omniture

Jenama Teknologi Kecantikan Sweden FOREO Lancar "Jurulatih Kecantikan" Didaya AI LUNA fofo

Foreo
2018-09-04 09:00 710

STOCKHOLM, 4 September 2018 /PRNewswire/ --

  • Peranti Kecantikan Dikuasakan AI Buat Satu Kemajuan Besar untuk Penjagaan Kulit Terperibadi      

Hari ini, jenama teknologi kecantikan Sweden, FOREO, memperkenalkan jurulatih kecantikan yang paling pintar dan paling kecil di dunia dalam bentuk peranti pembersih muka pintar didayakan AI - LUNA fofo.

generated by system

generated by system

Merupakan satu penambahan kepada rangkaian LUNA kegemaran selebriti dan media yang popular, LUNA fofo membawakan era penjagaan kulit diperibadikan yang boleh diakses dengan sentuhan butang. Seperti yang digambarkan oleh nama dan reka bentuknya, LUNA fofo seakan-akan mempunyai jurulatih kecantikan peribadi bagi menampung setiap keperluan kulit pengguna, setiap hari.

Sejak versi Beta dilancarkan pada Julai tahun ini di AS, yang mana FOREO menghantar 900,000 LUNA fofo kepada peminat-peminat kecantikan AS dengan kerjasama laman sesawang FabFitFun Beauty Subscription, algoritma penjagaan kulit LUNA fofo menjadi lebih pintar hari demi hari - mencecah 700 tahun nilai kecerdasan yang mengagumkan hanya dalam tempoh dua bulan lalu dan hampir 1 juta perundingan penjagaan kulit setakat ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FOREO, Filip Sedic, yang mencipta LUNA yang memenangi anugerah bersama isteri beliau pada tahun 2012, berkata bahawa ini merupakan satu pencapaian baharu yang berani untuk jenama teknologi kecantikan Sweden, "Peranti FOREO ini berupaya untuk belajar sendiri dan berbeza daripada produk-produk penjagaan kulit yang lain dari segi kebolehannya untuk berkembang maju hari demi hari." Pada masa kini, rawatan penjagaan kulit LUNA fofo mengimbangi tahap kelembapan menerusi maklumat daripada kuiz penjagaan kulit melalui aplikasi FOREO For You bagi menyesuaikan kekerapan, kuasa dan tempoh denyutan T-Sonic pada kulit. Ini memastikan rawatan yang optimum untuk setiap individu yang akan dikemas kini mengikut keadaan kulit mereka.

Sedic menyambung: "Produk-produk masa depan kami merancang untuk mengesan kualiti udara dan keadaan kulit pengguna pada waktu nyata. Berdasarkan daripada semua data, peranti ini dapat membawakan mod rawatan yang paling sesuai pada ketika itu. Tidak lama lagi peranti berkenaan berupaya meramalkan jenis rawatan, produk atau alatan yang paling diperlukan untuk hari-hari mendatang."

LUNA fofo ialah peranti kecantikan terkini daripada FOREO, mengubah industri yang menggabungkan pembelajaran mesin dan ciri-ciri pemperibadian. Ia didayakan untuk memberikan pengguna dengan maklumat usia kulit mereka, menilai kulit mereka daripada nilai 100, melapor peratusan penghidratan dan kemudiannya menerusi data peribadi ini, ia akan menyesuaikan rutin pembersihan sepenuhnya bagi menambah baik hasilnya. Pemilik-pemilik dinasihatkan untuk menggunakan sensor analisis tiap-tiap dua minggu sekali bagi menyemak tahap kemajuan, namun demikian sebaik sahaja rutin disimpan maklumatnya, mereka hanya perlu menghidupkan LUNA fofo dan membiarkan ia beroperasi. Matlamat akhir adalah untuk melihat kulit mereka dari masa ke masa dan mencapai skor yang diingini iaitu 100 / 100.

LUNA fofo kini tersedia melalui foreo.com/lunafofo, berharga 89 USD / 89 EUR / 79 GBP.

Aplikasi FOREO For You boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store untuk IOS / Google Play Store untuk Android dan kit media penuh serta siaran media boleh diakses melalui foreo.com/fofomedia.

Untuk temubual media atau ulasan selanjutnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif FOREO Filip Sedic, sila hubungi pr@foreo.com.

Source: Foreo
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services