omniture

Lebih 130 Negara, Kompleks Pameran Terbesar Dunia dan Kurang 100 Hari Berbaki: Kiraan Detik Menuju CIIE 2018 Bermula

China International Import Expo
2018-08-06 08:34 1244

SHANGHAI, 6 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Ekspo Import Antarabangsa China 2018 (CIIE), mengumumkan penutupan proses permohonan reruai, memandangkan semua kekosongan tempat telah dipenuhi. Dengan hanya kurang 100 hari berbaki, persiapan kini sedang rancak dijalankan menerusi beberapa sesi pemadanan permintaan untuk setiap kawasan pameran yang dijadual diadakan sebelum acara kemuncak pada November ini.

Maskot “Jinbao” dan logo rasmi untuk Ekspo Import Antarabangsa China
Maskot “Jinbao” dan logo rasmi untuk Ekspo Import Antarabangsa China

CIIE, satu platform penting untuk mempromosikan hubungan dagangan dua hala antara China dan dunia, bakal diadakan pada 5 November 2018. Secara keseluruhan, lebih 2,800 syarikat akan mengambil bahagian dalam ekspo tersebut termasuk lebih 200 syarikat Fortune 500 serta syarikat-syarikat yang terkemuka dalam industri. Menurut statistik awal, pempamer akan membawakan lebih 100 produk baharu, teknologi dan barangan termaju bagi memenuhi kawasan Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) berkeluasan 270,000 meter persegi, bangunan blok tunggal dan kompleks pameran yang terbesar di dunia.

Sebagai ekspo negara pertama bertemakan import dunia, CIIE ialah satu acara unik dan merupakan permulaan hebat untuk lapangan promosi perdagangan antarabangsa. Slogan CIIE ialah "Era Baharu, Masa Depan Dikongsi Bersama" yang meneruskan prinsip-prinsip inisiatif Jalur dan Jalan, termasuk perundingan yang luas, sumbangan bersama dan faedah bersama.

Pembeli-pembeli CIIE di acara ini akan hadir sebagai delegasi perdagangan 'dalam-negara' dan akan melibatkan pelbagai kategori peniaga, seperti ejen import, pengedar, pemborong, penjual, syarikat-syarikat pengeluaran dan perkhidmatan. Di samping itu, kumpulan terpilih yang terdiri daripada 98 perusahaan milik negeri akan membentuk kumpulan pembeli pertama. Secara keseluruhan, lebih 150,000 pembeli domestik dan luar negara dijangka hadir.

Demi memaksimumkan peluang untuk semua pempamer, pihak penganjur telah mengatur beberapa acara satelit dan aktiviti pemadanan permintaan bagi meningkatkan urus niaga dan menyokong hadirin menjelang acara utama pada November ini. Sesi pertama daripada acara ini diadakan pada 14 Jun 2018 untuk pempamer dalam sektor makanan & pertanian, 36 peniaga dan 35 perusahaan Antarabangsa terkemuka termasuk Wal-Mart, Metro dan Takashimaya turut menyertai acara berkenaan. Sesi pemadanan kedua, diadakan pada 26 Julai lalu, menarik lebih 200 pempamer domestik dan luar negara, peniaga dan pembeli daripada industri pakaian, barangan pengguna, barangan elektronik dan perkakas rumah bagi menandakan permulaan kiraan detik 100 hari menuju permulaan rasmi acara berkenaan.

Meskipun pendaftaran reruai untuk ekspo tahun ini kini telahpun ditutup, tuan rumah CIIE, lantaran permintaan yang tinggi, mula menerima tempahan untuk CIIE 2019 dan sudahpun menandatangani kontrak dengan beberapa pempamer. Syarikat-syarikat yang ingin menghadiri CIIE 2019 dinasihatkan untuk membuat prapendaftaran di https://www.ciie.org/ciie/f/book/index?locale=en

Ekspo Import Antarabangsa pertama China akan berlangsung pada 5 November 2018 dengan acara-acara sampingan diadakan sebelum dan selepas acara utama. Para hadirin digalakkan untuk sentiasa menyemak laman sesawang bagi mendapatkan berita dan perkembangan terkini demi memanfaatkan sepenuhnya semua acara sebelum dan selepas CIIE. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ciie.org/zbh/en/     

Latar Belakang Ekspo Import Antarabangsa China

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), dianjurkan oleh Biro Ekspo Import Antarabangsa China dan National Exhibition and Convention Center (Shanghai) Co., Ltd, ditaja bersama-sama oleh Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai. Sebagai pameran pertama seumpamanya, ia disokong oleh organisasi-organisasi antarabangsa termasuk WTO, UNCTAD dan UNIDO.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180802/2202650-1

Source: China International Import Expo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news Future Events