omniture

Cox & Kings Menang Besar di World Travel Awards Tahunan ke-25

Cox & Kings Ltd.
2018-09-05 11:37 649

MUMBAI, India, 5 September 2018 /PRNewswire/ -- Meraikan 260 tahunnya, Cox & Kings Ltd., sekali lagi muncul sebagai Pengendali Jelajah Mewah Terkemuka Asia, Pengendali Jelajah Terkemuka India dan Agensi Pelancongan Terkemuka India di World Travel Awards, yang dikenali di seluruh dunia sebagai lambang kecemerlangan unggul.

generated by system

Majlis penyampaian anugerah gala ini diadakan di InterContinental Grand Stanford Hong Kong dan dihadiri oleh tokoh-tokoh termasyhur daripada industri pengembaraan dari seluruh dunia.

Peter Kerkar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cox & Kings, berkata, "Ini merupakan detik yang membanggakan buat kami semua di sini memandangkan anugerah-anugerah ini dipilih oleh rakan-rakan seangkatan dalam industri. Kejayaan kami ini adalah usaha kakitangan yang telah menyediakan perjalanan yang indah buat pelanggan-pelanggan kami dan membantu kami mencapai banyak kejayaan penting."

Cox & Kings telah menjadi pemenang yang konsisten di World Travel Awards sejak bertahun-tahun. Gelaran Pengendali Jelajah Mewah Terkemuka Asia dimenangi buat kali keempat berturut-turut tahun ini. Ia turut memenangi anugerah Pengendali Jelajah Terkemuka India buat kali kelima dan Agensi Pelancongan Terkemuka India buat kali keenam berturut-turut.

World Travel Awards (WTA) diwujudkan bagi mencari dan mengganjari organisasi pengembaraan yang terbaik di dunia, iaitu jenama-jenama yang menerobos sempadan kecemerlangan dan melaksanakan idea-idea rintis. Ia telah diiktiraf sebagai Anugerah Oscar bagi Industri Pengembaraan. Setiap Majlis Gala World Travel Awards menawarkan peluang-peluang perangkaian yang tiada tandingan kepada ahli-ahli daripada industri pengembaraan dan pelancongan.

Latar Belakang Cox & Kings Ltd: (BSE: 533144 | NSE: COX&KINGS)

Cox & Kings Ltd. ('C&K') ialah syarikat pengembaraan santai dan pendidikan utama yang beroperasi di 22 negara merentasi empat benua. Ia merupakan salah sebuah syarikat pengembaraan paling berpengalaman di dunia, dan telah beroperasi sejak tahun 1758. Beribu pejabat di India, sejak lebih tiga dekad lalu, C&K telah mengubah syarikatnya menjadi konglomerat pengembaraan yang pelbagai dan multinasional dengan memberi tumpuan terhadap pengguna global era baharu.

C&K beroperasi dalam tiga vertikal utama; Santai, Pendidikan dan Hotel Hibrid.

Sumber: Cox & Kings Ltd

Source: Cox & Kings Ltd.
Keywords: Travel