omniture

#ArigatoGuide, Pendekatan Jepun terhadap Kempen Pemadanan Sukarelawan berasaskan Telefon Pintar Bermula di Stesen Osaka

#ArigatoGuide
2018-08-13 14:00 1316

TOKYO, 13 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- #ArigatoGuide, projek pemadanan sukarelawan, yang disokong oleh Dai Nippon Printing Co., Ltd., West Japan Railway Company, dan Mirairo Inc. – berbesar hati untuk membentangkan ujian lapangannya di Stesen JR Osaka yang tersedia mulai 3 Ogos hingga 31 Ogos. Projek berkenaan membantu menghubungkan orang ramai yang memerlukan (pengguna berkerusi roda, ibu bapa dengan kereta sorong bayi, warga emas, pelancong asing atau mereka yang tidak biasa dengan Stesen Osaka) dengan pembantu (sukarelawan). Ujian lapangan ini menggunakan LINE, sebagai instrumen komunikasi dan LINE Beacon untuk tujuan mengesan lokasi bagi memadankan pmbantu dengan mereka yang memerlukan bantuan.

Memandangkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 semakin menghampiri, lebih banyak infrastruktur diperlukan untuk menyokong peningkatan bilangan pelancong asing. Projek #ArigatoGuide dijangka dapat meringankan beban kerja pekerja stesen kereta api dan masa menunggu di pusat maklumat pelancong yang berbeza dengan memperkenalkan pasukan sukarelawan tempatan.

Video Pengenalan: https://youtu.be/-Zwwa5RikIE

Panduan Pengguna untuk #ArigatoGuide
Panduan Pengguna untuk #ArigatoGuide

Gambaran Keseluruhan

Tempoh Ujian Lapangan: 10 pagi - 8 malam, Jumaat, 3 Ogos - Jumaat, 31 Ogos
Lokasi: Dataran di Stesen JR Osaka
(Sekitar Pusat Dataran, Pintu Keluar Midosuji Selatan, Pintu Keluar Sakurabashi)

#ArigatoGuide
#ArigatoGuide

Untuk Menyertai

1.  Daftar akaun '&HAND'

Bagi mereka yang bersetuju dengan objektif ujian lapangan ini dan ingin mengambil bahagian, sila tambahkan akaun '&HAND' sebagai kenalan melalui LINE. Setelah menambahkannya, anda boleh memilih sama ada untuk berada di "bahagian yang memerlukan bantuan" atau "bahagian pembantu" dan daftar.

2. Memadankan pembantu untuk permintaan bantuan

Apabila seseorang yang telah menambah akaun LINE '&HAND' memasuki kawasan yang ditetapkan di Stesen JR Osaka, satu pesanan akan dihantar secara automatik daripada akaun &HAND untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa mereka telah memasuki kawasan sasaran daripada robot sembang LINE. Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghantar pesanan permintaan untuk mendapatkan bantuan dan pembantu di kawasan yang sama akan menerima permintaan bantuan daripada LINE. Robot sembang tersebut akan turut menghantar jenis bantuan yang diperlukan sambil membimbing pembantu ke lokasi di mana individu yang membuat permintaan berada. Robot sembang ini berfungsi dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris agar ia boleh digunakan oleh penduduk tempatan dan warga asing yang mengunjungi Jepun.

Latar Belakang '&HAND' 

&HAND menggunakan LINE dan sebagainya untuk memadankan mereka yang mengalami kesukaran dari segi fizikal dan mental dengan mereka yang ingin membantu. Individu yang memerlukan bantuan membawa peranti Beacon mudah alih dan apabila mereka mengaktifkannya ketika situasi memerlukan, pesanan dihantar oleh LINE kepada pembantu berdekatan (orang ramai yang ingin membantu). Pembantu-pembantu dapat mengetahui situasi individu yang memerlukan bantuan melalui robot sembang (chatbot) dan dapat mengambil langkah padu. Pada Disember 2017, ujian lapangan pertama bagi 'Smart Maternity Mark', satu gerakan untuk menawarkan tempat duduk kepada wanita mengandung, telahpun dijalankan. Seramai 11,304 peserta dan kadar memberi tempat duduk sebanyak 86% dicatatkan semasa ujian lapangan berkenaan.

Perhubungan Media
Pejabat Perhubungan Awam #ArigatoGuide (Kartz Media Works)
Taguchi, Sato, Jeremy
E-Mel: info@kartz.co.jp

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180810/2209268-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180810/2209268-1-b

Source: #ArigatoGuide
Keywords: Travel