omniture

Forum China-ASEAN Information Harbor ke-3 Diadakan di Nanning, Guangxi

gx.cri.cn
2018-09-14 21:29 1521

NANNING, China, 14 September 2018 /PRNewswire/ -- Sebagaimana yang dilaporkan oleh gx.cri.cn, pada 12 September, Forum China-ASEAN Information Harbor kali ke-3, anjuran bersama Pentadbiran Ruang Siber China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat serta Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, telahpun diadakan di Nanning, Guangxi.

Pengerusi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Chen Wu menyampaikan ucapan alu-aluan (Foto oleh Zheng Xiaojun)
Pengerusi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Chen Wu menyampaikan ucapan alu-aluan (Foto oleh Zheng Xiaojun)

ROS Sorakha, Setiausaha Kementerian Pos dan Telekomunikasi Kemboja, Bounsaleumsay KHENNAVONG, Naib Menteri Pos dan Telekomunikasi Laos, Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Chit Wai, Setiausaha Eksekutif Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Myanmar dan Tan Li San, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura, berucap dalam acara berkenaan. Fei Zhirong, Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Bertemakan 'Bangunkan Jalan Sutera Digital untuk Kongsi Ekonomi Digital', forum ini melibatkan persidangan utama dan sembilan sesi subjek (Forum Pembangunan Kemanusiaan Siber, Forum Teknologi dan Aplikasi 5G, Forum Kerjasama Industri Satelit, Forum E-Dagang, Forum Ekonomi Digital, Forum Jalan Sutera Digital dan Kerjasama Industri, Forum Bandar Pintar, Forum Inovasi dan Pembangunan Industri Teknologi Maklumat Generasi Seterusnya serta Sidang Kemuncak Logistik Global Huawei). Aktiviti-aktiviti ini, diadakan di Nanning, Guilin dan Beihai bermula pada 11-19 September, menarik sejumlah lebih 2,000 perwakilan dan tetamu, dengan bilangan peserta dan keluasan aktiviti yang mencipta rekod yang tinggi.

Semasa forum berkenaan, terdapat dua pameran iaitu teknologi dan aplikasi 5G serta teknologi dan aplikasi ekonomi digital. China Mobile Communications Group Co., Ltd., Huawei, Datang, Ericsson, Foxconn, CASICloud dan syarikat-syarikat aplikasi yang lain mempamerkan aplikasi 5G yang "boleh diakses, interaktif dan berasaskan pengalaman" yang paling inovatif dan menonjol, membolehkan pengunjung-pengunjung untuk menghargai perubahan yang amat besar itu sepenuhnya.

Forum China-ASEAN Information Harbor menerima peningkatan pengaruh dan reputasi antarabangsa, dan menukarkannya kepada acara hebat bersama-sama para peserta termasuk tokoh-tokoh ternama daripada ekonomi digital di China dan negara-negara ASEAN. Ia telah menjadi pameran antarabangsa komprehensif yang mencakupi mesyuarat, promosi projek, rundingan perdagangan dan perniagaan, yang bersungguh-sungguh mempromosikan pertukaran dan kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN berhubung ekonomi digital serta mendorong pembinaan China-ASEAN Information Harbor.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180913/2236706-1

 

 

Source: gx.cri.cn
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Trade show news