omniture

Pelanggan Yardi Ditonjol dalam Laporan 10 Harta Tanah Global Terkemuka

Yardi
2018-09-03 13:40 1424

SANTA BARBARA, California, 3 September 2018 /PRNewswire/ --

Lima daripada 10 pengurus dana terkemuka guna perisian Yardi 

Persatuan Asia untuk Pelabur dalam Jentera Harta Tanah Tidak Tersenarai (ANREV), dengan kerjasama Persatuan Eropah untuk Pelabur dalam Jentera Harta Tanah Tidak Tersenarai (INREV) dan Majlis Fidusiari Pelaburan Harta Tanah Kebangsaan (NCREIF) baru-baru ini mengeluarkan keputusan Tinjauan Pengurus Dana tahunannya. Laporan ini mengenal pasti senarai 10 pengurus dana harta tanah utama di seluruh dunia dan mengikut rantau geografi berdasarkan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM).

Tinjauan 2018 itu termasuk 162 pengurus dana yang mewakili AUM berjumlah US$2.8 trilion pada penghujung 2017, pertumbuhan 11.8% berbanding 12 bulan sebelumnya. Yardi® bangga bahawa 50 peratus daripada 10 pengurus utama yang disenaraikan hari ini menggunakan perisian Yardi. Pelanggan Yardi juga menyumbang separuh daripada pengurus dana terkemuka yang terdapat pada setiap senarai AUM Amerika Utara, AUM Eropah dan AUM Asia Pasifik.

"Tinjauan ANREV / INREV / NCREIF menyediakan pengukur industri tahunan yang bernilai untuk pelaburan harta tanah global," kata Robert Teel, naib presiden kanan penyelesaian global untuk Yardi. "Kami gembira tinjauan 2018 menunjukkan kepercayaan pelanggan kami terhadap Yardi untuk menyediakan penyelesaian pengurusan pelaburan yang lengkap untuk aset harta tanah dan pengurusan dana, yang membolehkan pemahaman mendalam tentang prestasi portfolio dan pelaporan pelaburan yang benar dan tepat pada masanya."

Tinjauan ini juga mendedahkan bahawa dana pencen merupakan sumber modal yang paling penting untuk harta tanah di seluruh rantau, dengan dana kekayaan berdaulat dan syarikat insurans turut menjadi sumber modal yang penting.

Ahli organisasi boleh mengakses Tinjauan Pengurus Dana ANREV/INREV/NCREIF 2018 yang lengkap.

Latar Belakang Yardi 

Yardi® membangun dan menyokong perisian pengurusan pelaburan dan pengurusan harta tanah terkemuka untuk semua jenis dan saiz syarikat hartanah. Ditubuhkan pada tahun 1984, Yardi berpangkalan di Santa Barbara, California, dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana Yardi Bertenaga untuk Hari Esok, lawati yardi.com.

Latar Belakang ANREV 

ANREV ialah persatuan Asia untuk Pelabur dalam Jentera Harta Tanah Tidak Tersenarai. ANREV merupakan platform terkemuka di Asia Pasifik bagi perkongsian pengetahuan mengenai sektor dana harta tanah tidak tersenarai. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan ketelusan, profesionalisme dan amalan terbaik di seluruh industri, menjadikan dana harta tanah tidak tersenarai lebih mudah diakses dan menarik kepada pelabur. Untuk maklumat lanjut, layari anrev.org.

Sumber: Yardi

Source: Yardi
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Real Estate Transportation Survey, Polls & Research