omniture
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

BYFX Global Co., Limited diberi Lesen Perniagaan Pelaburan Sekuriti Penuh (Nombor rujukan. 1458866) Oleh CIMA untuk bertindak sebagai Peniaga Pasaran

2018-08-13 09:00

GRAND CAYMAN, Kepulauan Cayman, 13 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- BYFX Global Co., Limited dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Lembaga Monetari Kepulauan Cayman (CIMA) memberikan BYFX Global Co., Limited dengan Lesen Perniagaan Pelaburan Sekuriti (SIBL) yang akan membenarkan BYFX Global Co., Limited menjalankan perniagaan pelaburan sekuriti sebagai Penggerak Pasaran. Di bawah SIBL, sekuriti ditakrifkan secara meluas, sebagai saham, hutang, instrumen, waran, opsyen, niaga hadapan dan kontrak untuk perbezaan. Skop ini membolehkan BYFX Global Co., Limited menawarkan pelbagai produk kewangan pada masa depan, iaitu menawarkan kontrak untuk perbezaan (CFD) dalam Pertukaran Asing dileveraj, Bulion Lani pada pelancarannya.

An SBI Group Member Company
An SBI Group Member Company

Undang-undang Perniagaan Pelaburan Sekuriti mengawal perniagaan pelaburan sekuriti, termasuk peniaga pasaran, peniaga-broker, pengatur sekuriti, penasihat sekuriti dan pengurus sekuriti, di dalam atau dari Kepulauan Cayman. Dengan reputasi Kepulauan Cayman sebagai pusat kewangan utama dengan sistem kawal selia yang kukuh, Undang-undang Perniagaan Pelaburan Sekuriti adalah berkesan, telus dan diiktiraf di seluruh dunia kerana memenuhi atau melangkaui piawaian antarabangsa lain. Kepulauan Cayman mempunyai peraturan ketat terhadap pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas. Dengan itu, pelabur, institusi kewangan, pelanggan dan rakan kongsi berasa terjamin dengan sekuriti dan keselamatan dana mereka. Dengan lesen ini, BYFX Global Co., Limited akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2018, menawarkan pelanggan runcit di seluruh dunia dengan kecairan tahap tinggi dan pelbagai perkhidmatan dagangan dalam talian untuk pelaburan sekuriti. 

Zhu Min, Pengarah BYFX Global Co., Limited mengulas, "Sebagai subsidiari luar negara milik penuh SBI Group, konglomerat kewangan dalam talian yang terkemuka dari Jepun, kami membawakan pelanggan runcit dengan harga yang saksama dan telus serta pengalaman dagangan yang lancar dan mudah. Lesen SIBL yang diberikan oleh CIMA kepada BYFX Global Co., Limited merupakan satu pencapaian penting."

Latar Belakang BYFX Global

BYFX Global Co., Limited ialah subsidiari milik penuh SBI Holdings, Inc (8473:JP), menyediakan penyelesaian kecairan dan perkhidmatan dagangan dalam talian yang amat selamat dan komprehensif untuk FX Lani, Bulion Lani dan Bulion Fizikal (www.byfx.com). SBI Holdings, Inc., konglomerat kewangan dalam talian dan teknologi kewangan yang terkemuka di Jepun, memulakan perniagaannya pada tahun 1999. SBI Holdings, Inc tersenarai dalam Bursa Saham Tokyo dan telah mengumpul lebih 23.9 juta[1] pelanggan pada Jun 2018.

Perhubungan Media:

BYFX Global Co., Limited
info@byfx.com

[1] 

Dilaporkan oleh Keputusan Kewangan SBI Holdings, Inc. untuk tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2018 (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2019)

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180810/2209212-1

 

Source: BYFX Global Co., Limited
Related Links:

Related stocks: Tokyo:8473

Featured Video

Related Keywords:

Banking/Financial Service

Licensing/marketing agreements

New products/services

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us