omniture

Pioneer Membantu Pemandu Menerokai Pemanduan Lebih Pintar dengan Pioneer Smart Sync dan Penerima Telefon Pintar SPH-C10BT

Pioneer Electronics Asia
2018-09-03 16:00 1426

Pioneer Smart Sync memberikan akses satu sentuhan kepada aplikasi, maklumat dan muzik pada penerima telefon pintar baharu dan penerima CD Bluetooth 2019

BANGKOK, SINGAPURA dan JAKARTA, Indonesia, 3 September 2018 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics AsiaCentre, peneraju bagi audio kereta selepas jualan, hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi maklumat hiburan dalam kereta Pioneer Smart Sync serta rangkaian penerima CD terkininya untuk tahun 2019, dicipta bagi membantu pemandu menerokai pengalaman pemanduan yang lebih pintar dengan ciri-ciri inovatif pada harga berpatutan.

SPH-C10BT
SPH-C10BT

"Telefon pintar semakin menjadi tumpuan dalam kehidupan orang ramai. Kita menggunakannya untuk bekerja, bermain, berkomunikasi dan menavigasi. Kami telah mencipta generasi baharu produk audio kereta utama berkisarkan keperluan pengguna dengan telefon pintar menjadi tumpuan utama reka bentuk kami," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Pemasaran Produk, Pioneer Electronics AsiaCentre. "Aplikasi Pioneer Smart Sync kami berfungsi bersama-sama dengan rangkaian penerima audio Bluetooth baharu kami untuk mengubah pengalaman hiburan dalam kereta kepada mana-mana pengguna yang memiliki telefon pintar."

KEHIDUPAN PEMANDUAN LEBIH PINTAR DAN PENGALAMAN HIBURAN DALAM KERETA DENGAN PIONEER SMART SYNC

Pioneer Smart Sync mengubah telefon pintar yang serasi menjadi paparan penerima apabila digandingkan dengan penerima audio dan media digital Pioneer Bluetooth terpilih, lalu membolehkan pemandu menikmati ciri-ciri yang biasa ditemui pada sistem hiburan dalam kereta mewah dengan cara yang baharu, berpatutan dan mudah. Dengan Pioneer Smart Sync, telefon pintar bertindak sebagai paparan maklumat skrin sentuh beresolusi tinggi, memberikan pemandu dengan gambaran keseluruhan mengenai maklumat pemanduan yang tertumpu seperti kelajuan pemanduan, altitud, masa dan tarikh.

Pioneer Smart Sync turut memanfaatkan kuasa pemprosesan pada telefon pintar, lalu membolehkan pemandu menggunakan aplikasi secara produktif sambil menumpukan perhatian di jalan raya. Dengan hanya menekan butang, pemandu dapat memulakan aplikasi navigasi, seperti Google Maps, mengaktifkan pembantu suara, memainkan muzik melalui Spotify atau membolehkan pesanan ringkas yang belum dibuka dibacakan.

MENGINOVASI DENGAN PENERIMA TELEFON PINTAR SPH-C10BT

Untuk membantu pemandu menikmati sepenuhnya ciri-ciri pemanduan pintar yang ditawarkan oleh Pioneer Smart Sync, Pioneer mencipta SPH-C10BT, penerima kereta telefon pintar Bluetooth yang dibangunkan khusus untuk memanfaatkan kuasa telefon pintar. SPH-C10BT didatangkan dengan pelbagai ciri kemudahan yang inovatif dan ergonomik, termasuk pemegang telefon pintar terbina dalam yang boleh diputar, kekunci pintasan perkakasan bagi memulakan aplikasi telefon pintar dan paparan maklumat LCD bersegmen dengan iluminasi RGB 3-zon yang akan menyerupai warnanya dengan aplikasi Pioneer Smart Sync.

Beroperasi di sebaliknya, SPH-C10BT lengkap didatangkan dengan semua ciri yang diperlukan oleh pemandu untuk pemanduan yang mudah, termasuk sokongan untuk main balik audio serentak melalui A2DP Bluetooth, telefon mikro berwayar untuk panggilan, port USB tunggal yang berupaya memindahkan data dan mengecas AndroidTM (1.5A) dengan pantas, serta menyokong aksesori seperti sistem sensor meletak kenderaan proprietari Pioneer.

