omniture

Honor 10 dipilih 'Telefon Pintar Gaya Hidup EISA 2018 - 2019'

Honor
2018-08-15 16:43 1365

Peranti kemegahan terkini Honor adalah "padanan sempurna" untuk generasi muda

HONG KONG, 15 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-janama telefon pintar yang baharu, penetap trend dan inovatif, memenangi anugerah Persatuan Pengimejan dan Bunyi Eropah (EISA) hari ini menerusi anugerah 'Telefon Pintar Gaya Hidup EISA 2018 – 2019'. EISA memuji Honor 10 sebagai "padanan sempurna meskipun untuk pengguna lebih muda yang paling mendesak".

Honor 10 dipilih ‘Telefon Pintar Gaya Hidup EISA 2018 – 2019’
Honor 10 dipilih ‘Telefon Pintar Gaya Hidup EISA 2018 – 2019’

"'Telefon Pintar Gaya Hidup EISA 2018 - 2019' merupakan anugerah EISA ketiga untuk Honor. Pengiktirafan pasaran yang penting ini menunjukkan kepada kami bahawa jenama Honor berjaya menambat hati dan minda golongan muda seluruh dunia," kata George Zhao, Presiden Honor. "Honor 10 ialah telefon pintar kemegahan yang amat popular. Ia telahpun mencapai angka jualan yang memecah rekod."

Pelancaran Honor 10, telefon pintar kemegahan Honor untuk tahun 2018, memperkenalkan dua teknologi telefon pintar revolusioner kepada pengguna. EISA memuji Honor 10 kerena mempunyai "sistem kamera paling pintar dalam pasaran" dan "perisian AI termaju yang berupaya mengenali dan menyelaraskan persekitaran rakaman untuk sebanyak 500 situasi gaya hidup berbeza." EISA turut menyebutkan "reka bentuk bingkai aluminium dan kaca yang mengagumkan, tersedia dalam empat warna bergaya" daripada Honor 10.

Honor 10 diterima baik dalam kalangan media teknologi pengguna unggul dan peminat-peminat seluruh dunia. Tiga bulan sejak dilancarkan di China dan dua bulan selepas pelancaran global di London, Honor 10 telah terjual sebanyak lebih 3 juta unit. Sokongan daripada pengguna memberi kesan yang sangat positif untuk banyak ciri utama telefon pintar. Honor 10 telahpun merangkul lebih 10 penghargaan daripada media industri, menerima anugerah Editor's Choice Android Headline, telefon pintar kategori pertengahan Terbaik Wired; dipilih sebagai Telefon Pintar Terbaik 2018 Tech Radar selain Telefon $400 Terbaik dan Anugerah Pilihan Android Central dan juga Telefon Pintar Terbaik 2018 Pocket-Lint.

Imbas kembali ciri-ciri utama Honor 10:

Kamera AI 2.0

  • Kamera belakang 24MP + 16MP, disokong oleh pemproses NPU terbina dalam bebas dan teknologi Segmentasi Imej Semantik yang pertama dalam industri
  • Kamera depan 24MP turut disokong oleh teknologi AI 2.0
  • Penstabilan Imej Automatik (AIS)

Reka bentuk 'avant-garde'

  • 15 lapisan kaca 3D di bahagian belakang dan reka bentuk ini menonjolkan sinaran berwarna warni dari setiap sudut, dalam cahaya semula jadi mahupun gelap.
  • Honor 10 membawakan kombinasi warna-warna mengagumkan kepada pengguna, iaitu Phantom Blue dan Phantom Green.[1] Kedua-dua warna ikonik dan inovatif ini dicipta di The Paris Aesthetics Center, yang mana daya kreativiti dan semangat jurutera-jurutera dan para pereka Honor dapat dilaksanakan.

Lain-lain

  • Turbo GPU
  • Sensor cap jari ultrasonik bahagian depan di bawah kaca
  • Skrin FullView FHD+ 5.84-inci dengan paparan 19:9 kurang bezel
  • 4GB RAM dan 64GB/128GB ROM
  • SuperCharge[2] 5V/4.5A Honor dengan bateri 3,400 mAh (nilai biasa)
  • EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1

 

    [1] Turut tersedia dengan warna Midnight Black dan Phantom Grey.

    [2] Berdasarkan pengujian makmal Honor.

    Latar Belakang Honor

    Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

    Latar Belakang Persatuan Pengimejan dan Bunyi Eropah (EISA)

    Diwujudkan pada tahun 1982, Persatuan Pengimejan dan Bunyi Eropah (EISA) ialah sebuah persatuan multimedia yang menguji produk-produk elektronik pengguna. Dengan keahlian melibatkan 50 majalah audio, mudah alih, video dan foto dari 20 negara Eropah, anugerah-anugerah EISA dikenali sebagai salah satu cadangan pengguna paling berprestij yang diterima oleh produk dan merupakan petunjuk utama untuk keputusan belian pengguna yang terbaik.

    Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180814/2211394-1

    Source: Honor
    Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Awards