omniture

Tongdun Technology Ditambah dalam Senarai Syarikat Unikorn Teknologi Kewangan Global CB Insights

Tongdun Technology
2018-08-08 10:22 1370

HANGZHOU, China, 8 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Tongdun Technology menjadi salah satu daripada 27 finalis dalam senarai teratas "Syarikat Unikorn Teknologi Kewangan Global" yang disiarkan baru-baru ini oleh CB Insights, sebuah institusi penyelidikan modal usaha niaga antabangsa yang ternama. Tiga syarikat Cina yang lain dalam senarai berkenaan ialah Lu.com, 51Xinyongka dan Tuandaiwang.

Menurut CB Insights, syarikat "unikorn" bukan sahaja mempunyai penilaian yang tinggi, tetapi lebih penting, ia perlu mempunyai model-model perniagaan, kelebihan dan daya saing yang unik dalam industrinya. Terdapat empat syarikat teknologi kewangan Cina yang berjaya tersenarai dalam senarai teratas CB Insights tahun ini, menandakan bahawa perhatian antarabangsa telahpun diberikan kepada pembangunan teknologi kewangan yang pesat di China dan negara ini membuktikan ia berdaya saing dalam industri berkenaan.

Tongdun Technology ialah satu-satunya syarikat kawalan risiko pintar dalam senarai, yang mencerminkan pengiktirafan dan kepercayaan pasaran modal. Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, Tongdun Technology komited untuk menggabungkan teknologi kecerdasan buatan dalam aspek pengurusan risiko Internet dan antipenipuan dengan mendalam. Ia membantu perusahaan-perusahaan menambah baik keupayaan kawalan risiko keseluruhan dan menggalakkan pembangunan industri yang sihat melalui penerokaan dan amalan senario yang berbilang peringkat, berbilang dimensi dan menyeluruh.

Ditubuhkan pada tahun 2013, Tongdun Technology ialah penyedia perkhidmatan pengurusan risiko pintar pihak ketiga yang profesional, beribu pejabat di Hangzhou, Zhejiang. Sejak ditubuhkan, Tongdun telah menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya menurut konsep kawalan risiko yang menumpu pada "rangkaian integriti pintar". Dengan menggabungkan kecerdasan buatan ke dalam pengurusan risiko, Tongdun menawarkan pelanggan daripada industri pemberian pinjaman P2P, mikrokewangan, perbankan, insurans, pengurusan dana, pembayaran pihak ketiga, OTA, e-dagang, O2O, permainan, media sosial dan penstriman langsung dengan penyelesaian kawalan risiko pintar menyeluruh yang amat cekap.

Kemajuan syarikat sejak beberapa tahun lalu menjadikannya sebagai pengusaha yang paling pesat berkembang dalam industri. Setakat ini, lebih 10,000 pelanggan korporat memilih produk dan perkhidmatan Tongdun.

Tongdun menubuhkan makmal kawalan risiko pintar di Amerika Utara pada Jun 2017 untuk meneroka penggunaan teknologi rantaian blok dalam senario-senario kawalan risiko kewangan.

Pada November 2017, Tongdun Technology dianugerahkan dengan sijil "Perusahaan Teknologi Tinggi dan Baharu". Penganugerahan status ini mencerminkan pengiktirafan dan sokongan Negeri terhadap keupayaan inovasi dan potensi pembangunan syarikat.

Pada Januari 2018, Tongdun International, cawangan Singapura bagi Tongdun Technology, diperbadankan bagi membuka pintu kepada pasaran Asia Tenggara.

Source: Tongdun Technology
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Survey, Polls & Research Financial Technology