omniture

Hendrick's Perkenal Gin Palace Luar Biasa di Scotland

William Grant & Sons
2018-10-02 02:45 572

GIRVAN, Scotland, 2 Oktober 2018/PRNewswire/ --

Kilang Penyulingan Hendrick's Gin sebagai Medan Tumpuan untuk Percubaan, Ciptaan dan Keingintahuan   

Hari ini, Hendrick's Gin mengumumkan perkembangannya yang paling penting sejak dilancarkan pada tahun 1999. Ia telah memperkenalkan kilang penyulingan baharu dan mengagumkan, yang benar-benar sesuai dengan gin yang terkenal dengan sensasi ciptaan dan kekagumannya: Hendrick's Gin Palace.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Hendrick's Gin Palace dan kilang penyulingan telah diperluas dengan cekap dan cemerlang demi memenuhi permintaan global yang tidak pernah puas terhadap Hendrick's, yang diseduh secara luar biasa dengan rasa timun dan bunga mawar. Sebagai pendorong inovasi, ia merupakan sebuah institusi yang dikhususkan kepada penerokaan dan penemuan yang mana Pakar Penyuling Hendrick's, Lesley Gracie, akan mendapat kebebasan kreatif bagi mencuba dan menghasilkan varian Hendrick's baharu, selain menjadi pusat penyulingan untuk jenama yang telah mengubah dunia gin dengan cara serba baharu.

Rasa Hendrick's tidak seperti gin lain memandangkan tiada gin lain yang dihasilkan atau bertindak sepertinya. Semangat ciptaan ini menjurus kepada peluasannya. Kilang penyulingan ini menggandakan kapasitinya demi memenuhi permintaan dan kemudahan luar biasa yang kini tersedia untuk Lesley agar dapat membolehkan beliau menyerlahkan kecenderungan kreatif semula jadi beliau sepenuhnya.

Hendrick's Gin Palace mempunyai taman bertembok yang misteri dan menarik yang membawa kepada rumah palma yang diilhamkan dari zaman Victoria yang hebat dan mengagumkan. Rumah palma ini diapit oleh dua rumah tanaman botani yang digunakan untuk menanam pelbagai jenis tumbuhan dan flora yang luar biasa dari seluruh dunia. Terdapat ruang peribadi sebelah dalam yang merupakan makmal Lesley yang terdiri daripada perpustakaan perasa yang menimbulkan tanda tanya, dewan kuliah yang menggalakkan pembelajaran ilmiah dan bar yang sesuai dengan gaya.

Selain itu, pastinya terdapat dua tempat penyulingan baharu yang mengagumkan. Rangkaian alat penyulingan Hendrick's telah berkembang maju dan kini telah mencecah enam - empat alat penyulingan Bennett yang membanggakan termasuk alat penyulingan periuk tembaga antik yang asli yang berasal dari tahun 1860 dan tiga replika yang persis. Ini termasuk dua alat penyulingan Carter Heads termasuk satu alat penyulingan asli yang dibuat pada tahun 1948 dan satu lagi replika alat tersebut. Alat penyulingan baharu tersebut berfungsi dengan aktif selama hampir setahun bagi menghasilkan cecair enak yang sama yang rasanya benar-benar sama seperti yang dibuat oleh Hendrick's pada hari pelancarannya.

William Grant & Sons, sebuah syarikat minuman beralkohol bebas global milik keluarga, telah melabur sebanyak £13 juta dalam peluasan gilang gemilangnya, satu gambaran terhadap keyakinan dan keterujaan olehnya terhadap masa depan Hendrick's. Inovasi sentiasa menjadi elemen utama jenama ini. Ia menerajui pertumbuhan pesat gin global dan ia turut mencipta dan terus memimpin kategori gin super premium.

Lesley Gracie, pakar penyuling Hendrick's berkata: "Saya telah menyuling produk Hendrick's selama hampir dua puluh tahun dan sepanjang tempoh berkenaan, pasukan saya dan saya sendiri berpeluang untuk meneroka dan mencuba pada skala yang kecil. Walau bagaimanapun, saya berasa seronok dan teruja untuk memanfaatkan sepenuhnya kilang penyulingan baharu kami yang hebat dan mula mengusahakan rangkaian cecair yang masih dalam proses percubaan, yang sebahagiannya diharapkan dapat berkembang menjadi produk yang dilancarkan pada masa depan serta peluang peluasan baharu Hendrick's."

Pamela Selby, Pengarah Jenama Global untuk Hendrick's menambah: "Dari segi reka bentuk dan pengalamannya, Hendrick's Gin Palace bermatlamat untuk menginspirasikan rasa ingin tahu, keterbukaan minda dan bertindak sebagai platform untuk tujuan ciptaan. Ia turut menonjolkan kaedah penghasilan yang luar biasa dan menunjukkan banyak sisi Hendrick's yang menyebabkan jenama ini menjadi terkenal, ada yang melucukan, ada yang bersifat intelektual dengan rasa ingin tahu, terperinci dan amat bermakna. Ia menonjolkan keyakinan kami dalam jenama yang membantu memulakan kebangkitan semula gin dan peranan utama yang dimainkan sejak sekian lama."

Sumber: William Grant & Sons

Source: William Grant & Sons
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services