omniture

Crayon Teruskan Pecutan Perniagaan Dramatik di Asia Tenggara Dengan Peluasan Amalan Kecerdasan Buatan (AI) dan Berbilang Penembusan Pasaran Baharu

Crayon
2018-09-04 09:47 1044

SINGAPURA, 4 September 2018 /PRNewswire/ -- Crayon Group, pakar perisian bertaraf global, mengumumkan bahawa mereka akan menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI (CoE) di Singapura untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan di Asia Tenggara (SEA).

Ini bakal melambangkan peluasan signifikan untuk firma yang telahpun mempunyai Pusat Kecemerlangan AI berpangkalan di Oslo, Norway yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan Eropah dalam berbilang industri, termasuk peruncitan, maritim, minyak & gas, rawatan kesihatan, pertanian dan institusi awam.

Crayon akan membangunkan pasukan bersepadu rentas fungsi melibatkan saintis data, jurutera data dan penasihat AI yang akan bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan serta institusi-institusi utama di rantau ini bagi mencipta nilai pelanggan yang nyata dengan membangunkan dan menggunakan penyelesaian AI dalam proses perniagaan mereka serta menyediakan sokongan untuk program-program transformasi AI mereka. Pusat Kecemerlangan SEA baharu itu akan bekerjasama rapat dengan rakan-rakan sejawatnya di Eropah dan bersama agensi-agensi kerajaan, pusat-pusat penyelidikan dan dunia akademik, rakan-rakan komersial, syarikat-syarikat baharu dan pengusaha-pengusaha ekosistem AI yang lain bagi mendorong kemajuan AI keseluruhan di rantau ini.

Torgrim Takle, Ketua Pegawai Eksekutif Crayon Group mengulas"Singapura ialah lokasi yang ideal untuk kami meluaskan jejak perniagaan AI kami memandangkan komuniti dan ekosistem kecerdasan buatan tempatan adalah amat maju dan dinamik dan kerana pembangunan ini disokong secara proaktif oleh kerajaan tempatan."

Pengumuman ini meneruskan pecutan perniagaan serantau sedia ada yang melibatkan pengambilalihan Tribal Knowledge baru-baru ini, sebuah firma perunding perisian strategik dan ekonomi awan pakar, berpangkalan di Singapura. Crayon juga turut berkembang ke Singapura, Filipina dan Sri Lanka tatkala akreditasi status Penyedia Perkhidmatan Awan (CSP) dan Penyedia Perkhidmatan Lesen (LSP) baharu dianugerahkan kepada mereka untuk rantau ini oleh Microsoft.

Florent Bellahsene, Naib Presiden, Crayon APAC mengulas: "Strategi kami adalah untuk memastikan pelanggan-pelanggan kami di Asia Tenggara mendapat akses penuh kepada perkhidmatan dan kepakaran Crayon bagi membantu mereka mengoptimumkan teknologi awan dan transformasi digital mereka. Bagi memudahkan usaha ini, kami melaksanakan rancangan pelaburan bersama yang koheren dengan Microsoft dan rakan-rakan kongsi awan berskala hiper lain kami demi meningkatkan keupayaan teknikal dan sokongan pelanggan di rantau ini."

Latar Belakang Crayon:
Crayon ialah peneraju bertaraf global bagi teknologi dan perkhidmatan transformasi digital serta merupakan pengamal 'ekonomi awan' bebas yang terbesar. Kami merupakan penasihat teknikal yang dipercayai untuk banyak organisasi yang terkemuka di dunia dan melalui kakitangan, alatan dan sistem unik kami, kami dapat membantu mengoptimumkan pulangan pelaburan (ROI) pelanggan kami daripada pelaburan teknologi yang rumit.

Crayon menjalin hubungan yang komprehensif dengan semua penerbit perisian global yang utama dan rakan-rakan kongsi awan berskala hiper serta mempunyai pengalaman meluas dalam pengoptimuman pelesenan perisian volum, penggunaan awan, kejuruteraan digital, kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan analitik prediktif serta berkepakaran dalam menyokong pelanggan-pelanggan kami menerusi perkhidmatan hujung ke hujung bagi mempercepatkan perjalanan transformasi digital mereka.

Beribu pejabat di Oslo, Norway, syarikat mempunyai lebih 1,100 ahli pasukan di 43 pejabat seluruh dunia.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180830/2224803-1logo

 

Source: Crayon
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services