omniture

AETOS Menang Broker NDD Terbaik di UK FOREX Awards

AETOS Capital Group
2018-09-28 10:00 1796

LONDON, 28 September 2018 /PRNewswire/ --

AETOS Capital Group telah memenangi gelaran "Broker NDD Forex Terbaik" di UK Forex Awards 2018 yang dihormati.

generated by system

generated by system

Majlis besar-besaran meraikan syarikat-syarikat Forex UK yang memperjuangkan teknologi perdagangan, instrumen, pengalaman pelanggan, perkhidmatan dan pendidikan pelanggan. Baru sahaja memenangi gelaran Program Pengenalan Broker Forex terbaik dalam majlis tahun lalu, kali ini AETOS diiktiraf sebagai broker Tiada Meja Urusan (NDD) yang cemerlang dalam acara berkenaan.

Perkhidmatan NDD daripada AETOS mempunyai kelebihan perkhidmatan yang telus dan pantas. Pelanggan-pelanggan boleh memasuki pasaran bursa asing sebenar dan pesanan dilaksanakan secara automatik, tanpa perlu memberikan sebut harga semula. Menggunakan strategi ini berbanding meja urusan tradisional telah membuahkan hasil. Aktiviti dagangan berkembang dan bilangan pelanggan meningkat sepanjang tahun lalu, yang mana kesemuanya diiktiraf oleh kumpulan anugerah.

Setelah beralih kepada pelayan sepantas kilat baharu di London, pertumbuhan AETOS sejak 12 bulan lalu telah dibangunkan menerusi strategi Tanpa Meja Urusan dan aktiviti yang lebih luas di Asia Tenggara. Pameran-pameran dan acara-acara di rantau ini telah membina satu ikatan dan kepercayaan bersama para pelabur tempatan serta meluaskan kumpulan pelanggan. Syarikat juga telah meningkatkan kerjasamanya dengan bola sepak. AETOS dapat dilihat di papan-papan iklan sisi padang menerusi perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu dan juga pada bahagian dada baju Sydney FC, yang telah meningkatkan kesedaran dan tarikan global jenama ini bagi musim 2018-2019.

AETOS juga turut sama menarik perhatian selepas tinjauan oleh Finance Magnates baru-baru ini. Analisis mereka mendedahkan bahawa AETOS mempunyai bilangan pelanggan menguntungkan yang tertinggi. Peraturan ESMA kini memerlukan broker-broker yang dikawal selia oleh EU untuk mendedahkan peratusan pelanggan mereka yang mengalami keuntungan atau kerugian. AETOS muncul yang teratas dalam senarai dengan 36.3% pelanggan yang menguntungkan, lebih tinggi berbanding mana-mana broker lain.

Keterangan: Peratusan peniaga yang mengalami keuntungan dan kerugian di pembrokeran utama, Sumber: FM Intelligence    

Pendidikan pelanggan dan instrumen dagangan, berserta Program Pengenalan Broker dan menerusi strategi Tanpa Meja Urusan, telah menarik pelanggan-pelanggan kepada AETOS.

Latar Belakang AETOS Capital Group

AETOS Capital Group (AETOS) ialah broker Forex Australia dan penyedia CFD yang utama dalam pasaran dengan ibu pejabat korporatnya terletak di Sydney, Australia. AETOS dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia, ASIC (AFSL: 313016) serta Lembaga Kawalan Kewangan (FCA), UK (FCA No: 592778).

Laman sesawang: http://www.aetoscg.com

 

Source: AETOS Capital Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Sports Awards