SHANGHAI, 13 September 2018 /PRNewswire/ -- Hortiflorexpo IPM Shanghai ke-21, diurus oleh Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd, akan diadakan mulai 20-22 April di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (Dewan W2-W5) dengan keluasan pameran seluas 50,000 meter persegi.
Penggunaan bunga dan hortikultur Cina telah berubah daripada penggunaan kelompok kepada penggunaan besar-besaran, daripada penggunaan festival/pentas kepada penggunaan harian dan tahunan. Pola penggunaan adalah lebih diperibadikan dan pelbagai. Meskipun wilayah-wilayah seperti Yunnan, Shandong dan Guangdong merupakan tapak pengeluaran utama bagi bunga, pokok pasu dan anak benih, China masih memerlukan lebih banyak jenis yang diimport dan produk berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan penggunaan baharu.
Untuk jenama-jenama utama dan perniagaan kecil-kecilan melancarkan produk baharu di China, kehadiran di Hortiflorexpo IPM Shanghai adalah satu kemestian. Pameran kali ke-21 bakal dilancarkan di Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai mulai 20-22 April 2019. Pameran ini akan membawakan trend dan teknologi baharu melibatkan bunga, hortikultur dan industri taman sekali lagi kepada dunia.
Hortiflorexpo IPM dianjurkan oleh Persatuan Bunga China dan diurus oleh Shanghai Intex Exhibition dan China Great Wall International Exhibition. Selama 20 tahun, ia telah disokong dan dipuji oleh industri dan menjadi acara paling berprestij di Asia. Pada tahun 2017, ia menerima hampir 800 pempamer dari sekitar 30 negara, manakala 9 negara dan wilayah berhimpun sebagai 9 astaka bagi mempamerkan produk dan idea terkini mereka.
Pada tahun 2019, pameran ini diluaskan kepada 50000m2, dengan skala lebih luas dan susun atur keseluruhan yang diurus dengan baik. Pameran-pameran terdiri daripada bunga kepada hortikultur, florikultur, perkebunan dan hiburan luar serta produk sokongan yang berkaitan.
Beberapa program pinggiran menjadi satu lagi sorotan utama Hortiflorexpo IPM Shanghai. Pada tahun 2017, bakat telah dikongsikan semasa pertunjukan gubahan bunga dan forum-forum perindustrian seperti Hari Holland, Persidangan Penyelidikan Teknologi dan Aplikasi Cina untuk Produk Taman Baharu dan Forum Anak Pokok, Penghijauan Menegak dan Bandar Serap. Persidangan Promosi Teknologi Semaian Tanaman, Forum Perkebunan Sekitar Rumah dan Persidangan Bonsai Mikro telahpun diadakan.
Dengan bertambahnya pasaran pengguna matang di China, ia menjadi satu keperluan untuk mengukuhkan pertukaran antara industri dan rentas industri serta kerjasama antara negara-negara.
Hortiflorexpo IPM Shanghai ke-21 pastinya akan membawakan gelombang "pembangunan hijau" baharu bagi mewujudkan platform antarabangsa untuk interaksi maklumat, perkaitan inovasi dan perkhidmatan jenama.
Hubungi Kami:
Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
Angela Wan: wanqi@shanghai-intex.com
+86-21-62952075
Xinyi Dong: dongxinyi@shanghai-intex.com
+86-21-62957551