omniture

Pengerusi Trina Solar Jifan Gao jelaskan pertumbuhan mantap berterusan pembuat PV pada 2018

Trina Solar Limited
2018-08-24 00:02 2888

CHANGZHOU, China, 24 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Trina Solar telah menjadi perhatian sejak syarikat dinyahsenaraikan daripada pasaran saham AS dan menjadi sebuah syarikat persendirian pada Mac 2017. Walaupun kebanyakan pengusaha dalam sektor PV baru-baru ini telah berhadapan dengan halangan, Pengerusi Trina Solar, Jifan Gao baru-baru ini berkata dalam satu temubual bahawa inventori tunai syarikat kekal pada kadar yang tinggi. Syarikat menjual lebih 4GW jumlah jualan termasuk modul dan ladang solar pada separuh pertama tahun 2018, menjana pendapatan sebanyak lebih 2.04 bilion USD, meningkat lebih 13 peratus berbanding tempoh tahun sebelumnya. Bagi sepanjang tahun 2018, berkemungkinan besar jumlah pendapatan jualan syarikat akan kekal melebihi apa yang dicapai pada tahun 2017.

Strategi globalisasi yang baik kurangkan risiko

Pada masa kini, Trina Solar telah berkembang ke 103 negara dan wilayah seluruh dunia, dengan pejabat-pejabat berada di sekitar 40 negara dan kakitangan berasal dari 38 negara. Statistik menunjukkan bahawa Syarikat merealisasikan lebih 9GW liputan global. En, Gao percaya bahawa pewujudan sistem perniagaan global merangsang kebolehan Trina Solar untuk bertahan daripada naik turun pasaran; bilamana naik turun berlaku dalam pasaran, pasaran-pasaran lain boleh memberikan keseimbangan.

"Meskipun apabila pasaran berada pada tahap terbaik, di China mahupun luar negara, kami masih berupaya menjamin bekalan luar negara. Pada tahun 2017, jualan luar negara Trina Solar telah melebihi jualan China. Dari perspektif bekalan, pasaran luar negara menyumbang sebanyak lebih 55%. Atas sebab inilah Trina Solar kekal tidak terjejas oleh turun naik dalam pasaran dan turut membentuk asas bagi keyakinan dalam mencapai pertumbuhan tahunan berbanding prospek pasaran," kata En. Gao.

Trina Solar mempunyai 6 pusat pengurusan utama di China, Jepun, Singapura, AS, Eropah dan Amerika Latin. Sasarannya adalah bukan sekadar untuk mencapai globalisasi, tetapi juga untuk mencapai penyetempatan secara berperingkat-peringkat. Selain pasaran-pasaran yang matang seperti AS, Eropah dan Jepun, Trina Solar mula meneroka pasaran-pasaran baru muncul sejak tahun 2016, termasuk pasaran-pasaran yang mana Trina Solar telah berkembang dengan pesat seperti Ukraine, Timur Tengah, Vietnam, Thailand, Filipina dan Malaysia. Trina Solar telah mencapai bahagian pasaran sebanyak lebih 60% dalam beberapa buah negara baru muncul dan sekurang-kurangnya 20-30% bagi bahagian pasaran di negara-negara lain.

Teruskan matlamat dengan aliran tunai yang baik

En Gao mendedahkan bahawa pada separuh pertama tahun ini, Trina Solar menjual beberapa ladang solar. Jumlah kapasiti ladang adalah kira-kira 900MW. Ini telah membantu Trina Solar mengumpul banyak wang tunai dan secara berkesan merendahkan nisbah hutang syarikat. "Selain itu, kami akan terus menyediakan perkhidmatan pengurusan jangka sederhana dan jangka panjang bagi membantu mengendalikan ladang-ladang solar ini."

Nisbah hutang Trina Solar kini telah dikurangkan kepada 62% setakat pertengahan tahun ini, berbanding 67.5% pada awal tahun. Simpanan tunai Trina Solar turut dikekalkan pada tahap yang agak baik. Setakat lewat tahun lalu, simpanan tunai Trina Solar adalah sebanyak 643 juta USD, manakala setakat 30 Jun 2018, ia meningkat kepada 687 juta USD.

Dalam masa yang sama, jumlah had kredit Trina Solar telah melangkaui 2.9 bilion USD. Ia masih mempunyai baki sebanyak 1 bilion USD. Dalam mendepani pelarasan dalam industri, Trina Solar masih dapat berkembang dengan mudah. Di bawah pengurusan mantap Gao Jifan, Trina Solar telah lama menubuhkan jawatankuasa pengurusan risiko. "Kami menilai risiko-risiko utama yang diramal dan menyediakan pengurusan khusus untuk risiko-risiko utama ini," kata En. Gao.

