omniture

Wiski Inspirasi Game of Thrones® Telah Muncul Raikan Siri TV Popular Perkenal White Walker by Johnnie Walker

Johnnie Walker
2018-10-02 02:57 689

LONDON, 2 Oktober 2018/PRNewswire/ --

Hantarkan burung raven - Scotch secara rasminya telah melangkah ke alam tersebut. Dengan kerjasama HBO® dan Game of Thrones, hari ini Johnnie Walker memperkenalkan White Walker by Johnnie Walker baharu. Wiski Scotch edisi terhad ini diilhamkan oleh watak-watak yang paling sukar difahami dan digeruni dalam rancangan terkenal tersebut - White Walker - dan kini tersedia untuk dinikmati peminat tatkala penantian memuncak sehingga ke musim akhir.

generated by system

generated by system

Dikenali dengan mata biru berkaca dan diketuai oleh Night King, tentera White Walker yang tidak mati muncul dari Frozen North, yang membawakan kedinginan musim sejuk dan kini tersedia sebagai wiski edisi terhad yang membangkitkan dunia dingin mereka. Dicipta oleh pakar wiski George Harper, berserta kumpulan kecil yang terdiri daripada pakar pengadun di Johnnie Walker, wiski inovatif ini enak sekali disajikan terus daripada penyejuk beku, mengulangi kehadiran dingin White Walker.

Pembotolan membawa anda terus ke Frozen North dengan reka bentuk seakan ais berwarna putih dan biru berserta Johnnie Walker Striding Man ikonik yang kini digayakan dengan baju perisai agar layak untuk berada dalam barisan pasukan Night King. Memanfaatkan teknologi dakwat yang peka terhadap suhu, para peminat akan diingatkan bahawa "Winter is Here" ("Musim Sejuk Tiba") melalui penyerlahan grafik berais yang tidak diduga pada botol apabila dibekukan.

Wiski Scotch ini mempunyai nota gula berkaramel dan vanila, beri merah segar dengan sentuhan buah-buahan di kebun dan membawakan Malt Tunggal daripada Cardhu dan Clynelish - salah satu kilang penyulingan paling Utara di Scotland. Pengadun George Harper menggunakan Frozen North sebagai titik permulaan untuk mencipta White Walker by Johnnie Walker. Beliau berkata: "Wiski daripada Clynelish melalui musim sejuk Scotland yang panjang, tidak jauh berbeza dengan tempoh panjang yang dilalui oleh Watch Night yang telah meneroka ke utara tembok - maka ia merupakan tempat yang sempurna untuk bermula ketika mencipta wiski yang unik ini."

"Kami tahu bahawa adanya selera peminat terhadap wiski Game of Thrones dan sebaik sahaja kami dapat melihat visi daripada Johnnie Walker sebagai cara untuk berkolaborasi, kami tahu bahawa idea ini adalah tepat dan masanya telah tiba. Dari awal lagi, mereka memahami bahawa kami ingin mencipta sesuatu yang istimewa dan mereka berjaya mencapainya dengan White Walker by Johnnie Walker. Kami yakin peminat-peminat akan gemar menghirup wiski yang enak ini tatkala mereka menantikan musim kelapan dan seterusnya," kata Jeff Peters, Naib Presiden, Pelesenan & Peruncitan di HBO.

White Walker by Johnnie Walker akan disediakan di seluruh dunia, termasuk di semua lapangan terbang terkemuka, bermula pada Oktober 2018 selagi stok masih ada pada harga U.K SRP: £32.00 untuk 750ml (41.7% ABV).

Untuk maklumat lanjut mengenai White Walker by Johnnie Walker, sila layari www.johnniewalker.com/en/our-whisky/limited-edition-whiskies/white-walker-johnnie-walker/  dan ikuti

  • Facebook.com/johnniewalker  
  • Twitter: @johnniewalker_
  • Instagram: @johnniewalker
  • youtube.com/johnniewalkerwhisky

Catatan untuk Editor

Latar Belakang Johnnie Walker: 

Johnnie Walker ialah jenama Wiski Scotch (IWSR) nombor satu di dunia, dinikmati oleh orang ramai di lebih 180 negara seluruh dunia. Sejak zaman pengasasnya, John Walker, mereka yang mengadun wiski ini telah meningkatkan rasa dan kualitinya berbanding yang lain.

Rangkaian wiski yang memenangi anugerah hari ini termasuk Johnnie Walker Red Label, Black Label, Double Black, Green Label, Gold Label Reserve, Aged 18 Years dan Blue Label. Kesemuanya menyumbang kepada lebih 18 juta kotak yang dijual setiap tahun (IWSR, 2017), menjadikan Johnnie Walker sebagai jenama Wiski Scotch paling terkenal di dunia.

Latar Belakang Diageo 

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan pelbagai koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, Bulleit dan Buchanan's, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.

Diageo tersenarai dalam Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE), dan produk-produk kami juga dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.  

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Latar Belakang Pelesenan & Peruncitan HBO 

Pelesenan & Peruncitan HBO, sebahagian daripada Home Box Office, Inc., bekerjasama dengan pemilik lesen yang terbaik dalam kelasnya di seluruh dunia untuk memberikan penonton global HBO dengan cara baharu serta menarik untuk menikmati rancangan kegemaran mereka. Divisyen ini memanfaatkan program-program HBO yang ikonik dan memenangi anugerah seperti Game of Thrones, VEEP, Sex and the City, Silicon Valley, Insecure, The Sopranos, Big Little Lies, True Blood dan banyak lagi untuk menghasilkan produk pengguna berlesen secara rasmi, program barang niaga yang inovatif, pengaktifan runcit dan pengalaman imersif secara langsung. Pelesenan & Peruncitan HBO beroperasi mencakupi pelbagai kategori produk, termasuk barangan boleh dikumpul, pakaian, penerbitan, pengalaman berjenama langsung, permainan digital, kolaborasi fesyen dan kecantikan, aksesori mewah dan banyak lagi. Barangan niaga HBO yang berlesen secara rasmi boleh dibeli di kedai-kedai jualan seluruh dunia, secara dalam talian di AS melalui http://store.hbo.com dan hab jualan rintis HBO, HBO Shop®, yang terletak di 42nd dan 6th Avenue, Bandar Raya New York.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Johnniewalker@smartscommunicate.com  

 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment New products/services