SHANGHAI, 9 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo & Persidangan Hiburan Digital China ("ChinaJoy") kali ke-16 telahpun diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai antara 3 dan 6 Ogos 2018. Tema acara - "teknologi baharu, hiburan baharu dan nilai baharu" - bukan sahaja menonjolkan daya maju industri hiburan digital China, tetapi turut menarik lebih banyak perhatian daripada orang awam. Sebagai rakan kongsi 16 kali bagi ChinaJoy, Perfect World mengambil bahagian dalam acara tersebut dengan 18 judul permainan baharu, diiringi oleh beberapa penyedia pan-hiburan, rakan kongsi dan kontinjen besar pemain yang hadir daripada empat penjuru dunia untuk berhimpun di acara hiburan yang terkemuka di dunia.
Pada sebelah pagi 3 Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert Xiao menyampaikan ucapan alu-aluan kepada pemain-pemain yang mengunjungi reruai Perfect World, mengumumkan permulaan rasmi penerbit permainan bagi pameran tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif menyebutkan slogan baharu syarikat untuk permainannya, "Enjoy the Difference" ("Nikmati Perbezaan") yang memperlihatkan bahagian penting daripada strategi Perfect World untuk mencipta permainan yang memahami mereka yang lahir pada tahun 1990-an, 2000-an dan 2010-an. Perfect World menyasarkan untuk memberi himpunan pengalaman yang belum pernah disediakan kepada pemain-pemain melalui produk-produk baharu serta melalui acara-acara menarik yang bakal diadakan di reruai, termasuk pertandingan e-sukan DOTA2 dan CS:GO. Beliau berharap pemain-pemain yang mengunjungi reruai akan menikmati detik yang menyeronokkan dalam acara selama empat hari itu.
18 produk daripada Perfect World yang dipamerkan terdiri daripada judul-judul e-sukan termasuk DOTA2 dan CS:GO; permainan mudah alih termasuk Return of the Condor Heroes II, The Legendary Swordsman, Albireo, Perfect World, Legend of Fox Spirit, Lost Realm, Fire Like The Song dan Samsara; permainan-permainan bebas termasuk Hidden Dragon Legend, Absolver, Human: Fall Flat, The Flame in the Flood dan HOB; dua permainan yang dibangunkan oleh studio-studio luar negara, Unruly Heroes dan Subnautica; selain FARSIDE, permainan menembak taktikal yang disediakan melalui versi permainan awan dan komputer peribadi, didatangkan bersama-sama untuk memberikan pemain dengan akses kepada tembakan taktikal, permainan MMO, budaya anime, MMO berasaskan seni mempertahankan diri serta judul MMORPG maya, yang mana kesemuanya sangat popular dalam kalangan pemain muda.
Pemain-pemain diundang untuk mencuba kebanyakan permainan yang dipamerkan di reruai tersebut termasuk Return of the Condor Heroes II, Perfect World, Legend of Fox Spirit, Human: Fall Flat, Unruly Heroes serta FARSIDE, dan sebagainya.
Permainan baharu daripada Perfect World, FARSIDE berjaya menggamit perhatian pada hari pertama. Pertandingan e-sukan DOTA2 dan CS:GO yang diadakan di pentas utama telah menerima banyak maklum balas positif daripada para pemain, dengan pasukan TyLoo berjaya menarik sejumlah besar peminat CS:GO. Dalam beberapa minit, pertandingan tersebut serta merta menjadi acara yang padat dengan peserta.