omniture

Trina Solar sedia 167MW modul PV projek PV terbesar Eropah

Trina Solar Limited
2018-08-13 08:55 1278

CHANGZHOU, China, 13 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pada 9 Ogos, Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "Syarikat") mengumumkan bahawa pengeluar fotovolta (PV) ini akan menyediakan 167MW modul PV kepada projek PV solar terbesar di Eropah.

ACS Group dan subsidiarinya Cobra, yang mengkhususkan dalam infrastruktur bertenaga siap guna, sedang membina stesen janakuasa di Mula, wilayah Murcia (Sepanyol) yang akan meliputi 1,000 hektar dengan jumlah kapasiti total 500MW. Penghantaran dijadualkan untuk Suku ketiga / Suku keempat - 2018 dan Suku Pertama - 2019. Projek ini dijangka beroperasi menjelang akhir tahun 2019.

Trina Solar akan membekalkan 496,000 unit modul berbilang habluran TSM-PE14H dengan output kuasa antara 335 dan 340W. Reka bentuk separuh sel menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi dan tata letak aturan sel baharunya mengurangkan kehilangan tenaga yang disebabkan oleh teduhan antara baris. Di samping itu, modul 1,500V yang disahkan sesuai untuk pemasangan besar-besaran sejak kos BOS dikurangkan dengan menghubungkan lebih banyak modul dalam satu baris.

"Kami sangat teruja melihat projek PV yang hebat ini berkembang dengan modul Trina Solar kerana ia akan menjadi yang terbesar di Eropah," kata Gonzalo de la Vina, Ketua Perniagaan Modul Eropah Trina Solar. "Kami yakin bahawa hubungan perniagaan kami dengan Cobra mempunyai masa depan yang cerah. Meskipun beberapa tahun kebelakangan ini pasaran PV di Sepanyol tidak berkembang, usaha ini membuktikan bahawa di negara ini matahari masih menyinari PV solar kerana teknologi ini sudah berdaya saing tanpa subsidi" .

De la Vina menambah, "Selain pertumbuhan berterusan di Eropah, dalam kalangan pasaran tradisional yang lain, produk kami telah mendapat momentum dan meningkatkan populariti di Timur Tengah, Amerika Latin dan APAC sejak awal tahun ini. Dengan kejayaan berterusan dalam pasaran baru muncul, tempahan pesanan kami jauh melebihi jangkaan. "

Sebagai pengeluar modul global terkemuka, Trina Solar telah membina sebuah pasukan jualan dan operasi yang kukuh di seluruh dunia dengan produk yang dijual kepada lebih 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Menjelang akhir tahun 2017, penghantaran terkumpul syarikat berjumlah 32GW, meletakkan kedudukan firma sebagai yang pertama dalam kalangan pengilang modul di seluruh dunia.

Pada tahun 2017, penghantaran global Trina Solar berjumlah lebih daripada 9GW, lebih 60 peratus daripadanya dihantar ke lokasi di luar pasaran tempatan pengeluar PV. Apabila suku ketiga tahun 2018 tiba, modul Trina Solar terus terjual dengan baik di seluruh dunia sementara kemudahan pengeluaran syarikat yang terletak di dalam dan di luar China beroperasi pada keupayaan penuh. Trina Solar memperluaskan keupayaan bekalannya dengan tujuan untuk menangani peningkatan permintaan produknya.

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar merupakan penyedia penyelesaian menyeluruh global untuk tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar membangunkan penyelesaian PV pintar proprietari untuk stesen kuasa besar serta penyelesaian komersil dan kediaman, sistem storan tenaga dan modul fotovolta. Sebagai peneraju penyelesaian tenaga solar bersepadu dunia, Trina Solar telah memimpin dalam berkembang menjadi jenama dalam dunia IoT tenaga (internet komunikasi benda) dan komited untuk menjadi pemimpin global dalam sektor baharu yang baru muncul ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.trinasolar.com.

 

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities