omniture

Undian Dalam Talian Untuk Tahun Kedua "Anugerah Kreatif Muda" JCS International Berprestij Bermula Hari Ini

JCS International
2018-09-15 08:46 1229

Video Berdurasi Satu Minit dengan Tema "Berjuang Demi Keamanan"! Mencakupi 38 Negara

Kini Peluang Anda untuk Kenal Pasti Bakat Pembikinan Filem Generasi Seterusnya

NEW YORK, 15 September 2018 /PRNewswire/ -- International Academy of Television Arts & Sciences dan JCS International hari ini mengumumkan bahawa penyertaan untuk pertandingan Anugerah Kreatif Muda Antarabangsa JCS International 2018 kini sedia untuk ditonton dan undian awam. Inisiatif ini yang dilancarkan tahun lalu, diwujudkan bagi menemui, mengiktiraf dan memupuk bakat muda dari seluruh dunia sambil mewujudkan perbincangan global berkisarkan keamanan.

Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan global antara umur 18 dan 29 tahun. Video-video yang menyertainya tahun ini adalah berkisarkan tema Berjuang Demi Keamanan! yang mencakupi 38 negara. Undian dalam talian, tersedia mulai 12 hingga 19 September melalui laman sesawang International Academy (https://www.iemmys.tv/youngcreatives.aspx) akan menentukan finalis pertandingan.

Panel cemerlang daripada kalangan juri berkelayakan akan menentukan tiga pemenang pada akhir bulan September.

"Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran tentang keamanan dan meraikan hasil kerja luar biasa bakat kreatif muda dari serata dunia," kata Michal Grayevsky, Presiden JCS International. "Kami menggalakkan semua orang untuk menonton video ini dan mengundi."

Ketiga-tiga pemenang akan diumumkan pada 3 Oktober 2018 dan akan diterbangkan ke New York bagi menerima anugerah mereka di Festival Televisyen Dunia International Emmy pada 17 November 2018. Mereka akan turut menghadiri Majlis Gala Anugerah International Emmy pada 19 November.

Untuk maklumat lanjut dan bagi menonton filem-filem tahun 2017 yang berjaya, sila ke https://www.iemmys.tv/youngcreatives.aspx

Latar Belakang JCS International 

JCS International, sebuah Syarikat Ronald S. Lauder, ialah syarikat media global yang beribu pejabat di Bandar Raya New York. Ditubuhkan pada tahun 1979, JCS merintis konsep kedai sehenti, menawarkan keupayaan pengeluaran berkhidmat penuh, bermula daripada konsepsi kepada pelaksanaan, semua di bawah satu bumbung. Selama berdekad-dekad, JCSI menghimpunkan outlet-outlet media dari seluruh dunia dan membantu mereka mencapai misi mereka. Kini, JCSI mewujudkan platform media baharu yang unik untuk syarikat-syarikat baharu, para usahawan dan bakat kreatif, lalu membantu rakan-rakan kongsinya merealisasikan potensi dan skalanya.

Perhubungan Media: Michal Grayevsky, Michal@mg745fifth.com

Source: JCS International
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Television Awards Children-related news Future Events