omniture

Systech Umum Perkongsian dengan FarmaTrust Bawakan Penyelesaian Rantaian Blok Farmaseutikal yang Berjaya

Systech International
2018-09-13 21:04 1481

Penyelesaian revolusioner sediakan produk tulen, selamat dan terhubung sepanjang rantaian bekalan farmaseutikal

PRINCETON, New Jersey dan LONDON, 13 September 2018 /PRNewswire/ -- Systech, peneraju teknologi global dalam perlindungan jenama dan pengesahan produk, serta FarmaTrust, peneraju dalam keselamatan rantaian bekalan farmaseutikal, hari ini mengumumkan perkongsian strategik mereka. Perkongsian ini menyediakan penyelesaian didayakan rantaian blok revolusioner untuk industri farmaseutikal yang memanfaatkan teknologi rantaian blok dan AI FarmaTrust. Platform Systech kini akan menyediakan penyelesaian yang melebihi sekadar pematuhan semasa, kebolehkesanan, antitiruan dan penyelesaian keselamatan produk masa kini, lalu membolehkan pelanggan memastikan ketulenan produk daripada peringkat pengilangan ke tangan pesakit.

Perniagaan ubat-ubatan tiruan dianggap merupakan pasaran penipuan yang terbesar di dunia. WHO menganggarkan pendapatan ubat-ubatan tiruan adalah sekitar $200 bilion, dengan anggaran 10-15 peratus daripada perdagangan farmaseutikal dunia dijual dalam pasaran gelap, internet dan kepada pesakit melalui ubat preskripsi.

"Menerusi komitmen berterusan Systech untuk memajukan keselamatan rantaian bekalan, kami bekerjasama dengan FarmaTrust untuk menggabungkan penyelesaian rantaian blok terbukti mereka," kata Ara Ohanian, Ketua Pegawai Eksekutif Systech. En. Ohanian menyambung, "Dengan menggabungkan rantaian blok dan penyelesaian AI yang tidak dapat ditembusi serta teknologi e-Fingerprint® kami yang disahkan dan dipercayai, kami dapat mencipta penyelesaian yang direka dengan baik dalam usaha memperjuangkan keselamatan dan ketulenan rantaian bekalan farmaseutikal."

Raja Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif FarmaTrust berkata "Ini merupakan perjanjian penting dan kami bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Systech dan menggabungkan teknologi rantaian blok kami dengan penyelesaian pematuhan, kebolehkesanan dan ketulenan mereka. Kombinasi ini adalah satu-satunya penyelesaian bukan aditif yang dapat menjamin ketulenan produk sepanjang perjalanan rantaian bekalan. Kami juga bertuah kerana mendapat rakan kongsi yang mempunyai liputan global selain sejarah selama 32 tahun dalam menjalin kerjasama dengan 20 syarikat farmaseutikal terbesar di dunia."

Latar Belakang FarmaTrust
FarmaTrust ialah sistem pengesanan farmaseutikal global yang paling cekap, memastikan bahawa ubat-ubatan tiruan tidak memasuki rantaian bekalan dan menyediakan perkhidmatan keselamatan kepada syarikat-syarikat farmaseutikal, kerajaan-kerajaan, pihak-pihak pengawal selia dan orang awam. Sistem berasaskan rantaian blok FarmaTrust menggunakan Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin dan analisis data raya demi menyediakan perkhidmatan bernilai tambah, kecekapan dan rantaian bekalan yang telus. Sistem FarmaTrust adalah selamat, terjamin, disulitkan, tidak berubah dan relevan untuk masa depan. FarmaTrust berpangkalan di London, United Kingdom.

Latar Belakang Systech
Systech ialah peneraju teknologi global dalam keselamatan rantaian bekalan dan pengesahan produk. Selama lebih 32 tahun, kami telah meletakkan teknologi dalam keadaan berisiko. Systech merintis penyirian farmaseutikal selain inovasi dalam visi dan pemeriksaan saluran, pengurusan saluran pempakejan serta jejak dan kesan keseluruhan. Platform Systech dilaksanakan di lebih 500 lokasi pelanggan mencakupi 47 negara, menyokong lebih 1700 saluran aktif.

Hari ini, Systech merevolusikan perlindungan jenama. Penyelesaian perisian kami memastikan bahawa produk adalah tulen, selamat dan terhubung, bermula daripada pengilangan ke tangan pengguna.

Hubungi:
Systech 
Stacey Owens-Perrotta
T +1 609 235 3639
stacey.owens-perrotta@systechone.com

FarmaTrust
Motti Peer 
motti@blonde20.com

Source: Systech International
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital High Tech Security Pharmaceuticals Contracts Blockchain