omniture

Huaren Capital Teroka Laluan Dan Strategi Beri Manfaat Komuniti Pelaburan Cina

HUAREN CAPITAL
2018-09-11 23:27 1593

MANILA, Filipina, 11 September 2018 /PRNewswire/ - Berpegang kepada industri rantaian blok dan pelaburan sejak lama dahulu, presiden Huaren Capital Jeff Wang kini menjadi pemimpin pelombongan global dalam industri yang masyhur dan kaya. Beliau juga memiliki sedozen kumpulan lombong dengan puluhan ribu pelombong. Diilhamkan oleh sejarah generasi yang lebih tua, beliau bercita-cita untuk meneroka laluan dan strategi bagi memberi manfaat kepada orang-orang Cina di seluruh dunia dengan teknologi inovatif. Hasilnya, Huaren Capital muncul untuk mencadangkan satu mod pelaburan untuk dana cip yang direka khusus untuk para pelabur China.

Menurut rancangan Jeff Wang, Huaren Capital akan menggunakan dana pelabur untuk melabur dalam projek berskala besar yang berjalan lancar dan kemudian memberi ganjaran jangkaan hasil tahunan yang tinggi kepada pelabur. Memandangkan prospek projek yang berpotensi, risiko mod pelaburan ini adalah serendah projek pelaburan 3A. Sebaliknya, hasil yang dijangkakan melebihi bon nasional dan produk kewangan biasa. Oleh sebab komuniti pelaburan Cina menghargai kawalan risiko dan pulangan yang berpatutan, perkhidmatan ini sesuai untuk tuntutan yang disebutkan di atas. Selain itu, dengan pembangunan Huaren Capital, pelabur masa depan juga akan dapat menyertai projek lain yang dibangunkan oleh syarikat.

Dasar-dasar di atas akan membolehkan orang Cina di seluruh dunia berkongsi hasil revolusi teknologi. Tambahan pula, Huaren Capital akan membangunkan pelbagai portfolio produk pelaburan untuk menyediakan peluang pelaburan yang lebih berpotensi untuk berjaya.

Namun begitu, dari sudut lain, kejayaan industri pelaburan turut berkait rapat dengan komuniti Cina. Pelaburan aktif dan inovasi teknologi komuniti Cina telah meningkatkan populariti industri ini. Sehingga ke satu tahap, ini menunjukkan dan terus menyumbang lagi kepada kebangkitan China di pentas global.

Pada masa ini, pelaburan membolehkan masyarakat Cina terus maju untuk meneruskan peranan utama dalam tamadun global. Melalui Huaren Capital, Jeff Wang akhirnya dapat merealisasikan impiannya untuk membantu pertumbuhan Cina di seluruh dunia. Impian dan kepercayaan ini juga menjadi nilai teras dan kecekapan bagi syarikat untuk memimpin pelabur Cina ke arah kejayaan.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180910/2231276-1LOGO

Source: HUAREN CAPITAL
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Blockchain Financial Technology