omniture

Locus Chain Foundation Bekerjasama dengan Republik Demokratik Kongo Bangunkan Sistem Kebangsaan yang Maju

Locus Chain Foundation Pte, Ltd.
2018-09-30 10:55 1007

Organisasi pasukan petugas strategik untuk mudahkan pembinaan sistem e-kerajaan kebangsaan berasaskan platform rantaian blok Locus Chain

SINGAPURA, 30 September 2018 / PRNewswire / - Locus Chain Foundation yang beribu pejabat di Singapura (Locus Chain) menandatangani perjanjian perkongsian dengan Kerajaan Republik Demokratik Kongo untuk menubuhkan dan mengendalikan organisasi pasukan petugas, untuk membina sistem e-kerajaan berasaskan platform teknologi rantaian blok Locus Chain. Locus Chain juga mengumumkan bahawa ia akan menubuhkan sebuah institut penyelidikan tempatan untuk menyokong dan memudahkan operasi pasukan petugas yang baru ditubuhkan.

keterangan "SangYoon Lee, Pengerusi Locus Chain Faoundation, menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Theore Mugalu, Setiausaha Kanan Republik Demokratik Kongo"
keterangan "SangYoon Lee, Pengerusi Locus Chain Faoundation, menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Theore Mugalu, Setiausaha Kanan Republik Demokratik Kongo"

Pasukan petugas ini ditubuhkan pada bulan Mei melalui satu pakatan strategik dengan Kerajaan Republik Demokratik Kongo untuk menggunakan Locus Chain di peringkat kebangsaan berhubung dengan projek pembangunan sumber negara, sistem pengedaran dan sistem kewangan.

Pelan ini berada pada peringkat lanjutan yang mantap. Pasukan petugas, yang terdiri daripada pakar tempatan dan eksekutif kanan dan pembangun utama dari Locus Chain Foundation, bertanggungjawab meminimumkan kesilapan dan akhirnya membangunkan sistem e-kerajaan berasaskan rantaian blok.

Perjanjian perkongsian ditandatangani di pejabat kerajaan Republik Demokratik Kongo oleh wakil-wakil Theore Mugalu, Ketua Setiausaha Republik Demokratik Kongo, Bank Pusat Kongo dan Setiausaha Perbendaharaan, serta wakil-wakil daripada industri perlombongan. Mereka membincangkan peluang kerjasama untuk menyokong organisasi pasukan petugas serta penubuhan Institut Penyelidikan Locus Chain Foundation tempatan.

Projek ini bermula dengan perantaian blok yang lengkap bagi empat pangkalan data sistem kerajaan. Platform blok rantaian Locus Chain akan digunakan untuk sistem pembangunan, pengeluaran dan pengedaran sumber negara - yang merupakan industri utama Republik Demokratik Kongo - serta sistem pengurusan bank pusat.

Projek ini juga akan membina sistem yang diperlukan untuk pengurusan negara, termasuk keselamatan kebajikan sosial seperti pertanian, perkilangan, perkhidmatan, penjagaan perubatan, pencegahan jenayah dan masyarakat. Sistem-sistem ini juga akan berasaskan kepada teknologi rantaian blok.

SangYoon Lee, Pengerusi Locus Chain Foundation, berkata, "Dalam rundingan bersama pegawai-pegawai kerajaan dari Republik Demokratik Kongo, kami menyimpulkan bahawa organisasi pasukan petugas -- yang terdiri daripada pakar-pakar Kongo dan anak syarikat tempatan Locus Chain -- akan menyampaikan kawalan mutu yang penting menerusi penubuhan dan promosi projek. Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Republik Demokratik Kongo kerana menjanjikan sokongan penuh untuk penubuhan sebuah syarikat tempatan, termasuk faedah cukai."

Encik Lee menambah "Jika projek pembinaan sistem e-kerajaan berasaskan teknologi rantaian blok Locus Chain berjaya diselesaikan, ia akan memainkan peranan penting dalam mempercepat pembangunan pesat di Republik Demokratik Kongo, salah satu negara yang paling kaya sumber di dunia, serta menyumbang kepada kepentingan negara."

Latar Belakang Locus Chain Foundation

Locus Chain Foundation Pte, Ltd. ditubuhkan di Singapura pada tahun 2018, untuk membangunkan platform berasaskan Rantaian Blok dan perniagaan berkaitan. Dibina oleh sekumpulan pembangun Korea, rakan kongsi dan penasihat antarabangsa, Locus Chain Foundation akan menawarkan akses mampu milik kepada platform yang boleh dipercayai dan terjamin yang memastikan kebertanggungjawapan dan ketelusan. Dengan pejabat di Singapura, Seoul dan Dubai, syarikat mempunyai jejak dan perkongsian global bagi merealisasikan rancangannya untuk menjadi penyelesaian rantaian blok kepada perniagaan antarabangsa dan warga dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180928/2251681-1

Source: Locus Chain Foundation Pte, Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Contracts Blockchain