan Bloomberg.

Keith mempunyai pengalaman selama lebih 11 tahun sebagai perunding perkhidmatan profesional dalam melaksanakan dan menyokong sistem-sistem dalam industri kewangan. Beliau telah melaksanakan penyelesaian dalam domain perbankan teras, pengurusan hubungan pelanggan, pasaran modal dan juga anti-pengubahan wang haram.

Pelantikan baharu ini adalah berikutan penyelesaian pembiayaan Siri B baru-baru ini oleh syarikat sebanyak US$ 10 juta dengan pelaburan daripada Cathay Financial Holdings (TWSE: 2882), syarikat pegangan kewangan terbesar Taiwan dan juga Legg Mason Inc (NYSE: LM), pengurus aset global.

Latar Belakang Quantifeed

Platform pelaburan automatik Quantifeed membolehkan institusi-institusi kewangan menawarkan penasihat dan pelanggan dengan pengalaman pengurusan kekayaan digital di bawah jenama mereka sendiri. Model-model perisian dan kewangan Quantifeed dapat menyediakan bank, broker dan perancang kekayaan dengan penyelesaian boleh dikonfigurasi bagi menepati objektif-objektif pengurusan kekayaan mereka. Firma-firma mampu mendekati ratusan ribu pengguna dengan pantas dan menjimatkan. Platform ini mengehoskan portfolio saham, dana dan kelas aset lain dalam semua pasaran global utama. Penyelesaian yang dilabur boleh berdasarkan penilaian risiko, matlamat hidup dan idea tematik. Quantifeed menawarkan himpunan portfolio untuk peruntukan aset, pelaburan tematik dan strategi perdagangan lain. Syarikat ditubuhkan oleh mantan eksekutif-eksekutif perbankan pelaburan Alex Ypsilanti, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ross Milward, Ketua Pegawai Teknologi di Hong Kong pada tahun 2013. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180731/2199879-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170706/1891380-1

Source: Quantifeed HK Limited
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Personnel announcements