KAWALAN AUDIO MENDALAM HANYA DENGAN LERETAN PADA SKRIN

SPH-C10BT dibangunkan dari peringkat asas untuk membawakan persekitaran bunyi dalam kereta ke tahap seterusnya. Hasil daripada perkakasan unik penerima telefon pintar dan perisian Pioneer Smart Sync, pemandu berupaya mengawal sepenuhnya bunyi kereta mereka, dengan sehingga 31 jalur EQ disediakan untuk tujuan pelarasan. Antara muka terperinci Pioneer Smart Sync membolehkan peminat audio mengezum masuk dengan tepat pada setiap jalur dan menyelaraskan bahagian tertentu pada lengkung audio mengikut kesukaan mereka dengan ketikan ringkas dan leretan dengan jari.

In-App Screen - Easy Sound Fit
In-App Screen - Easy Sound Fit

Pemandu-pemandu yang inginkan pengalaman audio yang mudah akan turut berasa gembira apabila mengetahui SPH-C10BT didatangkan dengan pelbagai ciri kemudahan audio seperti Penetapan Peningkatan Bass "Super Todoroki" Pioneer, pelbagai pratetap EQ yang lain dan sokongan untuk Easy Sound Fit, iaitu aplikasi penentukuran audio kereta Pioneer.

LEBIH BANYAK PILIHAN AUDIO DENGAN RANGKAIAN PENERIMA CD BAHARU

DEH-S5150BT
DEH-S5150BT

 

Pioneer turut memperbaharui rangkaian penerima 1-DIN daripadanya dengan reka bentuk kosmetik baharu dan ciri-ciri audio baharu seperti Karaoke dengan fungsi pembatalan suara. Rangkaian produk penerima CD 1-DIN 2019 daripada Pioneer termasuk:

  • Penerima audio Bluetooth DEH-S5150BT dan DEH-S4150BT serta penerima media digital Bluetooth MVH-S315BT, menampilkan sokongan Pioneer Smart Sync dan sambungan serentak audio Bluetooth
  • Penerima audio DEH-S2150UI, DEH-S1153UB, DEH-S1152UB dan DEH-S1150UB
  • Penerima media digital Bluetooth MVH-S215BT
  • Penerima media digital MVH-S115UI, menampilkan lengkung EQ yang baharu, dinamik dan jelas
  • Penerima audio DXT-S1169UB dan DXT-S116UB didatangkan bersama pembesar suara

Dengan 12 model penerima CD, diterajui oleh penerima telefon pintar Bluetooth SPH-C10BT, akan sentiasa terdapatnya penyelesaian Pioneer yang disediakan untuk memenuhi keperluan pemandu masa kini dan memperkenalkan mereka dengan cara pemanduan yang lebih pintar pada titik harga yang berpatutan.

Pioneer Smart Sync App tersedia untuk dimuat turun daripada iOS App Store dan Google Play Stores.

Memandangkan ketersediaan produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat tempatan Pioneer anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Imej-imej produk beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://www.dropbox.com/sh/mupomw6fbugvxc8/AADrPbEJV-im99XBi9d_1i-Xa?dl=0

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini tentang produk ini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Catatan tambahan:

i. Jangan gunakan sistem Pioneer anda jika penggunaannya akan mengalih perhatian anda dengan apa jua cara daripada mengendalikan kenderaan secara selamat. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu pemanduan mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian diguna pakai, ia mestilah dipatuhi.

ii. Penerima Telefon Pintar Pioneer serasi dengan telefon pintar Android™ dan iPhone® tertentu sahaja.

iii. Keserasian dengan pemindahan data dan pengecasan Pantas 1.5A untuk Android pada port USB SPH-C10BT berbeza mengikut model telefon.

iv. Keserasian dengan aplikasi pihak ketiga berbeza mengikut model iPhone/ Android dan versi perisian.

v. Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon mudah alih Bluetooth yang serasi.

vi. Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti Bluetooth yang serasi, dan/atau fungsi ciri-ciri sedemikian mungkin terhad dalam peranti tertentu atau syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.

vii. Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar atau peranti lain ketika menggunakan penerima tersebut.

viii. PIONEER ialah tanda dagangan berdaftar Pioneer Corporation.

ix. Pioneer Smart Sync ialah tanda dagangan tertangguh Pioneer Corporation.

x. Apple, iPod dan iPhone ialah tanda dagangan Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

xi. BLUETOOTH ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.

xii. SPOTIFY dan logo Spotify merupakan antara tanda dagangan berdaftar Spotify AB. Peranti digital mudah alih yang serasi dan langganan premium diperlukan, bagi mengetahui lokasi yang disediakan, lihat http://www.spotify.com.

xiii. Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer adalah dalam visual audio kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180814/2211536-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180814/2211536-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180814/2211536-1-c
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180717/2188977-1LOGO

Source: Pioneer Electronics Asia
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Computer Accessories New products/services Natural Disasters