omniture

Everise/C3 Menang Tiga Anugerah untuk Kecemerlangan Penyumberan Luar

Everise/C3
2018-08-02 18:56 1701

SINGAPURA, 2 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Everise/C3 memenangi tiga anugerah sempena Anugerah Kecemerlangan Penyumberan Luar Asia: Inovasi BPO Terbaik Tahunan, Penyedia Perkhidmatan Penyumberan Luar Terbaik Tahunan dan Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Tahunan. Diterima oleh William Foo, Ketua Pegawai Kewangan Everise/C3, anugerah-anugerah tersebut mengiktiraf inovasi teknologi Everise/C3 termasuk keupayaan Kecerdasan Buatannya yang dibangunkan dalam C3 Lab susulan perkongsian Everise/C3 dengan Microsoft.

"Kemenangan bukan satu tapi tiga anugerah untuk kepimpinan pemikiran penyumberan luar ini menjadi bukti penetapan minda, keupayaan dan ciri perbezaan pasukan kami serta kebolehan kami untuk membantu pelanggan meningkatkan hasil perniagaan mereka tatkala kami terus mencipta penyelesaian yang membolehkan mereka menjadi lebih berjaya," kongsi William Foo.

Everise dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sudhir Agarwal yang menerima anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Tahunan. Menyedari adanya keperluan terhadap kepelbagaian produk dan perkhidmatan serta penggabungan teknologi, Sudhir menyelia perkongsian penting dan mendorong ke arah penyediaan lebih banyak omnisaluran dan penyelesaian berbilang bahasa untuk pelanggan. Di bawah kepimpinan beliau, beberapa C3 Lab dilancarkan di seluruh dunia. Produk-produk yang dibangunkan dalam Makmal-makmal ini berjaya meraih anugerah Inovasi BPO Terbaik Tahunan untuk Everise.

"Inovasi-inovasi kami dalam transformasi digital membantu syarikat-syarikat seluruh dunia menyediakan interaksi pelanggan yang jauh lebih baik dan mencapai kadar pengekalan yang lebih hebat, pada kos yang jauh lebih rendah," kongsi Sudhir Agarwal. "Kami berharap dapat menyediakan tawaran-tawaran yang memenangi anugerah kepada industri dengan tahap perkhidmatan tinggi Everise/C3 yang disahkan oleh pelanggan kami dan CMO ASIA," tambah beliau.

Anugerah CMO ASIA mengiktiraf syarikat-syarikat atas amalan terbaik, kajian kes, inovasi dan juga penglibatan pelanggan mereka. Dianjurkan oleh CMO ASIA, Anugerah Kecemerlangan Penyumberan Luar Asia bertujuan untuk mengenal pasti dan mengganjari pencapaian luar biasa dalam bidang BPO dan penyumberan luar.

Latar Belakang Everise

Everise ialah satu-satunya syarikat pengalaman global berpangkalan di Asia yang menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan pengurusan hubungan pelanggan untuk pelanggan korporat, dari A.S. dan lokasi antarabangsa. Visi syarikat adalah untuk mencipta Syarikat Pengalaman, memenuhi keperluan terhadap inovasi dan perubahan dalam industri BPO. Everise memiliki C3 dan bersama-sama memiliki Globee, pusat Khidmat Perniagaan Global di Malaysia, menumpu pada pelanggan global yang tercari-cari penyelesaian berbilang bahasa. Layari www.everiseholdings.com

Latar Belakang C3|CustomerContactChannels

C3|CustomerContactChannels menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan pengurusan hubungan pelanggan untuk pelanggan korporat dalam pelbagai industri, iaitu di A.S. dan seluruh dunia. Menggaji lebih 10,000 kakitangan di seluruh dunia, C3 menyediakan perkhidmatan lebih daripada sekadar perkhidmatan pelanggan tradisional, memanfaatkan Kecerdasan Buatan dan menyediakan sokongan omnisaluran berbilang bahasa, di samping mengekalkan satu matlamat mudah, "Kami akan menjadikan anda PEMINAT kami." Layari www.c3connect.com

Source: Everise/C3
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Awards