omniture

Brian Scutt sertai Connell Brothers sebagai ketua pegawai operasi

Connell Bros. Co. LLC
2018-08-07 22:17 2783

CBC umum Ketua Pegawai Operasi pertama dalam sejarah 120 tahunnya 

SINGAPURA, 7 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Connell Bros. Co. LLC (CBC), sebahagian daripada kumpulan syarikat Wilbur-Ellis dan merupakan pemasar dan pengedar terbesar bahan kimia dan ramuan khusus di rantau Asia Pasifik, hari ini mengumumkan penyertaan Brian Scutt sebagai ketua pegawai operasi pertama Syarikat.

"Saya berasa teruja untuk mengalu-alukan Brian ke dalam keluarga kami," kata Presiden CBC, Dr. Azita Owlia. "Brian telah menunjukkan kefleksibelan, kepekaan budaya, komunikasi terbuka, pertimbangrasaan dan sikap ingin tahu sepanjang kerjaya beliau. Kekayaan pengalaman beliau akan terus mengukuhkan keupayaan kepimpinan kami, yang merupakan perkara penting untuk mencapai kejayaan hari ini sekaligus bersiap sedia mendepani masa depan yang lebih cerah."

Scutt memulakan kerjaya beliau pada tahun 1998 bersama Bayer HealthCare sebagai pengurus teknikal kesihatan haiwan dan kemudiannya dilantik sebagai pengurus bahagian vitamin dan bahan kimia halus di Roche. Beliau kemudiannya berpindah ke DSM yang mana beliau berkhidmat sebagai pengurus besar produk pemakanan DSM di Australia dan kemudiannya menjadi pengurus besar, Asia Pasifik di Malaysia untuk Fortitech. Setelah memulakan kerjaya dalam kepimpinan P&L, beliau telah terpilih untuk menggalas peranan operasi bagi menggabungkan fungsi-fungsi bahagian belakang Fortitech susulan pemerolehannya oleh DSM. Brian menghabiskan masa selama lebih enam tahun untuk meningkatkan operasi-operasi dalam pembuatan pracampuran dan pemakanan manusia di Malaysia, selain bahagian pemakanan dan kesihatan manusia di Singapura.

Scutt akan ditempatkan di luar pejabat Singapura CBC tetapi perlu menjelajah secara ekstensif ke seluruh rantau Asia Pasifik di 47 lokasi CBC yang lain di 18 negara berbeza selain ibu pejabatnya di San Francisco.

Latar Belakang Connell Bros. Co.
Ditubuhkan pada tahun 1898, Connell Bros. Co. LLC adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat Wilbur-Ellis dan merupakan pemasar dan pengedar terbesar bagi bahan kimia dan ramuan khusus di rantau Asia Pasifik dengan memberi tumpuan khusus pada perkhidmatan teknikal, sokongan pelanggan serta alam sekitar, kesihatan dan keselamatan. Connell Brothers menyediakan pengurusan rantaian bekalan yang lengkap, bermula dengan pengangkutan, dokumentasi, pergudangan dan jualan di 18 negara dan 48 pejabat yang terletak di seluruh rantau Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.connellbrothers.com.

Latar Belakang Syarikat Wilbur-Ellis 
Ditubuhkan pada tahun 1921, kumpulan syarikat Wilbur-Ellis ialah pemasar dan pengedar antarabangsa yang terkemuka bagi produk pertanian, makanan haiwan dan bahan kimia serta ramuan khusus. Dengan membina hubungan yang kukuh, membuat pelaburan pasaran yang strategik serta memanfaatkan peluang-peluang baharu, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis terus mengembangkan perniagaan dengan jualan kini mencecah lebih $3 bilion. www.wilburellis.com.

Source: Connell Bros. Co. LLC
Keywords: Agriculture Chemical Personnel announcements