omniture

Hytera Bertindak Balas Pantas terhadap Usaha Menyelamat Empangan Runtuh Laos

Hytera Communications Corporation Limited
2018-08-02 18:55 1752

SHENZHEN, China, 2 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pada sebelah petang 23 Julai, empangan stesen janakuasa hidroelektrik yang sedang dibangunkan di bahagian tenggara Laos runtuh. Empangan yang runtuh itu mengakibatkan ratusan individu hilang, kira-kira 6,600 orang hilang tempat tinggal dan hampir 3,000 orang "menanti untuk diselamatkan". Cuaca yang buruk dan hujan lebat yang berterusan memusnahkan kebanyakan kemudahan lalu lintas jalan raya. Walau bagaimanapun, pasukan penyelamat masih mencuba sehabis daya dalam keadaan yang amat sukar ini.

Selepas berlakunya nahas tersebut, beberapa pertubuhan sukarela awam yang merancang untuk ke Laos bagi memberi bantuan kemanusiaan menghubungi Hytera, bagi meminta sokongan komunikasi PMR. Hytera bertindak balas segera dan membangunkan rancangan komunikasi kecemasan dalam tempoh yang singkat. Sehingga jam 24:00 waktu Beijing pada 26 Julai, Hytera cawangan Laos dan pengedar tempatan telah menyediakan peralatan komunikasi yang diperlukan. Jurutera-jurutera teknikal tempatan daripada jabatan khidmat pelanggan luar negara bersedia selama 24 jam bagi menyediakan sokongan segera sebaik sahaja diperlukan.

Pada 19:00 waktu Beijing tanggal 27 Julai, Hytera menerima pesanan daripada BSR bahawa pusat kawalannya tidak dapat menghubungi pasukan penyelamat disebabkan oleh isyarat komunikasi yang lemah. Mengambil kira persekitaran yang rumit, pusat kawalan bimbang akan keselamatan pasukan penyelamat. Pusat kawalan berharap Hytera dapat menyelesaikan masalah komunikasi secepat mungkin.

Selepas mengenal pasti keperluan BSR secara terperinci, pasukan teknikal Hytera menyesuaikan penyelesaian komunikasi kecemasan dan membawa peralatan ke destinasi dalam masa sesingkat yang mungkin.

Hytera, penyedia terkemuka global bagai penyelesaian komunikasi Radio Mudah Alih Profesional (PMR) yang inovatif, mengetahui kepentingan dan peranan komunikasi PMR yang tiada galang ganti dalam usaha menyelamat kecemasan. Beberapa tahun lalu, Hytera telah menyokong BSR dalam beberapa misi menyelamat, seperti gempa bumi di Nepal, banjir di Myanmar dan tanah runtuh di Guangming. Hytera akan terus memberi perhatian terhadap bencana di Laos dan bersiap sedia memberi sokongan pada bila-bila masa.

Source: Hytera Communications Corporation Limited
Keywords: Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Corporate Social Responsibility