omniture

Music China, Pameran Alat Muzik Asia Pasifik Terbesar, Siap Sedia Bantu Perniagaan Muzik Berkembang

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd
2018-09-14 01:21 1697

SHANGHAI, 14 September 2018 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh CMIA, INTEX Shanghai dan Messe Frankfurt, Music China, salah satu pameran alat muzik yang paling bereputasi baik di dunia, bakal diadakan pada 10-13 Oktober 2018 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Sebagai pameran muzik terbesar di Asia, Music China 2018 akan menarik hampir 2,200 pempamer tempatan dan luar negara dari 29 negara dan wilayah. Pelbagai alat muzik antarabangsa dan Cina akan dipamerkan di ruang pameran berkeluasan 138,000 meter persegi termasuk 12 dewan dan 2 ruang pameran luar.

Bagi memenuhi pertumbuhan perniagaan, jenama-jenama mantap yang ternama seperti Marshall, Bluethner, Buffet, Fazioli, Fender, GEWA, Laney, Ludwig, Orange, Roland, Selmer, Samick, Schimmel, Steinway, Tama, Yamaha, Pearl River, Hsinghai, KHS, Jinyin, Fengling dan Shanghai No.1 National Musical Instruments Factory, telah mengesahkan kehadiran mereka di Music China 2018. Jenama-jenama terkemuka di peringkat antarabangsa dan produk-produk tempatan akan dipamerkan di lapangan.

Seminar dan forum akan diadakan bagi membolehkan pembeli profesional sentiasa mengikuti perkembangan industri. Forum Industri NAMM CMIA akan menjelaskan trend seluruh industri dan menganalisis prospek pembangunan pasaran-pasaran dunia. Penceramah-penceramah dunia daripada industri-industri profesional akan diundang untuk berkongsi pengalaman mereka dalam jualan, penjenamaan, pengurusan, penggunaan media baharu dan isu-isu hangat lain dalam kursus latihan pengedar. Tahun ini, Pelancaran Global Produk Baharu Music China akan diadakan sebagai platform hebat untuk pelancaran produk muzik terkini dan membolehkan pengedar serta pengunjung mengalami teknologi-teknologi industri muzik paling hangat.

Sebagai pameran perdagangan muzik terkenal, Music China turut menyasarkan untuk menyediakan pengalaman menginspirasikan kepada penggemar muzik dengan menawarkan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan pendidikan. Forum Global mengenai Muzik Tradisional Cina, Salun Seni Biola dan Salun Jazz Masters akan membawakan pengunjung ke dunia muzik yang hebat dengan menonjolkan intipati gaya muzik yang pelbagai. Organisasi-organisasi pendidikan akan membawakan model-model pengajaran terkini dan menyediakan arahan profesional dalam Program Pendidikan Muzik. Kids Music Land akan mencipta gaya baharu bagi pengajian muzik melalui aktiviti-aktiviti yang meriah. Teknologi dan muzik digabungkan untuk mengadakan pertunjukan silap mata di Music Lab. Lebih-lebih lagi, 600 pertunjukan secara langsung akan dipersiapkan untuk membawa semua orang menuju perjalanan muzik yang hebat.

Untuk butiran lanjut mengenai Music China 2018, sila rujuk laman sesawang rasmi kami www.musicchina-expo.com. Pendaftaran untuk kemasukan percuma kini dibuka secara dalam talian. 

Hubungi:

Cik Arlene Zhu         
+86-21-6295-5609
zhuliwen@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd
Keywords: Entertainment Music Trade show news Future Events