omniture

Zhang Ziyi Sertai Clé De Peau Beauté sebagai Global Brand Ambassador

Clé de Peau Beauté
2018-09-04 10:00 1553

TOKYO, 4 September 2018 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama berprestij Shiseido Group, berbesar hati mengumumkan pelakon wanita yang tercalon di Golden Globe dan BAFTA Zhang Ziyi telah dilantik sebagai Global Brand Ambassador bagi Clé de Peau Beauté. Dalam kempen baharu yang dilancarkan pada musim luruh ini, Cik Zhang bakal mewakili La Crème -- produk ikonik yang melambangkan dedikasi Clé de Peau Beauté terhadap kecemerlangan.

Global Brand Ambassador Clé de Peau Beauté
Global Brand Ambassador Clé de Peau Beauté

 

Kempen pertama mereka bersama-sama membuat persamaan antara status legenda Cik Zhang dan produk Clé de Peau Beauté yang legenda, La Crème. Ekspresif, ghairah dan penuh cahaya, kempen ini meneroka komitmen tanpa kompromi terhadap kecemerlangan yang dikongsi oleh aktres dan krim ini. Kisah mereka, membina reputasi yang mereka nikmati hari ini, diceritakan oleh Cik Zhang sendiri.

Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté berkata mengenai kerjasama ini: "Kami telah lama mengagumi Zhang Ziyi kerana pencapaian dan dedikasinya. Kecantikan, kemesraan dan kemurahannya memberikan seri kepada dunia di sekelilingnya, Zhang Ziyi merangkumi nilai-nilai Clé de Peau Beauté dengan sempurna kerana semangat dan keanggunannya yang abadi."

Jenny Sun, Pengarah Jenama Clé de Peau Beauté China, berkata: "Kerjasama kami dengan Zhang Ziyi akan meningkatkan kesedaran dan status aspirasi Clé de Peau Beauté dalam pasaran China. Ia akan membantu untuk mewujudkan kualiti dan kemewahan Clé de Peau Beauté dan La Crème yang sedia dikenali ramai."

Zhang Ziyi merupakan seorang pelakon wanita yang mempunyai kecantikan yang unik dan pencapaian yang hebat. Berikutan penampilan sulungnya dalam The Road Home oleh Zhang Yimou, yang memenangi Anugerah Silver Bear pada Festival Filem Berlin 2000, beliau telah muncul di lebih 20 filem termasuk Crouching Tiger, Hidden Dragon, House of Flying Daggers dan Memoirs from Geisha. Peranannya dalam The Grandmaster 2013 memperoleh 12 Anugerah Pelakon Terbaik -- pelakon wanita yang paling banyak dianugerahi untuk satu filem -- mengukuhkan kedudukan Zhang Ziyi sebagai bakat legenda.

Cik Zhang menjadi ahli seumur hidup Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada tahun 2005, dan telah menjadi juri tiga Festival Filem Cannes. Beliau kini menjadi jurulatih rancangan pertandingan realiti Cina nombor satu di China, An Actor is Born.

"Saya gembira menjadi Global Brand Ambassador untuk Clé de Peau Beauté dan untuk mewakili La Crème, objek pemuas keinginan yang indah dan moden, saya bangga kerana dapat mengambil bahagian dalam membawakan tenaga ini kepada dunia," kata Zhang Ziyi.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté
Pintar, tanpa kompromi, indah.
Clé de Peau Beauté: rahsia kecantikan kulit. Jenama kecantikan utama daripada Shiseido sinonim dengan penjagaan kulit dan warna luar biasa yang mendepani inovasi; gabungan ilmu sains dan tekstur mewah yang membugarkan hati. Memanfaatkan intuisi, menangguk ilmu daripada kulit. Mewujudkan palet imaginasi yang menakjubkan. Serlahkan kuasa seri wajahmu.

Latar Belakang La Crème
Objek pemuas keinginan. Sumber wajah kelihatan muda. Kebahagiaan sebenar. Dalam La Crème, Illuminating Complex EX - gabungan campuran Mutiara Jepun, Teanin dan Pati Sutera Emas Platinum - dan bahan-bahan yang disusun dengan teliti bersatu untuk memberikan tekstur yang harmoni dan kesan anti-penuaan yang legenda. Membuka kunci rahsia  ketahanan yang luar biasa. Kunci ketegangan kulit yang baharu. Kunci yang membebaskan seri cahaya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180830/2224807-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180831/2224807-1LOGO

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics