omniture

Merck Dianugerah Paten Nickase CRISPR Australia untuk Teknologi Penyuntingan Genom Asas

Merck
2018-08-15 20:00 3620

- Paten cakupi teknologi gandingan nickase Cas9 kurangkan kesan tersasar, majukan terapi dan penyelidikan gen

- Luaskan IP pemotongan dan penyepaduan CRISPR asas syarikat yang diperlukan untuk membaiki kecacatan genetik dalam kalangan pesakit terapi gen

- Merck lesenkan paten berkaitan CRISPR kepada pihak yang berminat

DARMSTADT, Jerman, 15 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Merck, syarikat sains dan teknologi yang bertenaga, hari ini mengumumkan bahawa Pejabat Paten Australia telah membenarkan permohonan paten syarikat untuk menggunakan gandingan CRISPR nickase. Gandingan nickase memperlihatkan langkah penting dalam meningkatkan keselamatan dengan mendorong kekhususan melalui pendekatan yang amat anjal dan cekap demi mengurangkan kesan tersasar. Ini dapat meningkatkan kebolehan CRISPR untuk membaiki gen penyakit sekaligus tidak menjejaskan gen yang sihat.

Paired CRISPR nickase methods build on other technologies in Merck’s CRISPR patent portfolio, including CRISPR integration. Commercial organizations need Merck’s IP for CRISPR-based insertion of DNA if they want correct genetic defects in the somatic cells of gene therapy patients. Merck is licensing this patent portfolio for all fields of use.
Paired CRISPR nickase methods build on other technologies in Merck’s CRISPR patent portfolio, including CRISPR integration. Commercial organizations need Merck’s IP for CRISPR-based insertion of DNA if they want correct genetic defects in the somatic cells of gene therapy patients. Merck is licensing this patent portfolio for all fields of use.

"Kami telah mencapai kemajuan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam memajukan teknologi CRISPR dan ini merupakan detik penting dalam penyelidikan saintifik," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Teknologi gandingan nickase CRISPR Merck adalah penting untuk penyelidik yang memerlukan kaedah-kaedah yang amat tepat apabila membangunkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang sukar dirawat. Kebenaran paten baharu ini memperlihatkan kemajuan penting dalam keselamatan untuk terapeutik didayakan CRISPR."

Permohonan paten yang dibenarkan ini mencakupi strategi CRISPR asas yang mana dua CRISPR nickase disasarkan kepada sasaran gen yang sama dan berusaha bersama-sama dengan memotong atau membelahkan bebenang bertentangan pada jujukan kromosom untuk menghasilkan pemisah dwibenang. Proses ini dapat memasukkan secara pilihan urutan eksogenus atau penderma untuk dimasukkan dengan cara yang sama seperti teknologi penyepaduan CRISPR berpaten Merck. Keperluan untuk dua peristiwa pengikatan CRISPR dapat mengurangkan peluang memotong yang tersasar di lokasi-lokasi lain dalam genom dengan banyak.

Selain membenarkan permohonan paten pada gandingan nickase, baru-baru ini Pejabat Paten Australia mengumumkan geran rasmi paten penyepaduan CRISPR 2017 Merck, susulan penarikan balik empat tentangan yang difailkan secara bebas dan tanpa nama.

Portfolio paten penyepaduan CRISPR Merck termasuk paten-paten yang diberikan di Australia, Kanada, China, Eropah, Israel, Singapura dan Korea Selatan. Paten-paten CRISPR ini dituju kepada penyepaduan kromosom atau pemotongan jujukan sel-sel eukariot dan sisipan jujukan DNA eksogenus sintetik untuk menghasilkan perubahan genomik yang diinginkan.

Kaedah-kaedah gandingan nickase CRISPR memajukan teknologi-teknologi lain dalam portfolio paten CRISPR Merck termasuk penyepaduan CRISPR. Organisasi-organisasi komersial memerlukan harta intelek Merck untuk sisipan DNA berasaskan CRISPR sekiranya mereka ingin membetulkan kecacatan genetik dalam sel-sel somatik dalam kalangan pesakit terapi gen. Merck melesenkan portfolio paten ini untuk semua bidang penggunaan.

Sebagai sebuah syarikat yang mana sejak 14 tahun lalu telah terlibat secara aktif dalam inovasi penyuntingan genom, Merck mengakui bahawa penyuntingan genom telah membawa kepada kemajuan utama dalam penyelidikan biologi dan perubatan. Dalam masa yang sama, potensi teknologi penyuntingan genom yang semakin meningkat telah mencetuskan kebimbangan dari segi saintifik, undang-undang dan masyarakat. Sebagai pengguna dan pembekal teknologi penyuntingan genom, Merck menyokong penyelidikan dengan penyuntingan genom menurut pertimbangan yang teliti terhadap piawaian etika dan undang-undang. Merck telah mewujudkan Panel Penasihat Bioetika bagi menyediakan panduan penyelidikan yang melibatkan perniagaan-perniagaannya, termasuk kajian atau penggunaan penyuntingan genom dan telah menakrifkan kedudukan operasi yang jelas dengan mengambil kira isu-isu saintifik dan masyarakat bagi memaklumkan pendekatan terapeutik yang meyakinkan untuk digunakan dalam penyelidikan dan aplikasi.

Merck ialah syarikat pertama yang menawarkan biomolekul tersuai untuk penyuntingan genom seluruh dunia (intron II kumpulan berpandukan RNA TargeTron™ dan nukleas jejari zink CompoZr™), mendorong penggunaan teknik-teknik ini oleh penyelidik-penyelidik di seluruh dunia. Merck juga merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan pustaka CRISPR tersusun mencakupi seluruh genom manusia, mempercepatkan penyembuhan penyakit dengan membolehkan saintis-saintis meneroka lebih banyak persoalan mengenai punca asasnya.

Di samping penyelidikan penyuntingan genom, Merck menyokong pembangunan terapeutik berasaskan gen dan sel serta menghasilkan vektor virus. Pada tahun 2016, Merck melancarkan inisiatif penyuntingan genom yang bertujuan untuk memajukan penyelidikan dalam modus baharu, bermula dengan penyuntingan genom kepada pembuatan ubat gen, menerusi pasukan yang berdedikasi dan sumber-sumber yang dipertingkat, lalu terus mengukuhkan komitmen syarikat terhadap bidang tersebut.

Ikuti Merck melalui Twitter @Merckgroup, melalui Facebook @merckgroup dan melalui LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Hampir 53,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2017, hasil jualan Merck mencecah €15.3 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti kumpulan korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/729760/Stage_CRISPR_Graphic.jpg  

 

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Patent Law