omniture

Antai Daki Tangga Pertama di Asia dalam Kedudukan Ijazah Sarjana Pengurusan FT 2018

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2018-09-17 09:13 879

-- Antara 50 Terbaik Global untuk Sepuluh Tahun Berturut-turut

SHANGHAI, 17 September 2018 /PRNewswire/ -- Pada 10 September 2018, Kedudukan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan (MiM) FT 2018 telah dikeluarkan oleh Financial Times dari UK. Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Antai College of Economics & Management, Shanghai Jiao Tong University mendaki anak tangga ke-18 di dunia dan yang pertama di Asia. Setakat ini, MiM Antai ialah program MiM akademik pertama di China yang menyertai Penarafan FT dan kekal dalam senarai 50 terbaik dunia selama sepuluh tahun berturut-turut.

Antai Rises to 1st in Asia in FT Masters in Management Rankings 2018
Antai Rises to 1st in Asia in FT Masters in Management Rankings 2018

Menurut petunjuk dalam Kedudukan MiM FT 2018, kedudukan Antai untuk data penyelidikan fakulti dan pengantarabangsaan bertambah baik; kedudukan kemajuan kerjaya alumninya kekal yang teratas di dunia: pertama di dunia untuk kategori "diambil bekerja dalam tempoh tiga bulan", pertama di dunia bagi tahun kedua berturut-turut untuk "peningkatan peratusan gaji", yang keempat di dunia bagi "kedudukan perkhidmatan kerjaya" dan tempat ke-15 di dunia bagi kategori "kedudukan kemajuan kerjaya".

Kedudukan Antai bertambah baik dengan hebatnya disebabkan oleh fakultinya yang luar biasa, sumber untuk pelajar yang berkualit tinggi dan pasukan perkhidmatan pelajar yang profesional. Di samping itu, pengantarabangsaan ialah salah satu keutamaan Antai. Antai telah menandatangani program dwi ijazah dengan banyak sekolah perniagaan luar negara yang ternama termasuk ESCP, Instituto de Empresa, University of Southern California dan Rice University. Terdapat 69 pelajar antarabangsa dalam kalangan pelajar ambilan baharu tahun 2018, menyumbang sebanyak 25.3% daripada semua penuntut tahun pertama.

Dekan Prof. Fangruo Chen menekankan bahawa: "Program MiM Antai ialah program MiM akademik pertama di China yang mengambil bahagian dalam penarafan antarabangsa yang berwibawa. Keputusan menunjukkan kekuatan akademik Antai dan kami akan terus menyuntik dorongan pragmatisme dan inovasi untuk membangunkan Antai menjadi sekolah perniagaan Cina bertaraf dunia!"

Penarafan antarabangsa berwibawa itu telah mengesahkan secara menyeluruh akan pengaruh antarabangsa Antai. Antai ialah satu-satunya sekolah perniagaan di China antara 40 yang terbaik di dunia bagi keempat-empat program teras. Mengikut prestasi cemerlang semua programnya, Antai meraih kedudukan pertama dalam Business Schools: Asia-Pacific 2017 (Sekolah-sekolah Perniagaan: Asia Pasifik 2017). Antai kekal berada dalam senarai 100 terbaik untuk empat disiplin perniagaan dan pengurusan dalam QS World University Rankings 2018 (Penarafan Universiti Dunia QS 2018) dan merupakan antara 50 terbaik di dunia untuk tiga bidang. Antai juga merupakan antara 50 terbaik dunia selama tiga tahun berturut-turut untuk bidang perniagaan dan pengurusannya. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180914/2236834-1

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Survey, Polls & Research