omniture

IARD - Perikatan Antarabangsa bagi Amalan Minum Secara Berhemah: Pengeluar-pengeluar Bir, Wain dan Minuman Beralkohol Terkemuka Ganding Bahu Dengan Beberapa Platform Digital Terkenal Dunia untuk Tetapkan dan Sediakan Piawaian Tanggungjawab Baharu dan Mantap untuk Industri-industri Lebih Luas

IARD - International Alliance for Responsible Drinking
2018-09-20 22:26 796

LONDON, Sept. 20, 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, kami mengumumkan satu perkongsian unik antara sebelas buah syarikat bir, wain dan minuman beralkohol terkemuka yang membentuk Perikatan Antarabangsa bagi Amalan Minum Secara Berhemah (IARD) dan empat platform Internet global yang terkemuka: Facebook, Snapchat, Twitter dan YouTube.

Selaku pengelola untuk beberapa jenama yang paling terkenal di dunia, kami bersatu dalam keazaman kami untuk menetapkan dan mematuhi piawaian tanggungjawab yang tinggi untuk industri-industri kami.

Dengan berganding bahu dan memanfaatkan set pemikiran yang inovatif dan rintis yang mendorong perniagaan kami, kami percaya bahawa kami dapat mencapai lebih lagi bagi menyediakan piawaian tanggungjawab baharu dalam mengiklankan bir, wain dan minuman beralkohol di seluruh media sosial.

Bagi mewujudkan piawaian yang mantap ini, kami akan berusaha bersama-sama untuk:

  • memastikan perlindungan paling terkini digunakan agar komunikasi pemasaran berkaitan bir, wain dan minuman beralkohol ditujukan kepada golongan dewasa yang boleh membeli produk ini secara sah;
  • meneroka perubahan yang dapat dibuat untuk mengurangkan lagi peluang mereka di bawah umur melihat iklan ini dan
  • meninjau cara-cara orang ramai mempunyai kawalan yang lebih besar sama ada mereka memilih untuk melihat iklan alkohol dan menarik diri daripada menerima iklan untuk produk alkohol. Kami menghormati latar belakang budaya yang berbeza dan mengakui bahawa terdapat individu yang tidak mahu melihat komunikasi pemasaran daripada pengeluar-pengeluar bir, wain dan minuman beralkohol melalui media sosial.

Kami percaya bahawa perkongsian kami berpotensi melangkaui syarikat-syarikat individu kami dan dapat mencetuskan perubahan melalui pelbagai platform dan pengiklan, seterusnya dapat memberi manfaat kepada ribuan perniagaan yang ingin mengiklan secara bertanggungjawab dan berbilion-bilion individu yang menggunakan platform digital setiap hari.

Pautan untuk kenyataan: https://bit.ly/2xkXyf2

Perikatan Antarabangsa bagi Amalan Minum Secara Berhemah (IARD) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang dikhususkan untuk menangani masalah amalan minum yang memudaratkan di seluruh dunia dan menggalakkan amalan minum yang bertanggungjawab dalam kalangan mereka yang memilih untuk minum alkohol. IARD disokong oleh syarikat-syarikat ahlinya daripada semua sektor dalam industri alkohol yang dikawal selia iaitu bir, wain dan minuman beralkohol, menerusi tujuan yang sama untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk mengurangkan pengambilan alkohol yang memudaratkan. Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian kami dan apa yang kami lakukan, sila layari http://www.iard.org.

Source: IARD - International Alliance for Responsible Drinking
Related Links:
Keywords: Advertising Beer, Wine & Spirits Beverages Health Care/Hospital Social Media Contracts Not for profit