omniture

Perkenalkan Wood Mackenzie Power & Renewables

Wood Mackenzie
2018-09-24 20:10 1003

Firma perunding tenaga Wood Mackenzie dedahkan keputusan pemerolehan tenaga boleh diperbaharuinya 

LONDON, 24 September 2018 /PRNewswire/ -- Lebih separuh trilion dolar telah dilaburkan dalam tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia sejak dua tahun lalu. Sepanjang tempoh yang sama, firma perunding tenaga dan sumber asli, Wood Mackenzie telah membangunkan perniagaan risikan pasaran tenaga boleh diperbaharui yang terkemuka di dunia. Hari ini, Wood Mackenzie secara rasminya memperkenalkan divisyen baharunya, Wood Mackenzie Power & Renewables.

 

Wood Mackenzie Power & Renewables akan menyediakan kajian dan perundingan tentang transformasi lanskap kuasa global. Pasukan dengan 115 ahli yang berpangkalan di 15 negara itu terdiri daripada mantan pakar-pakar solar, simpanan tenaga dan pinggir grid daripada GTM Research perunding dan penganalisis angin daripada MAKE serta pasukan kuasa global daripada Wood Mackenzie.

"Sejak dua tahun lalu, kami telah banyak melabur untuk menggabungkan set data kami, platform teknologi dan paling penting, pasukan kami," kata Mark Brinin, Naib Presiden Eksekutif Wood Mackenzie. "Kami telah menghimpunkan perniagaan penyelidikan, khidmat nasihat, berita dan acara kami untuk menyediakan semua jenis maklumat dan rangkaian kepada pelanggan kami dan agar mempunyai suara dalam seluruh industri – ratusan ribu individu yang terlibat dalam maklumat tenaga ini, bermula dengan pengguna yang menerima pakai teknologi inovatif, kepada syarikat-syarikat yang memberi kemajuan kritikal dan pelaburan dalam pasaran-pasaran ini."

Pasukan Wood Mackenzie Power & Renewables menyertai 500 penganalisis dan perunding Wood Mackenzie mencakupi sektor minyak, gas, LNG, logam, perlombongan, bahan kimia dan analisis korporat.

Wood Mackenzie Power & Renewables membolehkan pelanggan membuat keputusan strategik dan menempa laluan ke arah pasaran bekalan elektrik tanpa karbon dan terpencar. Divisyen ini menyediakan  laporan, data dan khidmat nasihat berhubung rantaian nilai tenaga global, meliputi segala-galanya bermula dengan ramalan kuasa jangka panjang kepada model perniagaan baharu di pinggir grid, kepada harga komponen untuk sistem solar, serta data projek dan aktiviti vendor yang paling mutakhir.

Wood Mackenzie Power & Renewables akan terus bekerjasama erat dengan pasukan editorial dan acara di Greentech Media, sebahagian daripada pemerolehan GTM Research, untuk membawakan kisah peralihan tenaga dan meneroka trend baharu berdasarkan kajian Wood Mackenzie.

Latar Belakang:
Wood Mackenzie, sebuah syarikat Verisk Analytics, ialah sumber yang dipercayai bagi risikan komersial untuk sektor sumber asli dunia. Kami memperkasa pelanggan untuk membuat keputusan strategik yang lebih baik, menyediakan analisis yang objektif dan memberi khidmat nasihat tentang aset, syarikat dan pasaran. Untuk maklumat lanjut, layari: www.woodmac.com atau ikuti kami melalui Twitter @WoodMackenzie.

Video - https://mma.prnewswire.com/media/746837/Introducing_Wood_Mackenzie_Power_and_Renewables.mp4

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/746836/WoodMac_Power_Renewables_Logo.jpg

Source: Wood Mackenzie
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Gas Green Technology Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers