omniture

JA Solar Terus Luaskan Capaian dalam Pasaran Mexico

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-08-03 19:49 2036

BEIJING, 3 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. ("JA Solar"), pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia membekalkan 404MW daripada modul PV berkecekapan tinggi untuk stesen kuasa solar yang terletak di Puerto Libertad, Mexico.

Projek ini dibangunkan oleh syarikat gergasi tenaga global ACCIONA Energy dalam satu usaha sama dengan Tuto Energy, yang merupakan salah satu loji solar berskala utiliti terbesar di wilayah tersebut. Penjanaan kuasa bagi projek ini dijangka mencecah 963GWh setahun dan emisi karbon dioksida di kawasan tempatan dijangka dikurangkan sebanyak 925,443 tan metrik, yang dapat menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di wilayah tersebut.

Terletak di Padang Pasir Sonoran di Mexico, projek ini berhadapan dengan keadaan persekitaran melampau melibatkan suhu tinggi, sinaran ultaungu dan ribut pasir. Hasilnya, terdapat keperluan ketat terhadap keandalan tinggi modul solar yang digunakan di wilayah berkenaan. Produk-produk JA Solar telah melepasi pelbagai ujian ketahanan dan alam sekitar, termasuk ujian kemarau dan pasir, ujian haba kering dan haba lembap serta berupaya memberi prestasi yang baik dalam keadaan melampau berkenaan, menyediakan jaminan kukuh untuk meningkatkan penjanaan kuasa.

Prestasi cemerlang produk-produk solarnya turut membolehkan JA Solar menjalin kerjasama erat dengan syarikat tenaga Mexico yang dikenali ramai, IEnova, subsidiari Sempra Energy dan menyediakan modul solar 200MW untuk projek syarikat di Padang Pasir Sonoran.

En. Cao Bo, Naib Presiden JA Solar mengulas, "Kami yakin dengan prospek industri dan pembangunan tenaga solar di Mexico. Pada tahun 2017, kami menubuhkan subsidiari Mexico untuk meluaskan kehadiran kami dan menyokong pelanggan serta rakan kongsi kami di wilayah tersebut. JA Solar akan terus menumpu untuk mengembangkan bahagian pasarannya di wilayah berkenaan dan menyediakan pelanggan dengan modul-modul PV yang lebih andal serta perkhidmatan berkualiti tinggi."

Untuk Pertanyaan Media:

Xiaorui Sun
+86-10-6361-1888 x1698
bj.sunxr@jasolar.com 

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion