omniture

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Inspur Group Peter Sun Berucap di Ekspo China-ASEAN ke-15

Inspur Group
2018-09-14 21:52 1227

NANNING, China, 14 September 2018 /PRNewswire/ -- Pada 12 September, Ekspo China-ASEAN ke-15 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN telahpun diadakan di Nanning, wilayah Guangxi. Peter Sun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Inspur Group, diundang untuk menghadiri majlis perasmian Ekspo dan menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk: "Awan + Data", Berkongsi Hasil Ekonomi Digital.

Peter Sun menyebutkan dalam ucapan beliau bahawa sebagai kuasa baharu dalam produktiviti untuk ekonomi digital global, pengkomputeran awan telah digunakan secara meluas dalam kerajaan, perusahaan dan kalangan individu, dan pertumbuhannya telah menggalakkan penjanaan dan aplikasi data raya, seraya merangsang pembinaan bandar-bandar pintar di China. Dalam era teknologi pintar, pengendali perkhidmatan awan, pengendali data raya dan pengendali bandar pintar merupakan tiga pengendali utama baharu yang menggalakkan pembangunan bandar. Ketiga-tiga pengendali baharu yang utama ini juga amat penting untuk membina Jalan Sutera digital dan membangunkan ekonomi digital, kata Peter Sun dalam ucapan beliau.

Dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, khususnya, menerusi pembangunan ekonomi digital negara-negara ASEAN, penyelesaian dan perkhidmatan pengkomputeran awan Inspur telah meraih pengiktirafan daripada kerajaan dan perusahaan dari sejumlah besar negara, termasuk Thailand, Vietnam, Burma, Malaysia, serta Bangladesh dan Inspur telah membina satu kumpulan projek model dalam bidang kerajaan, pendidikan dan komunikasi. Di samping itu, untuk memajukan kerjasama dalam ekonomi digital antara China dan ASEAN, Inspur mewujudkan platform berasaskan maklumat dan digital baharu untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan ASEAN di Guangxi. Bukan sahaja platform baharu ini akan memberi manfaat kepada industri digital ASEAN, tetapi ia akan turut berperanan untuk ekonomi digital Guangxi.

 

Source: Inspur Group
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Asian-related news