omniture

Korea Ginseng Association sediakan data yang didokumentasi daripada penyelidikan bandingan, iktiraf kualiti Ginseng Korea

The Korea Ginseng Association
2018-09-27 14:54 622

SEOUL, Korea Selatan, 27 September 2018 /PRNewswire/ -- Persatuan Ginseng Korea (http://www.korean-ginseng.org) telah menyediakan data yang didokumentasikan bagi membuktikan keunggulan Ginseng Korea dan menganjurkan festival ginseng yang akan berlangsung mulai 5 hingga 28 Oktober di wilayah-wilayah utama di seluruh Korea Selatan.

Ginseng Korea
Ginseng Korea

Ginseng Korea telah dibuktikan dalam kajian pada tahun 2002 yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Perindustrian Ginseng Universiti Chung-Ang bahawa ia mempunyai tahap lebih tinggi bagi enam nutrien aktif yang utama -- G-Rb2, G-Rh1, Ge, G-Rg1, G-Rf dan Se -- dalam satu kajian yang membandingkan ginseng dari Korea, Jepun, Kanada dan China.

Pentadbiran Pembangunan Luar Bandar turut menyiarkan keputusan melibatkan kajian penyelidikan selama 10 tahun pada tahun 2017, untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kesan-kesan Ginseng Korea.

90 subjek ujian tanpa gangguan kognitif telah diarahkan untuk mengambil 3 gram serbuk ginseng selama 6 bulan – selepas itu menunjukkan pembelajaran visual dan ujian keupayaan ingatan mereka menunjukkan skor dua kali ganda lebih tinggi berbanding subjek yang tidak mengambil serbuk ginseng.

Seramai 70 subjek ujian tanpa gangguan kognitif turut diarahkan untuk mengambil 3 gram serbuk ginseng putih selama 12 minggu. Tahap tekanan subjek ujian dianalisis dan ia menunjukkan terdapat penambahbaikan dari segi kualiti tidur dan juga pengurangan kebimbangan sebanyak 48.1%.

Dalam ujian terhadap haiwan, tahap ALT (alanina aminotransaminase) dan AST (aspartat aminotransferase) yang meningkat semasa berlakunya kegagalan hati, turut berkurangan masing-masing sebanyak 38.7% dan 31.9%.

Ginseng Segar dengan kandungan kelembapan sebanyak lebih 75% dikekalkan dalam bentuk asalnya. Biasanya ia dikeringkan, dibancuh menjadi teh, dicampur dengan susu dan madu atau digunakan dalam masakan untuk sayur-sayuran sejuk, kimchi dan juga stew ayam.

En. Han, pengurus daripada Persatuan Ginseng Korea menyatakan: "Ginseng Korea telah terbukti dalam pelbagai ujian yang membuktikan keberkesanannya dari segi penambahbaikan dalam sistem imun, perlindungan terhadap kerosakan hati, penambahbaikan tahap gula dalam darah dan antipenuaan. Kami menyarankan untuk mengambil ginseng dalam keadaan baharu. Kami menjangkakan minat yang tinggi daripada pengunjung luar negara di festival-festival ginseng kami mulai 5 hingga 28 Oktober ini, di wilayah-wilayah seluruh Korea Selatan."

Source: The Korea Ginseng Association
Keywords: Food/Beverages Survey, Polls & Research