SHENZHEN, China, 1 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, mantan eksekutif kanan OPPO, Bingzhong Li (Sky Li), mengumumkan melalui Weibo bahawa beliau secara rasminya telah meletakkan jawatan daripada OPPO dan mengasaskan jenama teknologi Realme. Pada masa depan, jenama Realme akan menumpu untuk menyediakan telefon bimbit yang menggabungkan prestasi yang mantap dan reka bentuk bergaya, lalu memberikan golongan muda dengan kehidupan yang gembira, dengan menampilkan "teknologi" dan "kecantikan" yang mampu milik.
Produk telefon pintar pertama Realme, Realme 1 telah meraih pengiktirafan meluas serta merta hasil prestasi dan penampilan cemerlang sejak dilancarkan di India pada Mei 2018. Ia habis terjual dalam masa dua minit setelah mula tersedia, menjadikan seluruh siri sebagai "Produk Terlaris" Amazon India. Ia melonjak ke tempat kedua dalam pasaran telefon pintar India berdasarkan jumlah jualan bulanan bagi bulan seterusnya. Model ini menggunakan paparan 18:9 dengan resolusi 6.0-inci FHD+ dan dilengkapi dengan cipset MTK Helio P60, kamera belakang 13 juta piksel, kamera depan 8 juta piksel untuk swafoto dan bateri 3410mAh terbina dalam. Harga model ini bermula pada 8,990 rupee India (bersamaan kira-kira 885 CNY) manakala model premium berharga 13,990 rupee India (bersamaan kira-kira 1,396 CNY). Satu laporan daripada NDTV, badan media tempatan India yang berwibawa, menunjukkan bahawa Realme 1 telah menerima penarafan 4.4 melalui Amazon India dan menjadi produk "Diberi Penarafan Tertinggi" dalam kedudukan produk terlaris Amazon. Digabungkan dengan reka bentuk badan telefon bertekstur berlian yang mengagumkan, model ini mencapai prestasi jualan yang hebat melalui Amazon. Menurut data daripada Amazon India, Realme 1 terjual sebanyak 400,000 unit selepas pelancarannya, yang merupakan satu pencapaian hebat untuk jenama baharu. Tatkala Realme menyasarkan pasaran global, ia akan turut menyuntik momentum yang baharu kepada industri telefon pintar global.
Sky Li, pengasas Realme, mantan naib presiden OPPO dan ketua jabatan perniagaan luar negara OPPO, memimpin OPPO untuk berkembang daripada sebuah perniagaan yang tersedia dalam 3 pasaran kepada perniagaan yang mencakupi 31 negara dan kawasan termasuk Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika dan juga Oseania. Di bawah kepimpinan Sky Li, perniagaan luar negara OPPO bermula dari bawah dan kini tersenarai sebagai antara tiga yang terbaik dalam banyak negara.