omniture

MoBiLET, Bukan Sekadar Kerusi Roda

MoBiLET
2018-09-27 16:02 635

HONG KONG, 27 September 2018 /PRNewswire/ -- Isu-isu yang berkisarkan penuaan masyarakat telah mendorong pertumbuhan dan pembangunan Alatan Bantuan (AD) geriatrik, seperti kerusi roda dan alat-alat sokongan yang menyasarkan populasi yang meningkat usia. Meskipun komponen-komponen asas ini menangani hal-hal kritikal berkaitan penuaan dan memberi penekanan ke arah penambahbaikan bantuan fizikal, terdapat perhatian nominal diberikan pada aspek-aspek psikologi. Reka Bentuk Pengangkutan Orang Perseorangan (SPTD), pembangun alat pergerakan peribadi berkuasa elektrik yang inovatif, MoBiLET, berusaha untuk merapatkan jurang dengan meningkatkan kepentingan penampilan dan keselesaan produk yang merangsang tahap motivasi diri untuk warga emas dengan berkesan. Bakal dipamerkan dalam Eco Expo Asia akan datang pada Oktober 2018, SPTD berhasrat untuk memanfaatkan platform ini sebagai medium untuk mengukuhkan kedudukan jenama mereka dan memberi pendedahan yang lebih luas terhadap produk terkini mereka dan skim sewaan dalam Zon Permulaan kepada bakal-bakal pelabur dan pembeli.

Memperkasa Golongan Warga Emas

Selari dengan mana-mana ekonomi penuaan, kemajuan alami membawakan keadaan yang memudaratkan melibatkan kesukaran berkaitan pergerakan, yang biasanya mengakibatkan pemencilan sosial dan harga diri yang rendah. Salah satu penyelesaian yang paling biasa dalam menangani masalah kebolehkendalian ini ialah penggunaan kerusi roda. Walau bagaimanapun, lantaran konotasi negatif tentang ketidakupayaan yang dikaitkan dengan kerusi roda ini, kebanyakan pengguna menolak penggunaannya. Arnold, Ketua Pegawai Inovasi (CIO) dan ahli pengasas SPTD berkata, "Ramai orang menolak untuk menggunakan kerusi roda disebabkan oleh imejnya yang tidak disukai. Bagaimana sekiranya imej berkenaan diubah?"

SPTD berpegang kepada kepercayaan yang kukuh bahawa berbanding hanya meningkatkan atribut fizikal, kualiti hidup untuk warga emas boleh diperhalusi dengan lebih baik dengan memupuk kesejahteraan mental mereka. Ketika memperkenalkan MoBiLET pada tahun 2014, ia bertujuan untuk menghapuskan persepsi negatif yang dikaitkan dengan kerusi roda dan mengubahnya daripada jenis pengangkutan asas kepada bentuk ekspresi diri yang artistik.

Di samping reka bentuknya yang berseni-menarik, MoBiLET turut menampilkan beberapa pilihan yang boleh disesuaikan, termasuk tempat duduk, kusyen dan pilihan warna untuk pelanggan mengekspresikan daya kreativiti mereka melalui pemperibadian peranti, seraya membolehkan pengguna menyampaikan pemikiran mereka dalam penyataan visual yang berani.

Direka dengan mengutamakan ciri ketegapan dan kebolehgunaan, MoBiLET mempunyai sifat penyesuaian struktur, kefleksibelan dan piawaian keselamatan yang lebih hebat berbanding kerusi roda biasa. Dengan jejari membelok yang cekap ruang dengan hanya berukuran 65cm, ia membolehkan pengguna bergerak dengan mudah dalam ruang yang sempit. Dilengkapi dengan bingkai keluli tahan karat gred perubatan yang diperkuat dengan sarung berserat kaca gred automotif, peranti ini kekal ringan biarpun daya ketahanannya bertambah. MoBiLET didatangkan dengan mekanisme kawalan dan penggantungan dalaman terbina dalam yang memberikan kestabilan walaupun ketika melalui di kawasan lereng atau permukaan tidak rata. MoBiLET-BUBBLE, model seterusnya untuk MoBiLET kini dalam peringkat penyelidikan & pembangunan (R&D). Ia dilengkapi dengan sistem bantuan memandu bagi memahami kawasan persekitaran dan mengelakkan halangan dengan memasang pelbagai sensor.

Mempercepatkan Promosi Produk & Mempelbagaikan Model Perniagaan di Pameran HKTDC

Pernah mengambil bahagian dalam beberapa pameran terdahulu dengan interaksi berbilang audiens termasuk golongan warga emas, pekerja kesihatan dan pembangun teknologi tempatan, Arnold mengulas, "Ia bagus untuk tujuan pemasaran memandangkan kami dapat menawarkan ujian peranti di lapangan kepada pihak-pihak yang berminat. Dengan membolehkan mereka menggunakan MoBiLET secara langsung, kadar penukaran adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan hanya memaparkan video-video promosi.

Di Eco Expo Asia, yang mana platform perdagangan B2C dan B2B mempamerkan produk dan teknologi hijau terkini, SPTD mengambil peluang untuk berangkaian dengan pemilik pusat membeli belah, pusat komuniti dan NGO bagi tujuan kolaborasi untuk skim sewaan kerusi roda terkongsi bagi mewujudkan jaringan pengangkutan dalaman yang unik. Sebagai sebahagian daripada visi SPTD, mereka membayangkan masa depan dalam pusat membeli belah apabila sesiapa jua, bukan sahaja golongan warga emas boleh menyewa peranti MoBiLET di mana-mana titik akses dalaman. Meskipun model perniagaan ini mungkin mempunyai persamaan dengan operasi perkongsian basikal semasa, faktor pembezanya terletak pada hakikat bahawa MoBiLET boleh digunakan di kawasan dalaman, manakala basikal tidak boleh berbuat demikian.

Stesen untuk skim sewaan, yang bertindak sebagai fungsi pendaftaran pengguna, pengaktifan / penyahaktifan tanpa wayar MoBiLET & pengecasan.
Stesen untuk skim sewaan, yang bertindak sebagai fungsi pendaftaran pengguna, pengaktifan / penyahaktifan tanpa wayar MoBiLET & pengecasan.

Memanfaatkan kemungkinan-kemungkinan yang ditawarkan melalui Eco Expo Asia, Arnold mempertimbangkan peluasan skim sewaan SPTD yang selanjutnya. Melalui model yang dilanjutkan ini, MoBiLET boleh digunakan di luar dan berfungsi sebagai sistem pengangkutan jangka pendek yang berbangga dengan kualitinya sebagai mod bergerak alternatif yang berpatutan, boleh diakses dan lebih hijau. Matlamat utama SPTD adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan kenderaan mobiliti peribadi dan mengurangkan pergantungan umum terhadap kereta persendirian.

Dikuasakan oleh inisiatif-inisiatif HKTDC, SPTD akan berusaha untuk terus menaik taraf dan mencipta semula dirinya dalam usaha untuk menambah baik persepsi awam terhadap pengangkutan untuk mereka yang kurang upaya dari segi fizikal melalui MoBiLET, satu revolusi kenderaan beroda.   

Selamat datang ke Eco Expo Asia untuk lebih banyak peluang permulaan. 
Tarikh: 25 Oktober hingga 28 Oktober 2018 (Khamis hingga Ahad)
Tempat: AsiaWorld-Expo, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Lantau, Hong Kong
Daftar sekarang untuk kemasukan percuma: www.hktdc.com/wap/eco/K158    

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180926/2247991-1  

Source: MoBiLET
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical Equipment Transportation New products/services Senior Citizens Trade show news