omniture

Forum Perikanan Global Bincang Ramalan Industri

Roscongress Foundation
2018-09-18 18:28 777

ST. PETERSBURG, Rusia, 18 September 2018 /PRNewswire/ --

Forum Perikanan Global & Ekspo Makanan Laut Rusia ke-2, iaitu acara unggul daripada sektor perikanan negara, berlangsung di St. Petersburg pada 13-15 September 2018.

generated by system

Lebih 3,000 pemimpin perniagaan, wakil perikanan dan pegawai kerajaan dari Denmark, Jerman, Iceland, Itali, Kanada, China, Maghribi, Norway, Pulau Faroe, Jepun dan lain-lain menghadiri Forum. Menteri Pertanian Dmitry Patrushev membacakan ucapan alu-aluan daripada Presiden Vladimir Putin.

Timbalan Menteri Pertanian dan Ketua Agensi Perikanan Persekutuan Ilya Shestakov, pemimpin-pemimpin daripada agensi sektoral Pulau Faroe serta Maghribi, pakar-pakar (FOA) PBB, Stesen Biologi Pasifik, Majlis Penerokaan Lautan Antarabangsa dan Kedutaan Denmark berucap dalam sesi plenari "Aktiviti-aktiviti perikanan global 2050: sumber, pasaran dan teknologi". Para hadirin membincangkan persaingan dalam Lautan Dunia, rizab biosumber akuatik dan prospek akuakultur memandangkan jumlah populasi penduduk Bumi yang semakin bertambah.

Isu-isu mendesak turut dibincangkan dalam sesi panel "Isu-isu melibatkan aktiviti-aktiviti perikanan stok bermigrasi terbatas (straddling) komersial," "Pembinaan Kapal 2050: Menyingkap masa depan," "Sumber," "Akuakultur: ramalan pembiakan dan pembangunan 2050," "Pasaran pengguna global," "Ikan di Rusia: strategi untuk mempromosikan produk ikan Rusia dalam pasaran Rusia" dan "Teknologi perikanan: masalah kehilangan makanan dan sisa makanan".

Perjanjian-perjanjian penting telahpun ditandatangani antara Rusia dan Guinea, Agensi Perikanan Persekutuan Rusia dan Lembaga Sumber Akuatik Panama serta antara FOR Group dan Lenta.

Ekspo ini menampilkan syarikat-syarikat perikanan, pemprosesan, perdagangan dan pembinaan kapal, para pengeluar peralatan, agensi-agensi kerajaan dan juga persatuan-persatuan perdagangan. Pengunjung dapat merasai produk, mengambil bahagian dalam jelajah video melibatkan syarikat-syarikat Rusia yang terkemuka, merasai pengalaman terowong interaktif dan menyertai persembahan 3D "120 Tahun Industri Perikanan Rusia".

Ekspo ini membawakan reruai-reruai bersama melibatkan wilayah Arkhangelsk, Astrakhan dan Kaliningrad, Karelia dan Tatarstan serta lembangan perikanan Azov dan Laut Hitam, selain reruai-reruai negara Norway, Iceland, Maghribi dan Argentina. Kawasannya yang seluas 13,000 meter persegi menjadi tuan rumah kepada 180 syarikat termasuk 122 syarikat dari Rusia. Russian Fish, restoran makanan segera berasaskan ikan yang pertama di Rusia turut beroperasi di kawasan pameran.

Pembinaan kapal penangkapan ikan 30 tan sehari telah dimulakan (Dmitry Patrushev, Ilya Shestakov dan Gabenor Wilayah Arkhangelsk Igor Orlov mengambil bahagian dalam upacara tersebut), Tahun Salmon Antarabangsa, diwujudkan oleh para ilmuan dan pencinta alam sekitar, telah dirasmikan dan pemenang-pemenang pertandingan "Produk Ikan Terbaik" seluruh Rusia turut diumumkan.

Acara ini dianjurkan oleh Agensi Perikanan Persekutuan manakala Forum dikendalikan oleh Roscongress Foundation.

Laman sesawang rasmi Forum Perikanan Global ialah http://www.fishexpoforum.com  

Sumber: Roscongress Foundation

Source: Roscongress Foundation
Keywords: Agriculture Trade show news