omniture

Emaar Entertainment Lancar Pengalaman Pawagam Paling Mewah di Dunia di Dubai

Emaar Entertainment
2018-09-29 03:00 1496

DUBAI, UAE, 29 September 2018 /PRNewswire/ --

Emaar Entertainment, perintis bagi konsep hiburan, libur dan peruncitan inovatif serta perniagaan pemaju global, Emaar Properties, menakrifkan semula pengalaman pawagam mewah menerusi Reel Cinemas di Dubai.

generated by system

generated by system

Reel Cinemas telah membawakan pengalaman yang belum pernah disajikan kepada dunia dengan mengangkat pawagamnya ke tahap seterusnya mencakupi kecemerlangan operasi, inovasi teknologi, kemudahan mewah dan piawaian perkhidmatan tertinggi. Kesemua ini turut dipacu oleh beberapa perkongsian yang pertama di dunia termasuk bersama Dolby Cinema, ScreenX serta jalinan kerjasamanya dengan pengurus restoran antarabangsa Guy Fieri.

Baru-baru ini, Reel Cinemas - The Dubai Mall serba baharu, terletak di destinasi peruncitan dan libur yang paling banyak dikunjungi di dunia telahpun diperkenalkan, menandakan era baharu dalam hiburan pawagam. Ia mempunyai beberapa kemudahan inovatif yang pertama: The Platinum Suites yang menawarkan piawaian terhebat bagi ciri kemewahan dalam pawagam termasuk perkhidmatan pelayan peribadi; Dine-in Cinema berserta menu hidangan istimewa daripada Guy Fieri; Guy Fieri's Kitchen mandiri dengan 170 tempat duduk, tontonan menakjubkan dengan Dolby Cinema dan ScreenX pertama di Timur Tengah. Menerusi Barco Laser Projectors dan Dolby Atmos, para penonton mendapat jaminan pengalaman tontonan yang luar biasa.

Damien Latham, Ketua Pegawai Eksekutif, Emaar Entertainment, berkata: "Reel Cinemas membawakan pelbagai inovasi kepada pengalaman pawagam menerusi perkongsian antarabangsa kami yang membawakan teknologi terkini kepada pawagam kami. Aspirasi peminat filem telah berubah; ia bukan sekadar menonton sebuah filem, tetapi perjalanan keseluruhannya. Kami menginovasi dalam segenap titik sentuh: bermula dengan memudahkan kemudahan tempahan dalam talian seterusnya menyambut tetamu kepada pawagam yang direka dengan nilai estetika serta menyediakan pengalaman tontonan bertaraf dunia menerusi teknologi berkualiti tinggi; dan turut memanjakan mereka dengan pilihan makanan serta minuman."

Transformasi Reel Cinemas merupakan susulan strategi yang komited daripada pendigitan pawagam dan tumpuan untuk membentuk semula 'aktiviti menonton wayang' sebagai 'pengalaman gaya hidup' yang tersendiri. Kini, Reel Cinemas mempunyai lima buah panggung wayang di Dubai: Reel Cinemas - The Dubai Mall dengan 26 skrin; Reel Cinemas - Dubai Marina Mall dengan 7 skrin; Guy Fieri's Kitchen & Bar dan Dine-in Cinema oleh Reel Cinemas di Jebel Ali Recreation Club dengan 4 skrin; Reel Cinemas - The Springs Souk dengan 6 skrin yang menyediakan layar pertama dikhususkan untuk kanak-kanak kecil - Reel Junior; serta Reel Boutique oleh Reel Cinemas di Rove Downtown, salah satu pawagam hotel yang pertama di UAE. Beberapa Reel Cinemas bakal dibuka dalam masa terdekat di lokasi-lokasi tumpuan di Dubai dan bandar-bandar utama di rantau ini.

http://www.reelcinemas.ae

Untuk butiran, hubungi:
Nivine William
ASDA'A B-M
+9714-4507-600
nivine.william@bm.com

Source: Emaar Entertainment
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Travel New products/services