Ana, Robot Sembang menjadi pengubah industri untuk pemerolehan bakat
SINGAPURA, 1 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Everise/C3 mengumumkan pelancaran robot sembang perekrutan yang dibangunkan secara dalaman yang pertama, Ana. Direka oleh C3 Lab, susulan perkongsian terkini antara Everise/C3 dan Microsoft untuk membangunkan penyelesaian Kecerdasan Buatan (AI) kepada industri BPO. Ana akan membantu proses pemerolehan bakat untuk Everise/C3.
"Berada di tengah-tengah revolusi digital, kami perlu menyesuaikan diri dengan keperluan bakat masa depan," kata Sudhir Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif Everise/C3. "Mencipta robot sembang dikuasakan-AI untuk menangani soalan-soalan sepanjang masa adalah penting, lalu membolehkan kakitangan yang berpotensi untuk menerima maklumat dengan usaha minimum."
Ana akan menyokong perekrutan Everise/C3 dengan menjawab soalan-soalan sepanjang masa, dalam nada perbualan. Menggabungkan meme dan GIF, Ana akan menangani pelbagai jenis pertanyaan, tanpa membebankan pemohon dengan terlalu banyak maklumat, di samping mendayakan navigasi yang lebih pantas, seraya dapat mengurangkan masa. Ana juga dapat mengubah mereka yang berpotensi di seluruh dunia, menjadi pemohon menerusi tindak balas yang dikhususkan mengikut geografi, yang menjamin pengalaman yang diperibadikan.
"Pada ketika firma-firma memperuntukkan usaha yang besar untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, kami percaya bahawa sama pentingnya untuk melayan kakitangan berpotensi dengan pertimbangan yang sama," tambah En. Agarwal. "Ana akan merevolusikan proses perekrutan kami dengan melibatkan pemohon yang lebih muda dan celik digital, memberikan pekerjaan yang bermanfaat."
Ana menonjolkan evolusi berterusan Everise/C3 dalam firma BPO yang dipacu teknologi, yang membangunkan penyelesaian yang inovatif dan proprietari yang dapat melengkapi bakat manusia. Ana akan terus mengubah, dengan lelaran selanjutnya daripada C3 Lab, menjurus kepada respons yang lebih pintar, merentasi pelbagai saluran, seraya membawa pemohon melangkah lebih jauh dalam perjalanan pekerjaan mereka.
Alami Ana di www.c3connect.com
Latar Belakang Everise
Everise ialah satu-satunya syarikat pengalaman global berpangkalan di Asia yang menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan pengurusan hubungan pelanggan untuk pelanggan korporat, dari A.S. dan lokasi antarabangsa. Visi syarikat adalah untuk mencipta Syarikat Pengalaman, memenuhi keperluan terhadap inovasi dan perubahan dalam industri BPO. Everise memiliki C3 dan bersama-sama memiliki Globee, pusat Khidmat Perniagaan Global di Malaysia, menumpu pada pelanggan global yang tercari-cari penyelesaian berbilang bahasa. Layari www.everiseholdings.com
Latar Belakang C3|CustomerContactChannels
C3|CustomerContactChannels menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan pengurusan hubungan pelanggan untuk pelanggan korporat dalam pelbagai industri, iaitu di A.S. dan seluruh dunia. Menggaji lebih 10,000 kakitangan di seluruh dunia, C3 menyediakan perkhidmatan lebih daripada sekadar perkhidmatan pelanggan tradisional, memanfaatkan Kecerdasan Buatan dan menyediakan sokongan omnisaluran berbilang bahasa, di samping mengekalkan satu matlamat mudah, "Kami akan menjadikan anda PEMINAT kami." Layari www.c3connect.com