omniture

BookDoc berkolaborasi dengan Chow Tai Fook: Dapatkan lebih banyak ganjaran dengan kekal aktif bersama Chow Tai Fook

BookDoc.
2018-09-17 09:11 975

HONG KONG, 17 September 2018 /PRNewswire/ -- Chow Tai Fook berkolaborasi dengan BookDoc, aplikasi rawatan kesihatan bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara mengikut jaringan rawatan kesihatan dalam memberi lebih banyak ganjaran kepada pengguna BookDoc kerana mengekalkan gaya hidup sihat yang aktif. Pengguna kini dapat menikmati diskaun dan menebus hadiah percuma apabila mereka membeli barang kemas daripada Chow Tai Fook hanya dengan kekal aktif. Untuk Hong Kong, pengguna boleh membeli melalui kedai dalam talian (ctfeShop); Untuk Singapura dan Malaysia, pengguna boleh memberi di mana-mana kedai Chow Tai Fook di negara masing-masing.

(left) Dato Chevy, BookDoc CEO, Quentin Wong, Chow Tai Fook General Manager of Investment
(left) Dato Chevy, BookDoc CEO, Quentin Wong, Chow Tai Fook General Manager of Investment

"Kami berbesar hati dan berasa rendah hati kerana diberi peluang ini untuk bekerjasama dengan Chow Tai Fook."

"Apabila aplikasi ini pertama kali dimulakan, ia membantu pengguna untuk mencari dan mengatur temujanji perubatan mereka, tetapi saya percaya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, maka atas sebab inilah ciri BookDoc Activ dilancarkan. Kini, kami mempunyai kehadiran operasi di lima (5) negara dan kolaborasi dengan rakan kongsi ganjaran di dua belas (12) negara. Objektif aplikasi ini adalah untuk memotivasi pengguna agar mula menjalani gaya hidup yang lebih sihat," tambah Beh. "Ciri BookDoc, ACTIV melakukan sedemikian melalui pengukuhan positif dan tanpa kos kemasukan. Kami berharap dapat memulakan gerakan kecergasan sosial bagi menggalakkan pengguna untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BookDoc Dato' Chevy Beh.

Ciri ACTIV mengganjari penggunanya mengikut purata langkah harian mereka, yang diperingkatkan kepada gangsa, perak, emas dan platinum. Boleh disegerakkan dengan aplikasi kesihatan lain seperti Apple Health, Samsung Health, Google Fit, Fitbit dan Garmin, yang membolehkan pengguna mengesan senaman harian mereka dengan cekap dan mendapat ganjaran daripadanya. Dengan mengekalkan tahap aktiviti yang tinggi, pengguna juga berpeluang mendapat diskauan atau hadiah percuma daripada peruncit utama dan penyedia perkhidmatan, sama ada di negara kediaman mereka atau penebusan rentas negara secara bulanan (Boleh ditebus di 12 negara)

Aplikasi BookDoc boleh dimuat turun secara percuma di the App Store atau Google Play Store. Kini BookDoc menjalin perkongsian berterusan dengan lebih 70 peniaga utama antaranya ialah Zalora, Fave (dahulunya dikenali sebagai Groupon), ShopBack, MCL Cinema Chain di Hong Kong, V Hotel di Singapura, Ajisen Ramen di Hong Kong, OldTown White Coffee, Secret Recipe, antara lainnya dan pengguna boleh menebus ganjaran secara bulanan sekiranya mereka mencapai nilai ambang purata-langkah-harian.

Latar Belakang BookDoc

BookDoc, dengan kehadiran di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Thailand, merupakan platform dalam talian yang beroperasi menerusi kesinambungan penjagaan kesihatan yang menghubungkan pesakit kepada golongan profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana-mana jua, sambil memberi insentif kepada semua untuk kekal aktif.

BookDoc telah mengasaskan ekosistem dalam talian bersepadu untuk pelancong kesihatan tempatan dan luar negara. Ekosistem ini membolehkan pengguna mencari dan menempah ahli profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dan berintegrasi secara lancar dengan sistem navigasi (Google Map, Waze), sistem pengangkutan (Grab, Uber, AirAsia), kemudahan penginapan (Agoda and Airbnb) dan restoran & tempat tarikan yang disyorkan (TripAdvisor) untuk pengalaman temujanji penjagaan kesihatan yang lancar dan menyeronokkan. Selain itu, melalui BookDoc Activ, ia memberi ganjaran kepada pengguna kerana mengekalkan tahap aktiviti yang tinggi dengan menjalin kerjasama dengan para peruncit utama dan para pembekal perkhidmatan yang menawarkan pengguna diskaun kerana mencapai peringkat ganjaran berdasarkan tahap aktiviti.

Syarikat disokong oleh pelbagai kumpulan pelabur yang terdiri daripada usahawan, ahli profesional penjagaan kesihatan dan insurans yang berpengalaman, jurubank, pengawal selia serta ahli profesional ICT. Ia telah mencatat rekod dalam penilaian pra-pemodalan benih dan pemodalan benih tertinggi dalam sejarah Syarikat Baharu Teknologi Asia. BookDoc boleh didapati secara dalam talian di www.bookdoc.com, App Store dan Google Play Store.

Latar Belakang Chow Tai Fook

Chow Tai Fook Jewellery Group Limited ("Syarikat"; kod saham SEHK: 1929) telah disenaraikan pada Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada Disember 2011.

Diasaskan pada tahun 1929, jenama ikonik Syarikat "Chow Tai Fook" telahpun diiktiraf secara meluas atas kebolehpercayaannya dan ketulenannya selain terkenal dengan reka bentuk, kualiti dan nilai produknya. Kejayaan Syarikat dan jenama ikoniknya berakar umbi daripada inovasi, ketukangan dan warisan. Syarikat turut memegang jenama-jenama barang kemas lain termasuk CHOW TAI FOOK T MARK, Hearts On Fire, MONOLOGUE dan SOINLOVE, yang merupakan contoh-contoh pertama bagi pengenalan strategi berbilang jenama untuk tempoh jangka panjang.

Komitmen Syarikat terhadap pertumbuhan mampan adalah berpaksikan strategi "Pintar+" yang diwujudkan bagi menggalakkan inovasi jangka panjang dalam perniagaan, orang ramai dan budayanya. Satu lagi aset yang menyokong pertumbuhan mampan ialah model perniagaan bersepadu secara vertikal yang sofistikated. Ini menyokong Syarikat dengan memupuk kecemerlangan dan meluaskan peluang-peluang sepanjang rantaian nilai keseluruhan kepada komuniti dan rakan kongsi industri.

Dengan rangkaian peruncitan yang ekstensif di Rantau Besar China, Korea, Jepun, Singapura, Malaysia dan Amerika Syarikat serta perniagaan e-dagang yang pesat berkembang, Syarikat melaksanakan strategi dalam talian-ke-luar talian ("O2O") yang berkesan agar berjaya dalam persekitaran peruncitan omnisaluran masa kini.

ctfeShop: https://www.ctfeshop.com.hk/

Untuk Maklumat Lanjut, sila hubungi
Nama: Cik Nurul Ain
Tel: +603-1300-88-2362
Emel: ain@bookdoc.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180913/2237003-1

Source: BookDoc.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Jewelry Precious Metals Retail Licensing/marketing agreements