omniture

Hotel-hotel Emaar Hospitality Group Raih Kedudukan Dubai Teratas TripAdvisor bagi Kategori 5, 4 dan 3 bintang

Emaar Hospitality Group
2018-09-26 00:23 923

DUBAI, UAE, 26 September 2018 /PRNewswire/ --

Emaar Hospitality Group, subsidiari hospitaliti dan libur milik pemaju bertaraf global Emaar Properties dan Ekspo Rakan Kongsi Hotel & Hospitaliti Rasmi Dubai 2020, telah meraih kedudukan teratas TripAdvisor dalam kalangan hotel Dubai mencakupi ketiga-tiga kategori iaitu 5 bintang, 4 bintang dan 3 bintang.

generated by system

Salah satu destinasi yang paling banyak dikunjungi di dunia, Dubai merupakan antara pasaran hospitaliti yang paling kompetitif di dunia. Emaar Hospitality Group telah menumpu untuk mengukuhkan keunikannya sebagai peneraju pasaran tempatan dan dalam menyediakan piawaian khidmat pelanggan terunggul melalui hotel-hotel luar biasanya yang terletak di lokasi-lokasi utama di bandar.

Address Dubai Marina, hartanah 5 bintang, menduduki tempat pertama antara kesemua 582 hotel di Dubai, dinilai oleh laman pengembaraan yang terbesar di dunia berdasarkan ulasan pelanggan. Manzil Downtown menduduki tempat teratas dalam kategori 4 bintang manakala Rove Healthcare City mendahului kedudukan bagi kategori 3 bintang. Empat hotel Rove yang lain di Dubai menduduki tempat ke-2 hingga ke-5 dalam senarai kedudukan TripAdvisor untuk hotel-hotel 3 bintang. Ini juga merupakan kali pertama sebuah syarikat hospitaliti meraih kedudukan teratas yang menjadi idaman bagi ketiga-tiga kategori.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Senarai kedudukan teratas yang diraih oleh hotel-hotel kami menekankan kebolehan rakan sekutu kami dalam mewujudkan pengalaman tetamu yang menarik dan asli. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka semua atas semangat berterusan mereka untuk menjadi tuan rumah yang begitu luar biasa. Keputusan yang mengagumkan yang dicapai oleh semua hotel kami merupakan petunjuk jelas bahawa para tetamu kami menyukai penginapan mereka bersama kami dan menghargai kemudahan dan perkhidmatan yang kami sediakan."

"Kami telah menumpu untuk menyediakan perkhidmatan yang mesra dan diperibadikan dengan sentuhan insan, yang kami percaya merupakan pemacu yang paling berkuasa untuk kesetiaan tetamu. Kami berterima kasih kepada tetamu-tetamu kami atas ulasan positif mereka serta maklum balas membina dan kami menjadikan ini sebagai motivasi untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami."

Emaar Hospitality Group mengendalikan 14 hotel dan tiga kediaman berservis di Dubai dan Mesir serta mempunyai portfolio melibatkan kira-kira 40 hartanah akan datang dalam beberapa pasaran antarabangsa. Kumpulan ini mengendalikan hotel-hotel di bawah tiga jenama: kemewahan premium Address Hotels + Resorts; gaya hidup mewah Vida Hotels and Resorts; serta hotel berkualiti yang kontemporari Rove Hotels.

TripAdvisor membolehkan pengembara untuk menyerlahkan potensi penuh dalam setiap perjalanan. Dengan kira-kira 661 juta ulasan dan pandangan mencakupi seleksi terbesar global bagi senaraian pengembaraan seluruh dunia.

http://www.emaarhospitality.com

Untuk butiran, hubungi: 
Kelly Home
ASDA'A B-M
+9714-4507-600
kelly.home@bm.com

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards