MUMBAI, India, 5 September 2018 /PRNewswire-FirstCall/ --
Sorotan Utama
IndiGrid, Amanah Pelaburan Infrastruktur ("InvIT") pertama India dalam sektor kuasa, berjaya menyelesaikan pelaburan dalam Patran Transmission Company Limited ("PTCL"). Ini merupakan pelaburan pertama IndiGrid dalam aset pihak ketiga. Terdahulu, IndiGrid menandatangani perjanjian muktamad dengan Techno Electric untuk transaksi pada Februari 2018.
Pemerolehan ini dilakukan sepenuhnya melalui akruan dalaman dan ruang atas hutang yang tersedia. IndiGrid meletakkan debentur diberi nilai AAA sebanyak INR 2.5 bilion melalui platform e-pembidaan BSE, menjadikannya terbitan bon yang pertama seumpamanya oleh InvIT. Selepas peletakan tersebut, hutang bersih IndiGrid kepada AUM berada pada 47%.
Mengulas mengenai pemerolehan tersebut, En. Harsh Shah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah sepanjang masa, berkata, "Sejak penyenaraian tahun lalu, IndiGrid dengan pantas mengembangkan portfolionya melibatkan aset-aset transmisi kuasa operasi dengan risiko pihak bertentangan yang rendah dan aliran tunai jangka panjang. Ini merupakan pemerolehan akretif nilai keempat dalam tempoh dua belas bulan lalu dan selari dengan sasaran IndiGrid untuk mencapai 12% IRR ekuiti portfolio. IndiGrid dijangka mencapai panduan pengagihan seunit (DPU) yang dinyatakan iaitu INR 12.0 bagi tahun fiskal 2019."
Latar Belakang aset:
Projek PTCL terdiri daripada substesen 1000 MVA, 400/220 KV dengan 14 teluk dan LILO bagi kedua-dua litar talian puncak ganda tiga litar kembar Patiala-Kaithal 400 kV. Projek antara negeri ini dianugerahkan secara kekal menurut model Bina, Miliki, Kendali dan Selenggara melalui pembidaan kompetitif. PTCL memiliki hayat berkontrak baki yang panjang ~kira-kira 33 tahun dan beroperasi di bawah mekanisme Titik Hubungan di India.
Latar Belakang IndiGrid:
IndiGrid [BSE: 540565 | NSE: INDIGRID] ialah Amanah Pelaburan Infrastruktur ("InvIT") pertama yang diwujudkan untuk memiliki aset-aset tranmisi kuasa di India. IndiGrid memiliki 16 elemen penjanaan pendapatan bebas yang melibatkan 13 talian transmisi 3,361 ckms dan 3 substesen dengan kapasiti 7,000 MVA merentasi 9 negeri di India.
Untuk butiran lanjut, sila layari http://www.indigrid.co.in
Hubungi:
Media: corpcomm@indigrid.co.in
Perhubungan Pelabur: Investor.relations@indigrid.co.in