omniture
Paradise Group
2018-09-19 18:15 1389

Ruang pameran baharu Paradise City papar koleksi tetap melibatkan karya oleh bakat-bakat ulung dalam seni kontemporari Jeff Koons dan Damien Hirst

  • Paradise City membuka ruang pameran baharunya, Paradise Art Space pada 17 September 2018
  • Paradise Art Space mencakupi koleksi tetap selain ruang pameran yang akan memperjuangkan seni moden dan seni kontemporari
  • Pameran sulung "Overstated & Understated" diatur oleh pereka fesyen dan pengarah Jung Kuho
  • Koleksi tetap Paradise Art Space menampilkan karya oleh artis-artis kontemporari tersohor termasuk Jeff Koons, Damien Hirst, Lee Bae dan Kim Hodeuk
  • Paradise Art Space menandakan pembukaan pertama banyak kemudahan unik dan mewah Paradise City

SEOUL, Korea Selatan, 19 September 2018 /PRNewswire/ -- Pusat peranginan hiburan seni Paradise City membuka Paradise Art Space, iaitu ruang pameran di tapak lokasi yang dibina khas untuk seni moden dan kontemporari pada 17 September 2018.

Paradise Art Space Permanent Exhibition Hall
Paradise Art Space Permanent Exhibition Hall

 

Art-tainment resort Paradise City today opened Paradise Art Space, an onsite, purpose-built exhibition space for modern and contemporary art on September 17, 2018. The unveiling ceremony was attended by (from left) Lee Bae, Kim Hodeuk, Paradise Group Chairman Phillip Chun, Jeff Koons, Director of Paradise Culture Foundation Elizabeth Chun, and director Jung Kuho.
Art-tainment resort Paradise City today opened Paradise Art Space, an onsite, purpose-built exhibition space for modern and contemporary art on September 17, 2018. The unveiling ceremony was attended by (from left) Lee Bae, Kim Hodeuk, Paradise Group Chairman Phillip Chun, Jeff Koons, Director of Paradise Culture Foundation Elizabeth Chun, and director Jung Kuho.

Paradise Art Space akan menempatkan koleksi seni penting daripada Paradise Group selain turut menyokong seni kontemporari baharu melalui pameran-pameran istimewa. Paradise Art Space memperkenalkan pameran sulungnya, "Overstated & Understated" untuk meraikan pembukaannya. Pameran ini, diatur oleh Jung Kuho, mengatur seiring karya daripada empat artis kontemporari yang terkenal di peringkat antarabangsa dan memberi sedikit gambaran tentang seni kontemporari masa kini.     

Di pintu masuk Paradise Art Space letaknya sebuah dewan pameran tetap, yang mana "Gazing Ball-Farnese Hercules" oleh Jeff Koons dan "Aurous Cyanide" oleh Damien Hirst dipamerkan. Karya-karya seni oleh dua bakat ulung daripada seni kontemporari ini dimiliki oleh Paradise City dan menjadi sebahagian daripada koleksi tetap ruang pameran.

Sebagai sebahagian daripada siri Gazing Ball oleh artis tersebut, Hercules oleh Jeff Koons mendominasi dewan masuk, yang menjadi detik perkenalan pertama pengunjung dengan Paradise Art Space. Menggambarkan wira ulung dalam Mitos Yunani dan dihasilkan dengan begitu menarik menerusi plaster putih yang halus, arca tersebut memperlihatkan hiasan biru halus yang tidak mewah terletak pada atas bahu kanan Hercules, membolehkan interaksi bersama pengunjung dengan refleksi yang terpantul pada sfera berwarna biru.

Meliputi seluruh bahagian pada satu dinding ialah "Aurous Cyanide" Damien Hirst, karya unik yang diperoleh oleh Paradise City sebagai sebahagian daripada koleksi tetapnya. Sebagai salah satu karya paling terkenal dalam siri Spot Painting beliau, "Aurous Cyanide" ialah catan kanvas tunggal yang terbesar di dunia yang berukuran 9 kali 3 meter dan mengolah tema kehidupan dan kematian melalui pelbagai warna cerah, dengan judul yang secara langsung menyimpulkan ketoksikan bahan kimia.

Dewan-dewan pameran khas di tingkat satu dan dua masing-masing mempamerkan pemasangan besar-besaran oleh dua artis Korea yang mengambil kira keindahan warna iaitu hitam. Para pengunjung dapat menemui kuasa luar biasa yang terhasil daripada bahan-bahan tradisional arang batu dan dakwat dalam karya seni yang dipaparkan dalam bentuk seni kontemporari.

Dewan tingkat bawah mempamerkan "Issu du feu", karya seni oleh artis Korea Lee yang mengumpulkan ratusan kepingan arang pada kertas hanji Korea. Gabungan antara tekstur kasar arang dan kertas hanji dapat menyerap dengan lembut cahaya pada pelbagai sudut bagi memberikan kegembiraan visual kepada pengunjung. Di tingkat atas iaitu di tingkat dua, "All of Sudden, Drawing the Space", satu pemasangan oleh Kim Hodeuk menantikan pengunjung. Kertas hanji pada angin dan air berdakwat yang meliuk-liuk lembut diletakkan secara harmoni, seraya menghasilkan ritma yang damai. Seperti pada tajuknya, bayangan yang terhasil daripada pemasangan pada dinding putih yang mengelilinginya sengaja menjadi sebahagian daripada karya seni tersebut. Apabila mata pengunjung mengalihkan pandangan dari karya berkenaan, mereka diundang untuk ke satu lagi dunia yang "dilukis dalam ruang".

Majlis perasmian pada sebelah pagi 17 September 2018 bagi meraikan upacara pembukaan tersebut dihadiri oleh Pengerusi Paradise Group Phillip Chun, Pengarah Yayasan Kebudayaan Paradise Elizabeth Chun dan artis Jeff Koons. Pelbagai persembahan diadakan dalam majlis makan malam gala pada hari yang sama, termasuk pengenalan kepada Muzik Tokong Leluhur Diraja Korea, salah satu tema dalam "Feast" yang diarahkan oleh Jung Kuho, yang menghasilkan sensasi dengan interpretasi tarian tradisional Korea. Sementara itu, pameran pen Montblanc akan turut diadakan mulai 19 hingga 30 September bagi mengucapkan tahniah kepada Elizabeth Chun atas kemenangan Anugerah Naungan Seni Montblanc de la Culture.

Pengerusi Paradise Group Phillip Chun berkata, "Paradise Art Space ialah hab bagi seni moden dan kontemporari Asia baharu yang mana budaya Korea dan dunia disatukan dan akan memperlihatkan seni kontemporari melangkaui sempadan negara dengan mempamerkan karya-karya seni oleh artis-artis ternama dari Korea dan luar negara serta dengan menawarkan peluang melibatkan pengalaman amali kepada para pengunjung.

Paradise City turut menganjurkan Festival Paradise City pada 21 September tepat pada masanya sempena pembukaan hotel butik mewah Art Paradiso, spa Cimer dan kelab yang terbesar di Timur Laut Asia, Chroma. Festival tersebut akan menjadi peluang untuk menikmati segala tarikan Paradise City. Pelbagai parti berdasarkan tema-tema berbeza di kemudahan baharu tersebut dengan elemen-elemen hiburan yang dipertingkat akan menawarkan pengalaman yang mengagumkan kepada tetamu dan juga pengunjung.

Untuk maklumat lanjut:

Woojung Park, woojeong@paradian.com
Jaehoon Bang, jaehoon@paradian.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180918/2240686-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180918/2240686-1-b

Source: Paradise Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Hotels and Resorts Travel New products/services