omniture

Versa Networks Jalin Kerjasama dengan Mode Tingkatkan Kefleksibelan dan Keandalan WAN Perusahaan

Mode
2018-09-25 20:00 772

SAN FRANCISCO, 25 September 2018 /PRNewswire/ -- Mode (mode.net), perintis bagi rangkaian persendirian awan perusahaan berautonomi, bekerjasama dengan Versa Networks, penginovasi bagi perangkaian berasaskan perisian dan penyelesaian keselamatan generasi seterusnya, untuk melanjutkan kefleksibelan, keandalan dan keterlihatan SD-WAN Selamat Versa yang utama dalam pasaran melalui teras WAN.

SD-WAN telah merevolusikan ketersambungan perusahaan. Meskipun banyak perniagaan bergantung pada MPLS sebagai sumber tunggal untuk ketersambungan misi kritikal, SD-WAN mempunyai faedah kos pemilikan keseluruhan (TCO) yang mengurangkan kos yang tinggi, ketidakanjalan dan keterlihatan yang terhad. Perusahaan-perusahaan memerlukan rangkaian global hujung-ke-hujung yang anjal dan menjimatkan yang dapat mengekalkan keandalan MPLS dengan sokongan SLA dan melanjutkan keterlihatan SD-WAN dalam seluruh teras rangkaian.

Rangkaian teras tentuan perisian (SD-CORE) Mode menyokong organisasi-organisasi tatkala ia beralih kepada infrastruktur awan dengan beroperasi melalui internet peringkat akhir dan SD-WAN demi memberikan fungsi ketersambungan hujung-ke-hujung dengan keandalan dan QoS MPLS, kefleksibelan perkhidmatan awan dan kos internet perniagaan. SD-WAN dengan SD-CORE dapat meningkatkan sambungan tapak-ke-tapak, SaaS/IaaS/UCaaS dan akses awan jarak jauh.

Perkongsian Versa Networks dan Mode ialah satu evolusi penyepaduan SD-WAN/SD-CORE. Atchison Frazer, Ketua Pemasaran Seluruh Dunia Versa, berkata: "Perkongsian kami dengan Mode ialah satu perkembangan semula jadi dalam rangkaian persendirian yang menentukan dan mengubah perisian daripada legasi yang tidak fleksibel dan WAN dipacu perkakasan. Sinergi antara pinggir WAN natif awan dan teras tentuan perisian mendayakan penyepaduan pesat antara SD-WAN Selamat Versa dan SD-CORE Mode. Kami mengalu-alukan penawaran penyelesaian ketersambungan persendirian bersama, natif awan dan tentuan perisian untuk meningkatkan infrastruktur WAN global legasi buat pelanggan SD-WAN Selamat kami."

Paul Dawes, Ketua Pegawai Eksekutif Mode, berkata: "Kami berasa sukacita kerana Versa Networks menjadi rakan kongsi pertama kami dalam Program SD-CORE + SD-WAN Mode. Program ini diwujudkan bagi meningkatkan sebarang SD-WAN dengan meluaskan manfaatnya kepada teras rangkaian dan penyepaduannya adalah amat mudah. Matlamat kami adalah agar semua penyedia SD-WAN menyertai program ini dan memberi faedah penting kepada pelanggan yang dapat menggunakan SD-CORE berprestasi tertinggi di dunia."

Demonstrasi penyelesaian ketersambungan perusahaan berprestasi tinggi Versa + Mode akan dilakukan di reruai Versa (# 14) di Sidang Kemuncak SD-WAN 2018 Paris pada 26-28 September.

Mode ialah Penaja Berlian untuk Sidang Kemuncak tersebut, manakala Paul Dawes, Ketua Pegawai Eksekutif Mode, akan menyampaikan ucapan dasar. Di samping itu, Nithin Michael, Ph.D., Pengasas bersama, akan membincangkan mengenai pencapaian membina rangkaian teras tentuan perisian (SD-CORE) terkawal secara autonomi yang pertama dan menyediakan analisis mendalam tentang teras Internet berbanding prestasi akses.

Latar Belakang Versa Networks
Versa Networks ialah penginovasi seni bina IP Awan Selamat, platform perisian generasi seterusnya yang menyediakan perkhidmatan awan, rangkaian dan keselamatan bersepadu. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.versa-networks.com.

Latar Belakang Mode
Mode mengendalikan SD-CORE yang berprestasi tertinggi di dunia, mempercepatkan transformasi awan bagi perusahaan pasaran besar dan pertengahan dengan meningkatkan aplikasi SD-WAN, Akses Awan, Komunikasi Seragam dan Kependaman Ultra Rendah dengan ketersambungan QoS serta kefleksibelan awan yang andal dan berpatutan. Mode berpangkalan di San Francisco dan disokong oleh GV, NEA dan The National Science Foundation.

Perhubungan Akhbar:
415-727-6309
pr@mode.net

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/701943/Mode_Logo.jpg  

Source: Mode
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Multimedia/Online/Internet Licensing/marketing agreements Trade show news Future Events