Kekal menjadi peneraju bidang dengan peningkatan kapasiti dan lelaran  

Kemunculan halangan perdagangan antarabangsa berlaku dengan percanggahan menyeluruh terhadap trend globalisasi pembangunan perniagaan. Trina Solar mempertimbangkan kedua-duanya apabila pembuat PV itu mula merangka rancangan untuk globalisasi kapasitinya beberapa tahun lalu. Susulan meletakkan 1GW kapasiti sel dan 1GW kapasiti modul untuk dihasilkan di Thailand, loji sel 1GW Trina Solar di Vietnam dan loji modul 700MW di Malaysia baru-baru ini telahpun beroperasi. Syarikat juga mempunyai rakan-rakan kongsi pengeluaran modul di Turki. Digabungkan dengan kapasiti domestik, kapasiti modul dan sel global syarikat kini masing-masing mencecah kira-kira 8.5GW dan 8.5GW.

"Dari segi kapasiti, kami memastikan bahawa kami mempunyai portfolio pengeluaran yang bermakna dari segi struktur dan bukan hanya mengejar skala, memandangkan kami perlu mengekalkan daya saing dan kepimpinan kapasiti kami sendiri," kata En. Gao. Kolaborasi dari segi kapasiti dengan rakan-rakan kongsi luar haruslah sentiasa mematuhi sistem kualiti Trina Solar dengan ketat, termasuk keperluan terhadap bahan dan pembekal, bagi merapatkan jurang kapasiti kami sambil mengekalkan kualiti produk.

Sewaktu merancang portfolio struktur, Trina Solar mengekalkan tumpuan terhadap lelaran kapasiti. Selepas membuat pertimbangan menyeluruh terhadap keupayaan bekalan pasaran dan hala tuju teknologi, Trina Solar menaik taraf dan mengubah kapasitinya tahun ini. Ketika ini, kapasiti sebanyak 2GW menjalani penukaran kepada proses MCCE berkecekapan tinggi polihabluran. Syarikat tersebut akan menyelesaikan penukaran kepada PERC dan PERT dengan kapasiti kira-kira 3.5GW menjelang akhir tahun ini disusuli dengan penambahan 3GW pada pertengahan tahun 2019, menjadikan jumlah kapasiti PERC dan PERT kepada 6.5GW.

Tambahan pula, Trina Solar juga berusaha untuk terus melanjutkan kapasiti sambil melakukan pengurangan tenaga kerja melalui pengautomatan dan penaiktarafan pintar. Pada tahun 2010, Trina Solar menggaji 16,000 kakitangan yang mengurus kapasiti sebanyak 1.5GW. Tenaga kerja syarikat telahpun dikurangkan kepada 15,000 orang manakala kapasiti pula terus ditingkatkan kepada lebih 8.5 GW. Syarikat turut terlibat dalam penyelesaian PV pintar dan bersepadu serta internet tenaga, antara bidang pembangunan baharu yang lain.

Cara mendepani cabaran adalah melalui transformasi perniagaan yang menyeluruh

Ketika berdepan dengan cabaran dalam era digital, Trina Solar mengalami inovasi dan revolusi yang hebat, dari sisi pengurusan secara dalaman dan dari sisi produk secara luaran. Trina Solar telah beralih daripada model pengurus profesional terdahulu kepada model yang menyerupai perkongsian perniagaan. Sejak tahun 2017, Trina Solar telah memutuskan untuk mendorong unit dan platform perniagaan melibatkan sektor-sektor pengeluaran, jualan dan turut mencakupi penyelesaian modul solar hiliran serta aspek-aspek Internet Tenaga secara agresif.

Dari perspektif luar, satu lagi contoh yang paling baik menunjukkan haluan pembaharuan Trina Solar, selain sistem pengurusan yang disebutkan di atas, ialah pelancaran penyelesaian PV pintar "TrinaPro"  pada Mac 2018 lalu.

En. Gao berkata bahawa TrinaPro sebagai sistem solar pintar 'semua dalam satu' yang mempunyai komponen-komponen premium, penyepaduan sistem dioptimum dan saling hubung O&M pintar. "Sistem TrinaPro dapat mengesan seluruh persekitaran dan secara automatik menghitung cara terbaik untuk memaksimumkan penjanaan kuasa elektrik. TrinaPro, dengan mengoptimumkan kombinasi antara modul solar dwimuka, sistem pengesanan dan penyongsang pintar, dapat merangsang sehingga 30% output kuasa," kata En. Gao. "Kami tidak lagi menggunakan modul penjanaan kuasa yang ringkas, tetapi dengan memanfaatkan kuasa data dan reka bentuk seluruh sistem yang dioptimum, kami dapat terus meningkatkan kecekapan keseluruhan. Dengan membawakan nilai yang lebih hebat kepada pelanggan, Trina Solar dapat beralih daripada pembekal produk menjadi pembekal bernilai tambah kepada pelanggan kami."

Gao Jifan percaya bahawa pembangunan perniagaan Trina Solar berjalan lancar sebahagiannya disebabkan oleh TrinaPro dan sistem penjanaan kuasa pintar yang lain. "Inilah penyebab utama pertumbuhan Trina Solar pada separuh pertama tahun ini," tambah beliau.

 

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities