omniture

Xi'an Anjur Pertandingan Bina Badan dan Kecergasan sebagai Sebahagian Dorongan Jalur dan Jalan

Xi'an Municipal Government
2018-09-27 14:23 597

XI'AN, China, 27 September 2018 /PRNewswire/ -- Bandar purba China, Xi'an, ibu kota Wilayah Shaanxi barat China, menganjurkan 2018 Belt and Road World Bodybuilding and Fitness Elite Ranking Event & IFBB Elite Pro Card Qualification ("Acara") tatkala bekas ibu negara dan titik permulaan Jalan Sutera bersejarah itu terus membina semula peranannya sebagai portal antarabangsa ke dunia luar menerusi daya tarikan tradisional dan kecergasan yang bergaya.

Xi'an Anjur Pertandingan Bina Badan dan Kecergasan sebagai Sebahagian Dorongan Jalur dan Jalan
Xi'an Anjur Pertandingan Bina Badan dan Kecergasan sebagai Sebahagian Dorongan Jalur dan Jalan

Acara ini, pertandingan bina badan dan kecergasan yang terbesar dan peringkat tertinggi yang pernah diadakan di China, berjaya menarik lebih 400 atlet dari 41 negara dan wilayah yang berada dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China, atau "Jalan Sutera Moden" yang bertujuan untuk menghubungkan China dengan negara-negara Eurasia melalui beberapa projek infrastruktur yang menyusuri laluan perdagangan purba.

"Saya yakin bahawa pertandingan bina badan dan kecergasan ini akan menjadi model untuk pertukaran sukan antara negara-negara sepanjang BRI dan meningkatkan imej Xi'an sebagai metropolis saling hubung di persada dunia," kata Shangguan Jiqing, Datuk Bandar Xi'an. "Xi'an, sebagai bandar permulaan untuk Jalan Sutera purba dan bandar penting untuk program BRI China, menggalas tanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukannya menjadi kelebihan baharu bagi reformasi dan keterbukaan dalam negeri dan portal antarabangsa untuk dunia luar."

Bertemakan "Jalur dan Jalan", pertandingan bina badan dan kecergasan ini menawarkan arena bertaraf dunia dan pameran kebudayaan hebat yang mana pelbagai atlet menunjukkan paparan hebat sukan mereka yang bergaya dan bertenaga. Persembahan ini meletakkan Xi'an sebagai tumpuan global, menekankan peranan bandar ini sebagai pemangkin penyepaduan untuk BRI.

Dengan menyokong BRI, Xi'an telah mengambil bahagian yang aktif untuk bekerjasama dengan negara-negara sepanjang Jalan Sutera dalam aspek-aspek termasuk politik, ekonomi dan budaya. Bagi sukan, bandar ini pernah mengadakan beberapa acara penting seperti Maraton Antarabangsa Xi'an, Maraton Tembok Bandar Xi'an dan Perlawanan Kejohanan Bola Keranjang Antarabangsa Xi'an Jalur dan Jalan.

Latar Belakang Xi'an

Ibo kota wilayah Shaanxi barat China, Xi'an ialah destinasi pelancong antarabangsa yang melakar sejarah selama lebih 3,000 tahun dan mempunyai tempat-tempat tarikan yang terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Bandar purbanya. Bandar ini, dikenali sebagai "muzium luar China" merupakan titik permulaan Jalan Sutera, jaringan laluan perdagangan purba yang diwujudkan semasa Dinasti Han China yang menghubungkan Timur dan Barat dalam sektor perdagangan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180926/2247541-2

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Health Care/Hospital Sporting Events Sports Travel