Laporan Bloomberg sahkan keboleharasan penuh menurut 100% pakar industri
CHANGZHOU, China, 15 September 2018 /PRNewswire/ -- Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "syarikat"), penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka bagi tenaga solar, telah menerima penarafan teratas dalam laporan keboleharasan modul tahunan terkini, yang diterbitkan oleh Bloomberg NEF (BNEF). Menerusi laporan ini, Trina Solar kini merupakan satu-satunya pengeluar modul yang diberi penarafan boleh dicagarkan sepenuhnya sebanyak tiga kali berturut-turut oleh 100% pakar-pakar industri yang terlibat dalam tinjauan BNEF.
Apabila menilai keboleharasan pengeluar PV, bank menumpu pada keadaan kewangan sesebuah syarikat; rekod prestasi modulnya dalam bidang tersebut; dan jaminan pengeluar, menurut peserta-peserta tinjauan. Untuk tinjauannya, Bloomberg NEF mendekati pihak bank, dana, EPC, penyedia kuasa bebas (IPP) dan penasihat teknikal seluruh dunia. Pakar-pakar ini mewakili kapasiti PV dipasang sebanyak 29GW di seluruh dunia. BNEF juga menjalankan beberapa temubual mendalam dengan pemeriksa kualiti serta penasihat teknikal demi melengkapi tinjauan berkenaan.
Rongfang Yin, Naib Presiden Eksekutif Trina Solar, mengulas: "Kami berasa amat bangga dengan keputusan hebat yang dicapai oleh Trina Solar sekali lagi dalam laporan industri yang ternama ini. Hakikat bahawa kami masih mengekalkan kedudukan teratas untuk tahun ketiga berturut-turut bukanlah suatu kebetulan, tetapi mencerminkan keadaan kewangan yang mantap dan rekod kualiti yang bagus, yang mana kedua-duanya dihargai oleh bank dan pelabur seluruh dunia yang terlibat secara mendalam dalam pembiayaan projek." Yin menambah, "Pengiktirafan yang tidak berat sebelah ini mungkin dapat memberi jaminan tambahan kepada syarikat-syarikat yang tercari-cari rakan kongsi jangka panjang yang andal dalam situasi industri yang dicirikan oleh ketidaktentuan yang mana lebih banyak pengusaha yang lemah meninggalkan pasaran."
Laporan BNEF terkini turut memetik Kad Skor Keandalan Modul PV, yang diterbitkan oleh DNV GL, yang mana Trina Solar muncul sebagai "Pencapaian Terbaik" antara pengeluar modul global buat kali keempat sejak tahun 2014. Kad skor tersebut merupakan perbandingan paling komprehensif bagi keputusan ujian keandalan modul PV yang disediakan secara umum dalam pasaran hari ini. Menurut DNV GL, pengeluar-pengeluar yang terlibat ingin mendapatkan sokongan pihak ketiga untuk minda berkualiti tinggi mereka.
Latar Belakang Trina Solar
Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka bagi tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar membangunkan penyelesaian PV pintar proprietari untuk stesen-stesen janakuasa besar serta penyelesaian komersial dan kediaman, sistem simpanan tenaga dan modul fotovolta. Sebagai penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian tenaga solar bersepadu, Trina Solar telah menerajui usaha untuk berkembang menjadi jenama dalam dunia IoT (internet komunikasi benda) tenaga dan komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor baharu dan pesat berkembang ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.