omniture

AIP ke-7 Bakal Diadakan dari 24-28 Oktober 2018 di Shanghai -- Gerbang ke Pasaran Pencetakan China

The Organization Committee of The 7th All in Print China
2018-08-28 10:30 1661

SHANGHAI, 28 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh The Printing Technology Association of China, China Academy of Printing Technology dan Messe Dusseldorf (Shanghai) Co. Ltd., All in Print China (AIP) ialah salah satu pameran yang paling berpengaruh dalam industri pencetakan China. AIP kali ke-7 (AIP 2018) akan diadakan mulai 24-28 Oktober 2018 di Shanghai dengan tema baharu: Melangkah ke Era Pencetakan Pintar. Keluasannya sekali lagi akan mencapai kemuncak tertinggi dengan kawasan pameran mencecah 110,000 m2. Lebih 1,000 pempamer akan mempamerkan produk dan teknologi terkini mereka di bawah satu bumbung. Pempamer-pempamer yang telah disahkan termasuk: KOMORI, BOBST, SIEMENS, Epson, Ricoh, DuPont, KURZ, Bosch Rexroth, Esko, EFI, CRON, MIMAKI, Masterwork, dan sebagainya. Sila lihat pempamer selanjutnya di http://www.allinprint.com/c.aspx?id=367.

Terdapat 7 astaka bertema disediakan selari dengan topik-topik popular yang berbeza termasuk astaka untuk Peralatan Pra-Cetak Digital, Pencetakan Komprehensif, Penukaran Pasca-Cetak, Peralatan Pempakejan, Industri Label, Dakwat & Bahan Inovatif serta Pempakejan Komprehensif. 3 zon kemuncak akan turut disediakan iaitu Kilang Inovasi, Zon Pengalaman Tersuai dan Kilang Pintar.

Profil Pameran:

  • Peralatan Pra-Cetak
  • Peralatan Pencetakan
  • Peralatan Pasca-Cetak dan Penukaran Pempakejan
  • Kertas dan Substrat
  • Dakwat Pencetakan
  • Produk Guna Habis yang Lain
  • Komponen dan Infrastruktur
  • Perkhidmatan dan Perisian
  • Teknologi Inovatif

Profil Pengunjung:

  • Pencetakan Komersial, Pencetakan Surat Khabar, Pencetakan Label, Borang Perniagaan, Pencetakan Buku
  • Syarikat-syarikat Reprografi, Penerbitan, Pengemasan, Penukaran Kertas
  • Peruncitan dan Pengeluaran
  • Firma Pengiklanan dan Reka Bentuk, Agensi Pemasaran Langsung dan Perhubungan Awam
  • Seni Grafik dan Pakar Seni Grafik
  • Pengilang Kertas dan Sampul Surat
  • Kilang Pempakejan Kertas, Pempakejan Fleksibel dan Karton Beralur
  • Penerbit Multimedia dan Internet
  • Penerbitan Perdagangan
  • Agensi Kerajaan dan Institusi Kewangan
  • Pertubuhan Pendidikan dan Badan Profesional
  • Persatuan Perdagangan Berkaitan

AIP ialah sebuah platform yang bukan sekadar untuk mempamerkan produk dan teknologi, tetapi juga untuk pertukaran maklumat. Dalam AIP 2018, lebih 40 forum dan acara dengan nilai dan pengaruh yang hebat akan diadakan serentak, termasuk Forum Pencetakan Pempakejan Antarabangsa 2018, Forum Cetakan & Komunikasi Dunia 2018, Sidang Kemuncak Pencetakan China dan banyak lagi.

Sebagai sebuah acara bertaraf antarabangsa, edisi-edisi AIP terdahulu telah menarik pelbagai pengunjung perdagangan dari seluruh dunia. Tahun ini, ia dijangka akan menarik lebih 100,000 pengunjung perdagangan. Lebih 100 kumpulan pembeli tempatan dan sekitar 30 kumpulan pembeli antarabangsa akan mengunjungi pameran.

Untuk mengunjungi AIP 2018 secara percuma, sila daftar di http://www.allinprint.com/c.aspx?id=351.

Perhubungan Media:

Rita Chu
+86-21-6169-8319
rita.chu@mds.cn

Source: The Organization Committee of The 7th All in Print China
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Paper/Forest Products/Containers Computer Accessories Trade show news Future Events