omniture

Stout Perluas Capaian Global di Asia

Stout
2018-09-05 21:00 1945

CHICAGO, 5 September 2018 /PRNewswire/ -- Stout mengumumkan penambahan tiga pejabat di Asia sebagai sebahagian daripada usaha sama yang baru dibentuk bersama Bluepeak Group Ltd. Menerusi pejabat-pejabat di Shanghai, Singapura dan Hong Kong, Stout Bluepeak Asia Ltd. akan menyediakan liputan transaksi rentas sempadan untuk China, Singapura dan wilayah-wilayah di seluruh Asia Tenggara.

Bersempena pengumuman ini, Stout mengalu-alukan Pengarah Urusan Larry Ma, Bruce Robinson, Arthur Lo dan Gary Cheng dalam pasukan kepimpinan syarikat yang terdiri daripada para jurubank kanan. Larry – yang mengasaskan Bluepeak dan ketua Stout Bluepeak Asia Ltd. – dan Bruce ditempatkan di Shanghai. Arthur bertanggungjawab terhadap perniagaan di pejabat Singapura manakala Gary pula baru-baru ini membuka pejabat terbaharu di Hong Kong. Setiap seorang daripada mereka membawakan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam penggabungan dan pengambilalihan (M&A) antarabangsa merentasi pelbagai sektor industri, termasuk peruncitan, rawatan kesihatan, automotif, perindustrian pelbagai, bahan kimi dan perkhidmatan kewangan.

Ditubuhkan pada tahun 2006, Bluepeak ialah sebuah firma Pan-Asia yang menyediakan perkhidmatan M&A dan khidmat nasihat kewangan korporat dengan tumpuan kukuh terhadap transaksi rentas sempadan dalam pasaran pertengahan. Bluepeak berpengalaman dalam membantu pelanggan-pelanggan menangani cabaran strategik dan kewangan melalui pembangunan dan pelaksanaan strategi, M&A, usaha sama dan/atau tawaran persendirian.

"Kami berasa amat sukacita untuk merasmikan perkongsian yang telah wujud selama lebih setahun lamanya," kata Larry. "Momentum, pertumbuhan dan komitmen Stout terhadap pelaksanaan perjanjian yang unggul adalah pelengkap sempurna kepada kehadiran kami di Asia yang semakin berkembang."

"Pejabat-pejabat baharu di Asia tersebut memberi kedudukan yang mantap kepada firma kami untuk menyampaikan pengetahuan khusus untuk negara, kepakaran industri dan akses kepada jaringan global yang mantap melibatkan pembeli, penjual dan pelabur," kata Nick Jachim, ketua kumpulan Perbankan Pelaburan Stout. "Larry dan pasukan beliau merupakan padanan budaya yang hebat dengan semangat keusahawanan Stout. Kami tidak sabar-sabar menantikan banyak peluang perniagaan baharu bersama-sama."

Latar Belakang Stout

Stout ialah penyedia bebas yang terkemuka bagi perkhidmatan Perbankan Pelaburan, Khidmat Nasihat Penilaian, Perundingan Pertikaian dan Perundingan Pengurusan. Menerusi 20 pejabat di seluruh dunia, kami menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan, bermula daripada syarikat-syarikat besar kepada syarikat-syarikat milik persendirian dalam berbagai-bagai industri di seluruh dunia. Pelanggan kami dan penasihat mereka bergantung pada kepakaran unggul kami, pengetahuan mendalam tentang industri dan respons yang tiada tandingan terhadap hal-hal rumit.

Stout ialah nama dagangan untuk Stout Risius Ross, LLC, Stout Advisors SA, Stout Bluepeak Asia Ltd. dan Stout Risius Ross Advisors, LLC, broker-pengedar berdaftar FINRA dan firma ahli SIPC. Istilah "Stout" atau "firma" merujuk kepada satu atau lebih daripada amalan khidmat nasihat bebas ini.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/464749/Stout_Risius_Ross_Inc_Logo.jpg

Source: Stout
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion Joint ventures